Hati mula berkata
Setahun lamanya
Perkenalan kita
Ku tanya padamu
Kapankah hatimu
Akan ku miliki
Selama abadi
Di April yang itu
Kau katakan padaku
Sabarlah menanti
Takkan lama lagi
Kau senyum bermakna
Padaku kau pinta
Berikanlah oh waktu
Kenalilah dirimu
Bila bila April
Aku menantimu, aku menantimu
Dan bila April, bila April
Dapatku pastikan, cintaku ini
Dan bila, bila April
Bibirku pasti akan bertanya
Kapankah kau milik ku..
---------------------------
Salam dan salut!
Rasa macam dah lama aku tak update blog.
Kat atas tu lirik lagu Fazley, Bila April.
Aku suke sangat lagu ni. Lirik dia tak kena mengana ngan aku.
Tapi 'bila April' tu ada. Sebab bila April aku akan happy. Sebab apa? Sila teka.
Anyway.. 8 April, hari ni hari lahir adikku Alia yang comel. Genaplah umur dia 10 tahun.
Selamat hari lahir Alia!
Alia. Ni gambar ngan Mama masa kat Penang, nak hantar aku ke UTP.

Susah nk percaya yang bahawa dah 10 tahun dia wujud.
Aku rasa macam baru lagi. Dah besar adik aku ni.
Aku ingat lagi masa dia lahir, aku darjah 3. Masa tu abah beli PC 1st kami.
Aku gian sangat main game 'Mech Warrior' masa tu.
Tahun 1997, aku darjah 3, kelas 3 Nuri SKDB. Masa darjah 3 ni la aku mula gemuk, hehe.
Aku rasa masa Alia lahir, mesti abah dan mama gembira yang amat sangat.
Maklumlah, 3 percubaan pertama asyik dapat hero-hero ganas je.
Aku, Ja ngn Afiq. Hat-trick hero.
Yang ke-4 baru dapat seorang puteri penyeri yang di beri nama Tengku Nur Alia.
Nama adik beradikku pendek dan ringkas.
Yang menjadikannya panjang sebenarnya 'Tengku'.
Aku perasan sangat yang Alia memang dapat layanan istimewa dari abah dan mama.
Hehe, aku tak dengki tapi aku faham. Haaa... Attitude seorang professional. Ceewwah!
Macam mana diorang tak nak sayang, Alia je la puteri diorang. So, padan la.
Tapi Alia pun bagus, walaupun di manjakan tapi dia baik, pandai, dengar kata.
Aku respek dia walaupun dia kecik lagi.
Pada peringkat umur dia, antara kami berlima mungkin dia yang paling baik.
Dari segi akademik, perangai. Overall la.
Tak cukup dengan sifat baik, rupa comel(fenomena biasa bagi seorang adik yang mempunyai abang sulung yang kacak). Pakej lengkap!
Dia kecik lagi tapi bagus,kalu nak keluar suruh mama pakaikan tudung.
Mama tak suruh tapi dia volunteer.
Aku harap sampai dia besar dia akan terus kekal baik secara keseluruhan.
Dulu masa kecik dia nak pakai jeans je memanjang, pengaruh hero-hero atasan la, hehe.
Masa tu aku fikir, ish, dasat.. Nasib baik dia berubah bila dah pandai berfikir.
Ish, panjang lak aku berleter pasal Alia ni.
Minggu ni tak begitu baik buatku.
Man U kalah lawan Roma dan Portsmouth.
Dan beberapa krisis dalaman. Hahaha.
Tapi Alhamdulillah, dengan akal fikiran kurniaan Allah krisis selesai.
Yang best, weekend agak lama sebab Isnin cuti, yay!
Yang tak best, Selasa ada devoir mecanique dan Khamis devoir Math.
Dah tak sanggup aku dapat markah rendah.
Harap kali ni markah baik la.
Dan yang paling best, cuti dah nak start, yeeehaaa!!!
Tak sabar nak terbang melupakan masalah. Hidup tanpa tekanan selama 2 minggu.
Hidup di syurga bersama bidadari selama 2 minggu.
Minggu lepas berlalu macam biasa tanpa kelainan.
Sabtu kami ke Marennes a.k.a Cite de l'huitres.
Dapat la rasa tiram mentah. hahaha. Nasib baik boleh telan.
Ok la untuk buang masa pada hari sabtu.
Then Khamis ada jamuan meraikan classmate, Cora from Germany yang akan blah.
Selain 2 insiden ni, semua macam biasa.
Aku tak sabar tunggu 15 Avril!!!!!! Muahaha.
7 days to go; keep on counting.
Time passed sooo fast.
To my sweetheart, like usual, i always love and miss you.
BUT, with a different level every second.
The level is always increasing.
Cant wait to see you my dear queen!
Setakat ni dulu aku membebel untuk kali ini.
Jumpa lagi di lain post.
Wassalam.
-from LA ROCHELLE with love-
---mmuahks!---
6 commentaires:
hepi birthday to Alia..khairy..nampak x sabo nak balik ye..akak pun la..
hehehe.mst la xsobor.
nk mkn ns lmak kerang.haha.
nway ns lmak poitiers bst!!!thx kak!
nk serang chicken hartz.
bst gile,byr RM16 mkn puas2 smp xley mkn.
1/ "Man U kalah lawan Roma dan Portsmouth.
Dan beberapa krisis dalaman. Hahaha."
punya la aku menunggu review dari ko, rupanya 2 baru je?
2/ "Aku tak sabar tunggu 15 Avril!!!!!! Muahaha.
7 days to go; keep on counting.
Time passed sooo fast."
siap la ko... dua minggu aku tak on blog ko!
3/ "Aku ingat lagi masa dia lahir, aku darjah 3. Masa tu abah beli PC 1st kami."
ahaks.. darjah 3 masa tahun 1997? wan dah form 1 masa tu.. dah sunat dah pun :p.. berbeza gak rupanya kita ni ya.. u should call me abang la *terbatuk*
4/ Wassalam.
-from LA ROCHELLE with love-
---mmuahks!---
merasalah aku geli! hahahha
hahaha..kalah mane bley repot pnjg2,6t tunjuk aib man u.
geli??sape gletek wan??
jgn la x on.on jekk.
bace la entry pasal msia yg bst.ekekeke
hahah... siap la ko.. aku ada cara untuk balas dengki dengna lebih zalim :p
alammaakkk..
wenkt balas dengki nngn zalim mst dasat gle..
iskk..mane nk nyorok ek?haha
Enregistrer un commentaire