lundi 23 avril 2007

Sudah seminggu berlalu.

Salam dan salut semua!
Hari ini genap lah seminggu aku menjejakkan kakiku di bumi Malaysia ini.
Selasa depan aku akan balik La Rochelle. Cepat masa berlalu, tapi tak mengapa.


Ok, straight to the point.
Jumaat, aku bangun macam biasa. Aku solat Jumaat di Masjid Durian Burung.
Lamanya tak solat jumaat sini. Imam dengan gaya sama tak berubah. Bacaan khutbah penuh semangat.
Petangnya aku berjaya pujuk abah dan mama untuk pergi makan sotong celup tepung kat Pantai Teluk Ketapang.
Ramai gila orang, biasala Jumaat. Nasib baik kami ada jugak tempat duduk.
Kami makan tak lama sebab makanan tak banyak, orang ramai sangat la.
Aku sempat makan ikan pari 3 potong, best gile wooo..
Ikan kembung 2 ekor kot.. Sedap gile wooo...
Minum air kelapa. Masyuk gile wehhh!! Petang ni nak pekena lagi la, muahaha.
Il n'y avait rien a faire le soir. Lepak kosong je la. Sebelum tidur gayut dulu.
Tak sabar esok tu nak jumpa kekasih di KL.

Aku bangun jam 0615 abah kejutkan subuh. Lepas mandi, solat, aku packing.
Ala, bawa baju ngan jeans je 1 helai. Ahad malam dah nak balik.
Masa dalam perjalanan baru aku sedar yang aku tak bawa baju untuk tidur, hehe.
Nevermind, pinjam baju sepupuku Joy sudahh..
Abah, mama dan Faris yang iring aku ke L'Aeroport Sultan Mahmud.
My flight supposed to be at 0805 but because of AirAsia is such a suck cheap airlines, they can delay my flight anytime that can suit their satisfication, NOT the customer's, just like how they want to have it.
So i have to fly at 9am instead of 8am. My date must be delayed for 1 hour.


Orang gila tak ada kerja
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Air Asia dengki kot aku dapat dating.
So aku pun macam orang kurang siuman la menunggu.
Akhirnya berlepas pada jam 0900.
Dalam penerbangan selama 50 minit, aku duduk diam tak buat apa-apa.
Jam 0950 aku sampai, terus naik bas ke KL central, sampai jam 1130 kot.
Aku berlegar-legar tunggu dia datang. 10 minit dia pun sampai. Rindunya..
Kami bergegas naik monorail ke Time Square.
Sampai je kami makan di kedai mamak kat luar, aku mengidam ayam madu.


Nasi lauk ayam madu, sayur kacang dan sambal belacan
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku dan nasi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dia dan nasi. Bajet ambik nasi separuh boleh elak di panggil teddy ke??? Hahaha.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ayam madu sini best gile.. Dulu kat INTEC aku selalu makan ayam madu kedai mamak.
Siap makan kami merayau-rayau di Low Yat tengok barang laptop aku.
Aku nak beli speaker ngan hard disk.
Then we went to Time square.
Mula-mula beli tiket wayang 'Jangan Pandang Belakang'.
Memandangkan wayang lambat lagi, kami pun solat zohor la dulu..
Lepas solat, kami pekena ABC cendol dulu sebelum tengok wayang.
Wayang start jam 1445. Seram gile filem ni..
Saspen gile ahh. Malas nak cakap panjang benda seram ni, hehehe.

Di Timesquare.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Habis je kami bersiap untuk balik. Aku nak balik ke rumah Aunty Saba di Damansara.
Dia ke Akasia laa, mane lagi. Aku beli roti pau kat Time Square untuk Aunty dan keluarga.
Kami lepak makan McFlurry jap kat KL Central sebelum berpecah.
Sedih weh nak berpisah even for just 3 days tau.

Layan McFlurry
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Aku pun naik la train ke Kepong Central dengan sedihnya, huhu.
Sampai je Cek Su yang ambik. Borak-borak la dalam perjalanan.
Dia mengandung 8 bulan, ngidam nak makan nasi dagang.
Dia cakap ke aku, apasal tak cakap awal nak datang, nak pesan nasi tu.
Tapi mana la boleh bawak naik flight.
Kat rumah Aunty, kami dinner ramai-ramai. Best gila ikan patin asam pedas tempoyak malam tu.


Ni yang aku beli hari tu, baru ada pix.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Lepas makan, aku terpaksa la layan AF.
Baru aku tau kenapa ramai sangat suka Dafi, comel gile mamat ni, hehehe.
Malas aku cakap pasal AF. Nak baca pasal AF baca la blog Syazwan atau Ayen.
Tu la 2 hantu AF paling terkenal kat France, muahahaha. Jangan marah empunya badan!
AF bukan la yang aku tunggu. Cumalah benda yang perlu aku lalui untuk dapat yang aku nak.
Haa.. Yang aku nak, tengok Man U lawan Boro.
Sial game ni seri 1-1 je. Ingat score awal dapat la pesta gol, rupanya hampeh.
Tamat je aku terus tidur.
Aku terbangun jam 0630 tapi syaitan berjaya goda aku untuk tutup alarm.
Kononnya nak bangun balik la lepas 10 minit ke.
Tapi aku cuma bangun jam 9 lebih, so panjang sikit la niat Subuh aku hari tu.
Aku mandi cepat-cepat lepas tu turun makan nasi lemak.
Siap makan aku bersiap-siap nak turun KL, Cek Su hantar.
Sebelum aku ke KL, ikut Cek Su ke kuarters baru dia.
Aku ingat kuarters kotak kecik, rupanya apartment besar.
Kalau gini aku pun nak kerja ngan JPA, hehehe. Besar gile untuk apartment.
Kemudian aku pun di hantar ke stesen LRT Damai. Aku ke KL Central.
Nak jumpa Haidi(Id), Luqman dan Saufi. Ni member tuisyen sama-sama tapi lain sekolah.
Luqman SMKSS, Id dan Saufi SHAMS.
Saufi kat Darul Quran, Luqman dan Id matriks UIA sekarang.
Tapi aku sempat makan McD ngan dua mamat UIA tu je.
Saufi tak sempat sebab dia drive from Pahang ada kerja.
Patutnya aku jumpa Izaidi(Dd) skali. Tapi dia ke balai polis report duit dia dalam akaun hilang.
Jam 1600 aku pun naik bas ke LCCT. Flight aku jam 2005. Takut terlepas, naik awal la.
Sampai LCCT jam 1730. Aku pusing macam orang siuman lagi.
Kaunter buka jam 1800. Buka je aku terus check in.
Lepak minum soya je la. Lepas minum soya minum air mineral 2 botol.
Hari ni minum sikit air, so kena cover la. Bahaya kurang air panas-panas gini.
Jam 1900 aku ke surau nak solat maghrib. Maghrib jam 1920, lepak dulu la.
Masuk waktu terus solat berjemaah. Siap je terus keluar.
Lahanat, delay 1 jam, huhu.

Kerja biasa bila delay.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Aku ni memang kena naik tongkang la aku rasa. Flight delay je kalu aku ada.
Masa ke London hari tu pun delay sampai 4 jam lebih, sakit hati aku.
Colombo-KL pun delay nasib baik la setengah jam je.
Tapi apasal la tak ada tongkang boleh sampai KL dari KT dalam masa setengah jam je.
Terpaksa la naik Air Asia ni.
Alhamdulillah, aku sampai KT jam 2200 lebih kurang.
Sepanjang penerbangan aku duduk sebelah menantu Atikah Songket.
Orang KT kenal la kot, kereta plat 45 semua tu.
Abah dan Faris sambut aku. Faris main handphone 1100 aku. Canggih mainan budak ni ye.
Sampai rumah terus aku makan nasi air semangkuk, nasi lauk asam pedas ikan dan sotong masak merah sepinggan, kenyang masakan ibu aku malam tu, muahaha, sedap gile!
Nasib baik la Chelsea pun seri, padan muka!
Aku mandi, gayut lepas tu tidur laa..

Kali ni aku dah tak terlepas subuh, aku bangun tepat pada masanya, siap dapat solat hajat untuk dia exam lagi sebelum subuh tu.
Lepas solat subuh aku pun tidur balik la.
Aku tidur bangun jam 0945. Bangun mesti la makan dulu. Mama masak kuetiaw ngan mi goreng.
Lepas makan, lepak dan online, aku rasa macam masa makan tengah hari dah sampai.
Boring-boring lepak rasa rindu lak kebab. So aku pun bawak la Faris jalan-jalan, beli kebab kt Kyros Kebab.

Kenapalah indah sangat ciptaan Allah Yang Maha Esa ni. Geram aku tengok.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Like bro like bro??
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mahal tapi sikit gile. Kebab gini bagi 10 pun aku boleh habiskan.
Kalau Le Rif, satu pun nak pengsan aku habiskan.
Lepas makan, aku mula la menulis benda nih. Tengah syok tulis Kak Dila cakap ada kawan aku datang.
Rupanya Syafiq a.k.a Waq datang. Member aku yang amat gila..
Berbagai kenangan gila dan kerja gila kami lakukan bersama. Dia baru merdeka Matriks Pahang.
Maka terbengkalai lah blog aku buat seketika.
Dia bawak aku makan ABC cendol kat depan Sekolah Rendah Sultan Sulaiman yang femes tu.
Macam-macam kami sembang sepanjang perjalanan dan masa makan.
Perghh.. Dia ni bangga sangat ngan bisnes rokok dia kat Kolej, hehehe. Lawak btol la ini jawa.
Masyuk gila makan ABC cendol sampai 2 mangkuk sorang beb.

Cendol pulut
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Keropok lekor dan pisang goreng
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku dan Waq
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Lupe lak, cendol ni sekali ngan pulut. Lagi la best gile. Makan pisang goreng dan keropok lekor sekali.
Kami sempat la snap beberapa gambar.
Agak lama kami borak, kami pun balik la lepas tu.
Malamnya aku keluar beli pampers Faris. Dia ni tak habis-habis nak ikut aku keluar.
NAsib baik la comel, aku bawak. Kalu tak, jangan harap, muahaha. Racist gila.
Balik rumah ada dia main wella aku sampai putih kepala dia. Abah tak bagi main merajuk lak.
Apa laa kecik-kecik dah merajuk. Ada-ada je budak kecik comel ni.


Comel!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


!!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aktiviti biasa malam ; bergayutan dan bertiduran.

Bangun subuh macam biasa tidur balik laa.
Bangun balik aku turun dapur, terjumpa la sos soya manis dalam peti.
Dulu masa nak fly aku bawak 2 botol tapi last-last tak bawak sebab takut lebih muatan.
7 bulan tak jumpa sos soya sedap gila nih.
So aku pilih benda ni jadi teman nasi aku instead of gulai ikan bawal, hehehe.
Lepas makan aku pun mandi la. Hari ni janji nak jumpa member sekolah kat KFC.
Aku ambik Izzat kat rumah dia.
Kami sampai paling awal. Kami dating berdua dulu la di tepi pantai yang indah tu.
Sembang-sembang bertukar cerita. Tetiba Lily call cakap dah tunggu kat KFC.
Kami bergegas gerak ke sana. Waq, Hadi, Lily dan Raja dah sampai rupanya.
Tirah dan yang lain menyusul lepas tu.
KFC aku tak pandang sangat laa.. Kat Bordeaux pun ada. Haha, macam la Bordeaux tu sebelah bilik aku.

Aku, Waq, Izzat, Hadi
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Budak-budak ni cakap nak buat reunion next week. Macam best je.
Kalau aku sempat peri best gak kan.
Lepas borak-borak lama, kami pun balik laa.
Aku hantar Izzat. Pandai ambik pandai aku hantar.
Aku ni abang mithali, siap ambik ubat adikku Alia lagi kat Klinik. Dia demam. Klinik menghala ke rumah Izzat, so aku ambik la ubat tu.
Aku dah rasa banyak benda yang seorang ayah lakukan untuk anaknya.
Rasa bertanggungjawab la pulak.
Beli pampers, beli susu, ambik ubat, macam-macam la.
Buat anak je tak rasa lagi, hehehe.
Balik rumah kononya nak buat essay kerja francais la.
Tapi masyuk sangat baca blog The Big Kahuna sambil makan biskut ikan kecik-kecik, tak jadi kerja.
Nak tulis blog sndiri pun tak terbuat.
Petang tu aku bawak Faris jalan, kebetulan mama suruh beli udang ngan barang dapur sikit.
Lamanya aku tak beli lauk ni. Padahal baru seminggu lebih je.
Tapi best gile bawak Faris jalan-jalan ni. Sebab masyuk sembang ngan dia.
Mulut dia boleh tahan.
Suara dia pengubat duka di hati. Jangan marah ye sayang, awak pun sama laa.
Akhirnya malam tu berjaya aku siapkan essay francais!
Siap satu homework, yayyy!!! Boleh aku ke KL dengan hati senang esok.
Aku pun tidur untuk melengkapkan syarat untuk 'Qiabola'.
Kalau Qiamullail kan kena tidur. Bola pun kena tidur la sikit.
Ni aku tengah tengok Man U lawan Milan la.
Sambil tu update blog nih.
Kalau aku tak balik Malaysia ni, mesti aku tengah pakai baju Man U kat stadium ni.
Baru aku tau liatnya nak update blog.
Heh, Man U menang 3-2 beb!!!!
Nasib baik. Main macam sial lepas lead 1-0. Main macam dah lead 8-0.
Nasib baik la Rooney score last minit winner yang smart gila.
Merci Rooney. Tu m'as donné une bonne idée de porter le maillot du Manchester ajourd'hui.
Pakai baju Man U la aku naik flight pagi ni.
Air Asia penaja Man U tuuu...
YEsSSSS! Dapat gak buka fotopages at last!
Bukan main susah nak buka. Donc je peux mettre les mes photos ici. Bon!
Ok, sampai di sini buat kali ini. Lain kali aku tulis lagi.
Au revoir!

7 commentaires:

Anonyme a dit…

huh...cm besh je.
aish..x leh jd ni.

Faizah a dit…

sedapnye.......
nampak kurus la k-riey...rambut ok..x pendek sangat...

Mr A a dit…

adeh bro. satu lagi entry yg pjng. kalo tgk latar masa entry ni, ade la 3-4 hari jgk ni. haha. jual nama aku ngan wenkt la plak. kang tak pepasal glamer free je aku. aku rase, kalo faris masuk af, mesti kalah dafi yg mu kate comel tu. faris lagi comel ah kot. haha. (kedengkian tgk mknn yg bnyk2 tu n tgk Faris tu. aku rase ah, kalo aku ade dgn dia,tak lame r pipi dia tu. merah je le...hahaha)

wénkt a dit…

takder entry lagi panjang ke??

wénkt a dit…

acttly smlm scroll down je.. hari ni baru baca.. ahaks..

rindu mesia!

wénkt a dit…

Atikah's Songket dimiliki oleh Pn Hjh Atikah Mohamad, pernah menang anugerah byk kali dah... dia lebih kurang dgn Noor Arfa Batik la... org ganu sure kenal... dimiliki oleh Wan Mohd Ariffin dan aku tak tau dari mana nama Arfa tu dapat. jumlah jualan bulanan skrg ni RM1.2 juta tau! dan juga Faiza yg buat beras Faiza yang ada kilang RM14juta

mana la aku tak bangga kalau org melayu cam tu... btw faiza tu org mesir.. dtg ke mesia niaga rempah je..

victoire a dit…

yup..org ganu sure kanl kete2 plate 45..2 la atikah songket dan kerabat2nye..

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?