lundi 18 juin 2007

Pourquoi?

Petikan UTUSAN

Suami isteri mati dibunuh

Oleh Ainol Amriz Ismail

SEREMBAN 18 Jun – Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh dengan kejam di rumah sewa mereka di Taman Desa Anggerik, Senawang dekat sini, hari ini.

Pasangan suami isteri itu, Syed Herie Azimi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan tengkuk di ruang tamu rumah teres berkenaan.

Aniza merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Seremban manakala Syed Herie tidak bekerja.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh rakan mereka, Mohd. Shafiq Ahmad Zaki, 22, dan Mohd. Fazli Kamarul, 21, pukul 2.20 petang ini yang datang ke rumah mangsa selepas tiga hari gagal menghubungi Syed Herie.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Huzir Mohamad berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

‘‘Polis percaya ini bukan kes samun kerana barang kemas yang dipakai oleh Aniza masih ada dan rumah pasangan itu juga tidak digeledah.

‘‘Namun, kereta Satria milik mangsa didapati hilang,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis akan menyiasat perkara itu dan mencari maklumat yang boleh mengaitkan kehilangan kereta berkenaan dengan kes pembunuhan kedua-dua mangsa.

Mayat Syed Herie ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah itu manakala mayat isteri mangsa terbaring di depan televisyen tidak jauh daripada mayat suaminya.

Difahamkan, terdapat enam kesan tikaman di bahagian rusuk dan perut Syed Herie manakala terdapat satu kesan tikaman di bahagian tengkuk Aniza.

‘‘Polis akan menyiasat dari segala aspek dan setakat ini, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan ini,” ujarnya.

Mayat pasangan suami isteri itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk bedah siasat.

‘‘Kita berharap orang ramai dapat menghubungi polis untuk membantu siasatan,” ujar beliau.

Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 15 September 2006 dan Aniza yang sarat mengandung tujuh bulan pernah keguguran sebelum ini.

Mereka menyewa rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.

----------------------------------------------------------------------------------------


Crazy world.

3 commentaires:

zlaa a dit…

k-riey,
Crazy, weird world.. wonder apa-la motif yang pergi bunuh dua-dua orang sekali.. Misteri tak habis-habis..

victoire a dit…

Thats why Kak.
Seram baca paper pasal Malaysia this few days@weeks.
Baru ni baca yang accident suami isteri yang sampai putus kepala tu, tinggal anak dia sebatang kara sorang2,sedih bace.
Lpas tu bace yg kene rogol, samun dan tetak kaki tu.
Macam-macam la. Takut dunia akhir zaman ni, huhu.

victoire a dit…

Tapi kejam gila bila baca yang dia tengah mengandung 7 bulan tu.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?