Angin La Rochelle datang lagi, diiringi hujan dan kesejukkan.
Satu kombinasi lengkap yang lebih dari cukup untuk memerangkap aku dalam selimut.
Rase nak berbungkus je sejuk-sejuk gini.
Angin kuat sangat sampai burung terbang pun tak leh gerak.
Kesian gile tengok burung kibas sayap tapi tak gerak.
Mase gini kalu bawak basikal, tak payah kayuh kalu angin ikut kite.
Hari natal semakin dekat. Lampu dah terpasang kat La Rochelle ni.
Cantik gile Hotel de Ville malam-malam.
Ohh, ni bukan hotel 5 bintang, tapi pejabat datuk bandar.
Kalau kat Malaysia, hotel besi tu lokap kan?
Ok, hujung minggu aku dah nak habis. Tinggal lagi 2 jam lebih kurang.
Hari ni aku lepak dalam bilik je. Nak keluar macam mana, hujan dan angin kuat sangat.
Pagi tadi nak bangun pun liat sebab dengar angin kuat, sambung tidur la jawabnya.
Tapi tak ada la tidur sampai tengah hari. Akhirnya aku bangun la.
Tengok undian peringkat kumpulan Euro 08.
Kumpulan maut - Perancis, Belanda, Itali dan Romania.
2 pasukan kegemaran aku dalam kumpulan ni, Itali dan Belanda.
Perancis aku tak sokong.
Tapi dah belajar sini, rasa la nak tengok dia layak sekali.
Tapi nak buat macam mana. Dah kena kumpulan susah.
Romania pun hebat. Menang lawan Belanda dulu.
Dulu masa Euro 2000 Perancis dah satu kumpulan dengan Belanda.
Belanda menang 3-2 masa tu.
Separuh akhir, Belanda kalah penalti dengan Itali.
Belanda dapat 2 penalti masa 90 minit tu, tapi tak gol.
Frank de Boer dengan Patrick Kluivert. Masa penentuan kalah 3-1.
Kita tengok nanti macam mana.
Akhirnya Kaka' menang Ballon d'or.
Ronaldo ada banyak masa lagi, lain kali menang ok.
Hari ni aku cuma lepak dalam bilik, sambil tengok tiket nak jalan-jalan.
Tiket Paris-Stockholm untuk Febuari murah, 48€ je.
Ryan Air pun ade ke Marrakech. Menarik.
Masih dalam perancangan untuk nak buat apa cuti 2 minggu Febuari ni.
Isk, semalam kata nak bersara seketika. =p
Sedap lagu Lepaskanku ( Erra Fazira ).
Ni tengah layan la. Lagu ni tahun 2001, 2002 tak silap. KRU yang buat.
Dengar lagu ni terbayang-bayang Erra bawak Superbike dalam Janji Diana.
Aku suka filem tu. Tengok banyak kali pun tak puas.
Sebab aku minat motor. Aku suka Ducati 996 yang Erra bawak dalam filem ni.
Masa ni aku tengah gila motor. Tiap-tiap bulan beli Roda-Roda ( majalah motor ).
Dah la baru dapat 125, lagi-lagi lepas PMR tak ada apa nak fikir.
Satu lagi lagu yang buat aku teringat Janji Diana - Asmara ini.
Sebab Fazley pun berlakon sekali dan lagu ni pun ada.
Tapi sedih cerita dia sebab hero Rosham Nor mati akhir sekali.
Tahun 2001-2004 rasa macam banyak je filem melayu.
Mr cinderella, Kuliah Cinta, ape lagi ek?
Mase ni Apek, Yusry dengan Erra laku sangat. Rosham Nor pun sama.
Sekarang generasi baru. Pierre Andre, Ashraf Sinclair la.
Aku kenal Perre je sebab tengok Dunia Baru.
Sebab apa aku suka Dunia Baru? Hehehe.
Ok, cukup dulu mengarut. Dah nak tidur, esok kene bangun awal, Informatique 0800.
Dah tak ada tidur 'illimite' macam hari ni.
Anyway tak sabar tunggu cuti Krismas 2 minggu.
Nak lepak, masak dan makan puas-puas.
Nak ratah ayam banyak-banyak.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire