Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan pada semua!
Baru semalam aku sedar kat Perancis ni awal 1 hari.
Nasib baik la tangan aku gatal buka Grande Mosquee de Paris.
Alhamdulillah, sebab esok aku cuma ada kelas berenang je pagi tu.
Boleh la ponteng, pergi solat sunat. Bukan selalu boleh pergi tu.
Tahun ni Aidilfitri pun sempat aku solat, nasib baik kena masa hari Sabtu.
Tahun lepas dalam kelas Pascale je la. Huhu.
Aidiladha solat kat Malasian Hall London, masa tu ada kat sana.
Esok agak menarik sebab petang aku cuma ada 'examen orale' je.
Lepas tu boleh pecahkan kepala sedia untuk ujian Fabienne Khamis ni.
Tak payah pergi makmal esok. Dah batal sebab 'examen orale' tu la.
Dah dekat nak cuti. 2 minggu tidur sepuas-puasnya. Tak sabar!
3 commentaires:
happy eid adha!!
selamat hari raya yie!!! jangan nangis lak eh... hehehe
hehe. kene kontrol macho, mane bleh nangis. =p
thanks for the wishes wahai Tanjung sisters.
Selamat Hari Raya Aidiladha!
Enregistrer un commentaire