dimanche 30 décembre 2007

Tahun 2007 aku.


Ok, tahun 2007 dah nak habis tak lama lagi. Jadi aku rasa nak buat rumusan.
Rumusan untuk setiap bulan bagi tahun 2007 untuk aku.


JANUARI

Bulan ni penting sebab merupakan detik manis berkenalan dengan subjek Sains serta guru-guru penyayang yang baik hati.
Berakhir lah bulan madu 3 bulan tanpa subjek Sains.
Kalau sebelum ni boleh lepak suka hati, sekarang malam tak boleh rehat.
Kena bersiap untuk 'au tableau'.
Agak menyesal sebab tak bersuka ria puas-puas sebelum ni.
Bila mula Sains baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Bermula la perjuangan sebenar di bumi Perancis ni.

Bulan ni tak letih sangat, agak rehat sebanarnya sebab kelas Bahasa Perancis pun sama budak Malaysia je. Santai je kelas dengan Corinne. Macam biasa masa rehat dia yang dekat setengah jam tu.

Kewangan masa ni agak goyah sikit, maklum lah berbulan madu kat UK Krismas tu.
Tahu-tahu je la apa jadi kalu berada di Oxford Street masa 'Boxing Day' tu.
Tapi nasib baik elaun masuk akhir bulan tu.

Yang menarik, akhir bulan ni dan awal bulan 2, aku merasa main ski buat kali pertama.
Seminggu kami pelajar Malaysia ikut trip Universite de La Rochelle main ski.
Kami main kat Ocieres, di kawasan Banjaran Alps.




FEBUARI

Bulan ni bermula masa aku tengah main ski kat Ocieres tadi.
Selain dari ski, yang menarik sikit ialah sambutan Tahun Baru Cina di Tours.
Seronok sebab dapat jumpa budak Malaysia kat tempat lain di Perancis ni.
Makanan pun sedap semua. Memang hebat la senior-senior aku kat Tours.
Aktiviti pun menarik semua. Tak sia-sia aku tak tidur.
Seronok main daun terup sampai pagi.
Main teka benda pun menarik. Tak boleh guna mulut, kena lukis.
Paling menarik bulan ni beli tiket balik Malaysia!
Bermula lah penghitungan hari untuk balik..




MAC

Bulan ni aku mula menghitung hari nak balik Malaysia la.
Aku mula tulis blog bulan ni. Akhirnya ada catatan hidup aku.
Sebelum ni nak tulis diari tak pernah jadi.
Sekurang-kurangnya sekarang aku ada sesuatu untuk dirujuk satu masa nanti.
Boleh aku imbas balik apa aku dah buat sebelum ni.

Ada cuti seminggu dalam bulan ni, tapi aku tak ke mana-mana.
Pekena KFC kat Bordeaux balik hari je.
Untuk tahun pertama aku kat Perancis, ni satu-satunya cuti aku tak melancong.
Selain dari cuti ni, mesti ada je aku ke mana-mana untuk lebih dari satu hari.
Sebab tu Bordeaux tak kira.
Bulan ni aku duk harap Manchester United menang tiga piala tu.
Masa ni semua ok, masih dalam persaingan 3 pertandingan tu.




APRIL

Bila April tiba, hati mula berkata.. Petikan lagu Dr. Fazley.
Antara bulan paling aku suka selain 3 bulan cuti musim panas aku.
Ada cuti 2 minggu dalam bulan ni, tu lah sebab aku suka bulan ni.
Antara cuti paling menarik untuk aku.
Seronok sebab bulan ni aku dapat jumpa orang-orang tersayang.
Sambutan hari lahir teristimewa aku setakat ni dalam bulan ni la!
Bulan ni sangat berharga sebab aku dapat semangat baru untuk berjuang.
Dan lepas bulan ni je, semua makin baik untuk aku.
Manchester United semakin hampiri impian 3 kejuaraan, masuk final Piala Fa.
Liga Juara-Juara UEFA pun dah masuk separuh akhir.
Perlawanan pertama menang 3-2 lawan Milan.
Bulan ni ada perlawanan paling menarik, menang 7-1 lawan AS Roma.




MEI


Ada banyak cuti pendek dam bulan ni.
Bulan kegemaran orang Perancis yang malas.

Aku
ada 1 cuti 4 hari dalam bulan ni.

Cuti kali ni aku ke Lille, Brusselles
dan Amsterdam.
Agak menarik pelancongan aku untuk kali ni.
Pergi Brusselles semata-mata untuk makan waffle dengan borong coklat je.
Sekurang-kurangnya kalau orang tanya boleh jawab dah sampai, tak gitu?
Di Amsterdam semalaman tak tidur, lepak-lepak je.
Makan KFC lagi di Amsterdam, jalan-jalan kat 'Red Light District'. Alhamdulillah.

Selain dari ni, aku rasa dah tak ada apa yang menarik untuk bulan ni.
Aku makin gembira sebab dah makin dekat nak balik Malaysia untuk cuti.




JUN

Erm, tinggal kurang 2 bulan untuk bermula cuti musim panas aku.
Kelas Fabienne pun dah tamat untuk tahun pertama.
Jean Francois ambil alih Matematik. Agak santai kelas dia.

Bulan ni paling rehat sejak masuk subjek Sains hari tu.
Kelas bahasa pun balik sama pelajar Malaysia. La Rochelle mula panas.

Banyak pesta kat La Rochelle dalam bulan ni. Ada Fete de la Musique.
Beberapa kali jugak la ada konsert atas jalan kat Vieux Port tu.
Seronok layan lagu dan kerenah manusia kat situ.
Hampir setiap hari penuh manusia kat La Rochelle.
Budak sekolah pun dah mula cuti masa ni.




JULAI


Akhirnya penantian hampir berakhir! 20 Julai akan terbang balik.
Bulan ni kira cuti dah mula secara tak rasminya. Sebab kelas Sains dah tamat.
Kelas bahasa pun santai, kami mula Kelas Musim Panas.
Belajar sikit, banyak aktiviti. Rakan sekelas ada bermacam generasi.
Sebaya tok aku pun ada. Kelas ni memang satu pengalaman menyeronokkan.

Musim panas ni, siang sangat la panjang. Subuh masuk jam 0315, Isya 0030.
Jadi baik tidur lepas Subuh.
Atau pun solat Isya' masa nak masuk Subuh.

Akhirnya datang lah 20 Julai. Aku pun terbang balik ke Malaysia tanah airku.
Aku lepak di Charles de Gaulle semalaman tunggu penerbangan aku jam 0730.
Naik Swiss Air untuk Paris-Zurich dan MAS untuk Zurich-KL.
Tapi beli tiket atas nama Swiss Air, perkongsian kod penerbangan.

Seminggu terakhir untuk bulan ni aku berada di Malaysia.
Masa aku di habiskan untuk berulang-alik KT-KL.
Nak buat macam mana dia belajar kat KL. Hehehe.
Tapi tak apa, asal bahagia. Bulan ni aku makan sepuas-puasnya.
Seronok sangat dapat bersama keluarga, dapat main dengan adik Faris.




OGOS


Macam minggu terakhir Julai, bulan ni aku banyak berulang-alik ke KL.
Aku jumpa saudara-mara dan kawan-kawan kat sana.
Nak buat macam mana masa aku balik ni mereka tak cuti.
Kan cuti kat Malaysia biasa habis bulan Julai atau akhir bulan Jun.

Bulan ni juga aku kembali ke INTEC, ada reunion untuk pelajar Perancis tahun aku dengan budak-budak baru.
1,2 hari lepas tu ada makan malam kat hotel untuk MASAF.
Tapi aku tak pergi sebab demam. Tak selesa nak main tisu dalam dewan tu.
Bulan ni kali pertama aku menjelajah Kelantan. Sebelum ni lalu je.
Ni baru kenal betul-betul. Hehe, aku akan kembali lagi!!
Sedap gile makan ikan keli kan?




SEPTEMBER


Bulan ni agak sedih sebab cuti musim panas aku berakhir.
Seminggu pertama merupakan minggu terakhir cuti musim panas aku.
Aku manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga tersayang dan Mia.
Sempat jugak aku ulang-alik pergi KL untuk satu Ahad.
Sebab KT cuti Jumaat dan Sabtu, tu masa bersama keluarga.
KL cuti ahad, boleh lepak dengan Mia pulak kan.

Sebelum balik Perancis, sempat aku sambut hari lahir Mia awal 5 hari.
Sekurang-kurangnya sempat kami sambut bersama.

Masa aku mula-mula sampai La Rochelle, agak sedih la.
Sebab sebelum ni hidup aku riuh dengan suara Faris, adik-adik aku semua.
Ni tiba-tiba bersendiri balik.
Pada hal sebelum ni dah biasa. Semua kembali macam biasa.

Ramadhan masuk bulan ni. Kali kedua puasa di La Rochelle.
Bermula balik kelas Sains. Kelas bahasa semakin berkurang.
6 jam seminggu, 3 kali kelas 2 jam je. Kelas Sains makin banyak.
Keluar bilik gelap awal pagi, balik pun gelap malam.




OKTOBER

Bulan sedih, Mak Yu meninggal. Al-Fatihah.
Raya semakin dekat. Kami pelajar La Rochelle kena jadi tuan rumah majlis.
Tapi majlis besar-besaran tu akhir bulan.
Mula-mula raya, kami buat majlis sesama kami pelajar di La Rochelle je.
Dapat kami merasa suasana raya dengan juadah hari raya.
Kebetulan 1 Syawal jatuh hari Sabtu. Boleh pergi masjid.
Sebelum tu semalaman buat persiapan raya.
Nasib baik boleh bangun pagi tu. Semangat raya, bukan senang tu.

Minggu terakhir bulan ni ada cuti semiggu.
Masa cuti ni la kami buat sambutan besar-besaran untuk pelajar di Perancis.
Bilik aku riuh kejap untuk 4,5 hari dengan budak-budak ni.
Sempat juga melantak KFC di Bordeaux. Aku bawak budak-budak Colmar nih.
Sambutan raya Alhamdulillah lancar semua.




NOVEMBER

Kelas bermula balik lepas seminggu cuti yang tak macam cuti sangat.
Kelas berenang pun mula. Kami kena dapatkan sijil iktiraf pandai berenang.
Ni untuk aktiviti main kapal layar tahun depan (esok je).
Tak ada apa yang menarik bulan ni selain kelas yang meletihkan.




DISEMBER

Hampir tamat tahun 2007, dah nak masuk 2008.
Awal bulan ni agak meletihkan sebab ada banyak ujian.
Semua subjek nak ujian sebelum cuti.
Tamat je kelas bahasa, ada lah sedikit ruang untuk bernafas.
Kurang 6 jam kelas seminggu. Kelas Sains jalan macam biasa.

Sebelum cuti, sempat aku pergi solat Raya Haji dulu.
Alhamdulillah tahun ni sempat solat 2 kali raya.

Yang penting akhirnya bermula lah cuti 2 minggu aku.
Cuti kali ni aku tak ke mana-mana.
Aku nak rehat puas-puas. Tidur cukup-cukup.
Hari ni sempat aku bantai 3 cuisse ayam goreng.
Selain dari tu, tak ada apa yang menarik bulan ni aku rasa.

5 commentaires:

Anonyme a dit…

love april,july ogos+sept
"selain dari tu,tak ada apa yang menarik bulan ni aku rasa"-u said

i duno y but i think that dec is d most challenging month for me+U rite?
nk wat cne,monsun byk bln ni.hehe..cmpur ngn ribut salji la.M i rite?

Mr A a dit…

paaaaaaaaaanjang nye!!!! aku pon tak wat tau tak..huahaha..takley kalah neh..haih..
=D

victoire a dit…

@ mia
hahaha. banyak sangat bencana alam.
hal rumah tangga mane buleh publish.
=p he he he

@ ayen
review tahunan kene buat..
at least bulan by bulan gini. he he

wénkt a dit…

hahaha
byk rahsia kan?

victoire a dit…

banyak rahsia?? rahsia ape??

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?