jeudi 31 janvier 2008

Au revoir Janvier.. Bienvenue Février!

Alhamdulillah, berakhir bulan Januari. Kalau di Perancis, ada lagi 2 jam lebih kurang.
Syukur sebab berlalu 1 bulan musim sejuk, tak tahan dengan angin.
Tengok lah kedudukan La Rochelle di peta. Betul-betul tepi Lautan Atlantik.
Amerika Syarikat hanya di seberang sana. Hehe.
Tepi laut ni, angin sangat kuat walaupun suhu tak rendah.
Jadi jangan rasa kalau tengok suhu 6 darjah tu dah ok.
Sebab angin yang mengiringi suhu tu sangat kuat, kalau berbasikal, tak payah kayuh.
Untuk sem depan, aku tak akan sama sekali pilih universiti di bandar tepi laut.
J'en ai marre!!!

Kalau sejuk sahaja sekurang-kurangnya boleh pakai tebal kan.
Aku cakap pasal sejuk, sebab aku baru lepas sejuk meredah hujan dan angin tadi.
Malam ni malam Jumaat, kami baca Yasin ramai-ramai tadi.
La Rochelle minggu lepas tak sejuk, suhu paling rendah pun 8 darjah.
Tapi minggu ni sejuk balik, sampai 1 darjah. Angin lah tak tahan sini.

Minggu ni macam biasa, kelas Perancis je yang ditambah. Dah mula balik.
Kelas Isnin baru ni biasa je, tapi hari ni agak pening sikit.
Sebab bincang benda falsafah apa lah, tahu-tahu lah kalau tengok falsafah ni.
Bak kata Cikgu Aziz, cikgu Sejarah aku dulu, falsafah = pale sapoh (kepala sampah).

Minggu ni juga baru kami sedar yang cuti dah dekat. Macam tak percaya.
Pada hal baru lagi cuti Krismas hari tu. Cuti mula 9 hingga 17 Febuari, 1 minggu.
Tahun Baru Cina senyap je, tak tahu sambut di mana kali ni.
Tahun lepas di Tours sangat lah menarik dan seronok sambutannya.
Aku semalaman tak tidur. Main macam-macam. Aktiviti menarik semua.
Makanan pun banyak jenis dan kuantitinya.

Cakap pasal bola (lagi).
United mengakhiri Januari dengan bergaya sekali. Menang semua perlawanan.
Semalam menang lawan Pompey, Ronaldo lagi sumbat 2 gol.
Macam tak percaya pemain sayap boleh sumbat 27 gol, belum tamat musim lagi!
Kalau penyerang, tak pelik pulak aku.
Aku rasa mesti dia dan Ferguson dapat anugerah bulan Januari.
Pemain dan pengurus terbaik untuk bulan Januari.
Pertahanan pun hebat, cuma bolos 1 gol dalam 6 perlawanan.

Ok, 1/12 tahun 2008 dah berakhir, cepat gila kan.
Bulan Januari aku juga berakhir dengan kemasukan elaun 3 bulan (Feb-April). Hehe.

4 commentaires:

Anonyme a dit…

hehe..
berakhirnye jan juga dgn kmskn scholar ku yg melambung.hahaha

fsj a dit…

pasni aku rase mu buleh r ganti amende name die tuh, ade kang hop ulah bola sokmo tuh :D

kt sane pun ade cuti raye cine ke?ke tu cuti sem?

p/s- kriey, buang r verification des mots tuh, aku juling nengok.hoho

victoire a dit…

@ mia
haaa.. da melambung tuh, tau2 laa ape yg perlu dibuat bile i balik.. =p

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
ganti hasbullah awang ke zainal abidin rawop? ha ha ha
mujor ngat aa cuti raye cine..
ni cuti winter..
ade ag verifie tuh?

fsj a dit…

haha, ha hasbullah, baru aku igt.wakakka!
ha, dah tade. hehe. bagus bagus
:D

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?