mardi 22 janvier 2008

Drama White Hart Lane.

Pergh.. Mula-mula sekali aku ucapkan tahniah pada Spurs.
Bukan senang nak belasah Arsenal 5-1 tu beb. Kali terakhir menang pun 1999.
Tu kali terakhir menang lawan Arsenal la, 9 tahun lepas tu.
Dah lah sama-sama kelab London. Perseteruan memang sangat hebat.
Bukan setakat London, tapi London Utara, lagi tepatnya.

Aku ikut perlawanan tu kot Soccernet tadi. Macam mimpi je.
Sebab bila dia tulis Spurs dapat sepakan percuma, aku minta gol la.
Sekali memang betul gol. Akhirnya 5-1. Ha ha ha.
Tapi Spurs jangan cepat dabik dada, United menanti Ahad ni. Di Old Trafford!

Erm, esok aku tak ada kelas langsung. 1 hari 'cuti'.
Kalau Fabienne tahu, mesti mengamuk dia. Mana boleh tengok kami senang.

Malam ni aku layan 2 drama. Drama kat White Hart Lane tadi satu.
Satu lagi kat Youtube. Aku tengok juara tarik tali. Teka siapa??

Elyana la. Bukan tengok dia, tengok Dunia Baru musim 3.
Semalam la mula-mula aku jumpa episod 7, 8, 9 dan 10.
Dah dekat 3 minggu aku cari baru jumpa. Episod 10 je tengok tadi.
Yang lain dah layan semalam lagi. Punya lah lama aku cari. Kenduri la semalam.

Aku suka tengok sebab kisah pasal pelajar kat Universiti.
Ada sedikit, aku rasa banyak juga yang berkait dengan aku.
Tapi sekarang kat La Rochelle ni aku tak rasa macam belajar kat Universiti sangat.
Sebab kami belum campur, belum ikut program universiti.
Kami sekarang buat apa yang budak Perancis lain buat kat Lycée- Sekolah menengah atas.
Jadi nanti, semester depan baru kami masuk alam pelajaran universiti sebenar.

Aku sebenarnya kalau cerita apa sekali pun, sekali tengok mesti nak tahu kesudahan.
Jadi aku ni tak ada lah spesifikasi khas pasal cerita atau drama yang aku layan.
Sebab tu aku kadang-kadang elakkan mula tengok satu-satu drama atau anime.
Sebab aku tahu, risiko untuk aku ketagih tinggi.

Dunia Baru aku suka tengok kisah Tajol dengan Adif.
Tapi musim ni Adif dah jarang keluar. Banyak keluar Suzana.
Aku ni menyampah tengok dia ni. Satu lagi Emma tuh.. Eee.. Loya tekak.
Pandai la berlakon sampai aku naik benci tengok. Hehe.

Erm, tengok sikit apa aku buat semalam, hari Isnin.
Pagi pukul 1030 ada perjumpaan dengan Pierron.

Tak ada apa sangat pun semalam. Cuma terangkan hala tuju kami nanti.
Apa yang dia terang banyak dah terjumpa kat internet sebenarnya.
Aku Insya Allah nak buat Kejuruteraan Industri nanti. Kait dengan kualiti, logistik kot.

Habis perjumpaan tu dalam pukul 12 lebih, dekat pukul 1.
Kelas patut pukul 1 tunda 130. Bagi kami sedikit masa untuk makan.
Boleh tahan la makan tagliatelle dengan ikan masak apa entah.
Tagliatelle ni sejenis pasta. Rasa macam spagetti la.

Habis kelas pergi perpustakaan jap. Balik bilik malam lepak, buat kerja sikit.
Belek Kimia, Mécanique dengan Matematik untuk kelas esoknya.

Hari ni bangun awal, kelas mula pukul 8. Mekanik 2 jam, Kimia 2 jam pagi.
Untuk 2 subjek ni, belajar benda yang dah belajar masa sekolah dulu ;
Radioactivité untuk Mécanique dan kadar tindak balas untuk Chimie (Kimia).
Tapi kali ni belajar lagi mendalam la banding masa sekolah dulu.

Belajar pasal mangkin atau catalyseur. Teringat aku kat Cikgu Zul.
Dia ajar aku Kimia kat sekolah dulu. Cara dia nak fahamkan kami lawak.
Dia cakap, mangkin ni ibarat budu.
Kalau makan nasi tak ada budu, perlahan je makan sebab tak sedap.
Tapi kalau ada budu, laju lah makan sebab sedap.
Kalau ada mangkin, tindak balas kimia pun cepat lah. Hehe.

Petangnya kelas Matematik 3 jam, diikuti tutor lagi 2 jam.
Hari ni lah paling padat dalam seminggu. Lepas je hari ni, lega lah sikit.
Malamnya rehat sikit lepas 1 hari penuh kelas Saintifik.

Baru aku sedar aku rajin sikit tulis ni sekarang.
Sebab benda ni kan macam diari. Bagi aku biasa lah tulis banyak.
Kan diari siap orang tulis tiap-tiap hari lagi.

Lagipun aku memang suka menulis.
Aku belajar Bahasa Arab, Melayu, Perancis dengan Inggeris secara formal.
Kecuali Arab, 3 bahasa lain tu, karangan lah lubuk markah aku.
Kat sekolah, karangan BM atau BI aku boleh dikatakan baik lah.
Sebab karangan ni bebas aku nak tulis apa, boleh elak kesilapan.
Tapi kalau pemahaman atau tatabahasa, kan jawapan dia dah ditetapkan.
Tak boleh nak diubah-ubah. Tapi karangan, kita tentukan sendiri.
Belajar Bahasa Perancis sekalipun, markah karangan aku lah penyelamat.

Arab?? Hehe. SPM aku cukup untuk cakap segala-galanya.
Arab susah sebab aku tak praktis. Kurang bahan dan tempat untuk praktis.
Aku rasa kalau aku guna Arab, mesti dapat kuasai Bahasa Mulia tu.
BM memang guna dalam kehidupan harian, bahasa utama dengan keluarga.
BI banyak guna baca akhbar, internet yang berkaitan.
Bahasa Perancis - Sebut aku duk kat Perancis sekarang.
Tak kan nak cakap Bahasa Uganda kat sini.
Jadi betul la. 'Practice make perfect'.
Bahasa kena di praktik. Baru lah boleh dikuasai.

Dah masuk pukul 12 waktu Perancis, jadi hari ni 23 Januari.
Aku ucapkan selamat hari lahir untuk E. Gambar dia aku letak semalam kan.
Kenal dia sejak tingkatan 2. Banyak kerja gila kami buat bersama.
Bila aku cakap gila, memang kerja gila yang mungkin tak terbayang. Ha ha ha.
Masa tingkatan 4 kami ke sekolah sama-sama naik motor aku.
Aku ambil dia setiap pagi. Kaki perempuan dia ni. Ngee..
Orangnya kacak, padan laa digilai dan menggilai ramai.
Ni aku letak gambar masa kami tingkatan 2, tahun 2002.
Dari kiri Eman, aku, E.

4 commentaires:

fsj a dit…

aduhai, lagu i'm going crazy, im going crazy... lalala terngiang ngiang kat telinge aku, dlm ati pun terdengar lagu tuh, haha, tukar la lagu len plak babe :D

aku rase tak lame lg aku buleh kenal la pasukan bola dunie sebab aku salu bace report bola kat sini, muahaha.

ko cari dunie baru kat youtube ke? awat tak tgk kat website tv3 je? aku kalo terlepas, aku tgk kat situ aje. best! mane tau kot ko rindu tgk tv malaysia kan :p

ko memang sangat beruntung sebab tau banyak bahse, aku jeles, satu lg ko tgl, loghat tranung tu pong bahse gop tau, org laing susoh nok ikok kite cakak. tau dok? hehe

belaja rerajin, aku pun dah nak habis cuti dah, dah kene start buke buku balik r, hoho. aku doakn ko berjaye amek kejuruteraan industri,all the best! keep on writing, aku bosan2 buleh usha! :D

victoire a dit…

ha ha ha
lagu nih sdak woo. nanti aa aku rajin aku tuko balik.
lagu kat blog nih biase ikut mood aku.
nok gile, sebak tu pilih lagu ni. =p
aku tgk kat youtube sebab internet residence aku ade firewall.
dokleh tengok tv3, download pun imesh je yg buleh lpas.
memang untung orang ganu.
sebab kite paham loghat klaté ngan BM standard.
tapi org KL tau yang standard je. haha

alsyaz a dit…

wargh!apsal banyak gile tengok drama melayu?!

victoire a dit…

dah skali tertengok, kene aa tau kesudahan.. ha ha ha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?