vendredi 25 janvier 2008

Hari Jumaat aku diceritakan untuk mata..

Malas nak tulis panjang. Biar gambar ceritakan hari Jumaat aku kali ni.



Ok, mula-mula pagi nak pergi kelas dulu. Ni gambar bangunan
pentadbiran Universite de La Rochelle. Bagi aku agak unik.



Padang rumput yang perli direntas untuk ke fakulti sains.
Tu bangunan fakulti sains dan teknologi.



Tengok dekat sikit. Nampak besar, gagah dan cantik.
Tapi kelas aku ciput je macam kabin di sebalik bangunan ni.



Habis kelas, balik siap nak pergi Solat Jumaat.
Ni la masjid sini. Tak ada rupa masjid pun.
Sebelah rumah, sederet kawasan perumahan.



Ni pintu masuk utama. Dalam agak luas gak.


Balik masjid singgah pasar kat Centre Ville.
Matilah aku kalau dipaksa habiskan fromage ni.
Mak cik tu cakap ni la 'Emmental'.


Ni pandangan gerai jual fromage (keju) ni.
Macam-macam jenis ada.


Pasar ni dekat hub bas La Rochelle.
Ada satu cathedrale besar kat sini.


Pemandangan pasar petang Jumaat.


Mediatheque La Rochelle. Tempat pinjam DVD,
novel, baca L'equipe, lepak. Macam Old Trafford
bangunan kaca dia ni. Tengok gambar seterusnya.
Dari Centre Ville nak balik, mesti lalu sini.


Ni la Old Trafford di Manchester.


Pemandangan setentang Mediatheque tadi.
Ada laut, nak pergi Centre Ville kena seberang
kot jambatan. Kadang-kadang jambatan tu
'dibuka' untuk bagi laluan pada bot nak lalu.
Macam 2 Fast 2 furious punya jambatan tu.
Kalau masa nak cepat memang sakit hati tunggu.


3 menara jadi simbol La Rochelle. Dalam gambar sebelum pun ada.



Tiap-tiap hari tengok bot. Masa musim panas ramai la tuan bot datang La Rochelle, agak meriah. Tapi musim sejuk seksa duk sini, angin kuat sangat sampai bergoyang.


Nak dekat Maghrib, aku lalu pasar tadi lagi. Sebab lepas aku balik makan tengah hari, aku keluar balik, tengok 'soldes', atau kat Malaysia kita kenali sebagai 'sale', macam megasale kali ni. Semua harga runtuh, jaket, baju cantik semua turun harga sampai 70%. Aku tunggu baju Armani dan Hugo Boss turun harga, baru nak sapu. Tak sabar!


Hari ni, ada banyak masa nak masak. Jadi tengah hari tadi aku makan nasi lauk gulai ayam.
Lama pulak tak makan gulai. Tak ada la lama sangat nak masak sebenarnya.
Tumis bawang dengan beberapa bahan lain sikit, masuk rempah dengan air, daging.
Sekejap je dah siap. Tambah kentang dengan santan.
Biasa la, semua benda pun, nak mula memang susah. Bila dah mula baru tahu senang.

7 commentaires:

Amy a dit…

huhu...miss la rochelle!!

fsj a dit…

akhirnye mu boh gop gambo kat sane,
bes tempat ni, tp nampak cam suram sket erh? bakpe? winter lg ke? suasane gini buleh buat aku jd homesik. hohoh-sayu! :'(

gane nak sebok "soldes"
ajo aku, tulih dlm phonetic symbol ok :)

p/s- kriey, gambo ye dokleh besor lg ke? :D

2- kriey. doh ,r dakyoh r buh verification des mots tuh, aku ni mate dok berape ngat.lengoh nilik. hoho.

victoire a dit…

@ kak amy
hehe, kalu rindu, datang laa bile ade mase kak.

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
sebut 'sold' dengan ade bunyi d ujung tuh..
aku snap pic tmpat suram, napok suram laa.
tmpat ni tiume winter biase je.
tapi kalu summer, atas jalan penuh orang spanjang mase.
biase la, dekat pntai ngan laut kan

Anonyme a dit…

eh cam malaysia la,ney kelantan ke? hahha

victoire a dit…

ape yang kelantan cik yana?? hehe

Camille a dit…

aku teringat lagi atap aneh bangunan u tu

victoire a dit…

@ k
ha ha ha.
tuh la. aneh atap tuh. unik kan?
aku dulu mule2 sampai, dari jauh dah pelik pebende condong tuh.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?