Heh, ni kali ke-100 aku tulis. Tak ada apa yang menarik.
Cuma hari ni aku mula kelas balik lepas 2 minggu cuti.
Patut Isnin pagi kelas Informatique pukul 8 sampai 11 pagi.
Aku bukan main semangat bangun awal pagi, nak pergi kelas bosan tu.
Siapa tak bosan kalau kelas menghadap komputer sambil menaip balik teks dia bagi.
Prof aku Jean-Luc tu pun muka mengantuk je datang ajar.
Dia tidur tak puas kot. Maklumlah baru habis hujung minggu.
Momentum tidur sampai tengah hari kuat lagi kan.
Jalan terhuyung-hayang dengan mata yang nak tak nak buka je.
Tapi pagi ni rezeki aku bangun awal.
Kan orang bangun awal ni murah rezekinya. Kelas batal beb..! Ha ha ha..
Agak lama untuk kami sedar akan pembatalan kelas ni.
Tercengang kami lepak kat bangunan ni.
Macam biasa, 20 minit prof tak datang kami cabut la.
Masa cabut ni belum tau lagi kelas memang batal.
Sampai kelas petang baru Fabienne cakap.
Aku ingat nak pergi lepak Mediatheque baca paper dengan majalah kat sana.
Dah jadi rutin harian aku baca sekurang-kurangnya L'equipe kat situ.
Sambil mencari DVD Da Vinci Code yang tak pernah orang tak pinjam.
Tapi perut lapar pulak. Tak sempat makan lagi pagi tadi kan.
Aku balik bilik panaskan air. Buat sup ayam macam kat Pizza Hut tu.
Baru aku tau sedap gila mulakan hari dengan sup ni.
Dah kenyang-kenyang kambing tu, aku keluar ke Mediatheque tu.
Sekali tutup. Rupanya Isnin dia buka tengah hari je, pagi dia tidur lagi lama.
Aku pun dah malas nak balik buka komputer aku. Jadi lepak kat jiran dia.
Jiran Mediatheque ni Bibliotheque la, nama samaran dia B.U.
Orang Melayu panggil perpustakaan.
Aku lepak main internet kat situ sementara tunggu perut lapar balik.
Bila dah lapar, aku balik bilik la masak untuk makan tengah hari.
Lepas makan, solat aku ke kelas Math dengan semangat untuk 'au tableau'.
Hari ni aku tak kena lagi. Dah la kawan aku dah cilok soalan yang aku nak buat.
Tak apa, sempat balik bersiap-sedia. Cuba lagi.
Masa kelas ni la Fabienne cakap kelas Informatique tu dah tamat.
Tambah satu lagi berita baik ;
Memandangkan pagi Jumaat kami dah tak ada kelas Electricite, tinggal Matematik je.
Kelas tu petang jam 1315 bermula lepas cuti.
Fabienne nak anjak kelas tu ke pagi masa Electricite tu.
Alhamdulillah, kalu dapat, boleh lah aku Solat Jumaat lagi semester ni.
Semester lepas dapat pergi sebab kelas tu mula jam 1420.
Petang lepas kelas baru aku lepak Mediatheque tu. Baca apa aku nak baca.
Pinjam novel Da Vinci Code. Ada masa boleh baca kan.
Dah tak dapat DVD dia, dah lama sangat aku cari. Ada je si polan si anu yang pinjam.
Rasa nak bakar komputer yang aku guna untuk cari DVD tu. 'Prete' dia tulis.
Malam aku merehatkan diri yang sememangnya tak letih ni.
Oh ya. Semalam susah aku nak tidur. Pukul 2 pun tak tidur lagi kot.
Sebab cuti aku main tidur pukul 2 lebih je. Dah terbiasa macam tu.
Harap malam ni ok lah.
Tapi nasib baik aku bangun hari ni segar, tak letih atau mengantuk pun.
Malam ni harap masa tidur aku normal balik.
Semalam macam-macam benda aku terfikir masa nak tidur tu.
Salah satunya aku nak tidur kat asrama sekolah aku dulu. Ha ha ha.
Entah macam mana teringat kenangan duduk asrama dulu.
Tak lama, sampai tingkatan 2 je. Kena buang. Aku kan budak jahat.
Ok, sampai di sini la tulisan ke-100 aku.
Bukan betul-betul 100 pun. Sebab ada yang aku dah buang sebelum ni.
Belum masuk yang tulis mengarut.
Esok kena keluar gelap awal pagi, balik pun gelap malam
Kimia 4 jam mula pukul 8. 3 jam Matematik disusuli 2 jam tutor habis pukul 7 malam.
Tadi tengok laporan akaun aku.
Tahun lepas bulan 2 aku beli tiket balik. Dah tak lama tu!
Cukup!
Jumpa lagi!
2 commentaires:
Camne buat sup ayam cam kat Pizza Hut.. kasi resepi??
kalu buat sndiri aku tak reti.
ko cube usha kat mesra la.
aku buat pakai yang instant je.
from Malaysia.
ade orang bagi ari tu.
Enregistrer un commentaire