Ok, akhirnya hujung minggu aku hampir tamat. Lagi 1 jam lebih nak masuk Isnin.
Hari ni macam biasa lah, lepas bangun, berbungkus dalam selimut lagi.
Tapi hari ni siang agak panas, siap ada cahaya matahari lagi tu.
Hidup aku makin seksa sebab air panas bilik aku perlahan sangat.
Sini bukan Malaysia nak mandi air sejuk. Kalau sana, memang aku mandi air sejuk.
Akibat air panas perlahan ni, mandi aku paling cepat pun 30 minit.
Lepak kat bilik, lepas solat, makan tengah hari, aku pergi McDonald.
Sebab nak guna wi-fi untuk tengok bola kot Sopcast. Internet bilik aku ada firewall.
Kira ok lah, menang 3-1 lawan Spurs. Tapi patut banyak lagi gol dari 2 pasukan ni.
Rooney sekali lagi tak bernasib baik, tak sumbat gol.
Pertahanan agak goyah bila Vida a.k.a Nemanja Vidic tak main.
Lepas perlawanan, aku balik solat, sebab nak keluar balik lepas tu.
Mana boleh tak pergi pantai masa ada cahaya matahari gini.
Tapi dah lewat, layan matahari terbenam je lah.
Ramai sangat orang kat Pantai Minimes tu tadi. Biasa lah masa panas.
Bila gelap je, dah tak panas. Malam ni agak sejuk, suhu dalam 1 darjah kot.
Lepak di bilik je lah malam ni. Layan lagu dalam laptop aku.
Sambil makan bar coklat, biskut dan teh.
Sejuk gini mana boleh tak minum teh panas-panas. Nikmat sangat tau.
Sem ni, Isnin pagi tak ada kelas, boleh lah tidur lama sikit.
Sekurang-kurangnya, tak lah terus kena bangun pagi lepas hujung minggu.
Kalau dulu, isnin kelas mula pukul 8, habis 7 petang.
Keluar gelap pagi, balik gelap malam. Sem ni, Selasa je macam tu.
Ok, kembali ke kelas dengan penuh semangat!!!
2 commentaires:
aja aja fighting!
semangat ke kelas beb!
ha ha ha.
tapi semangat yang hilang..
Enregistrer un commentaire