Hari ni genap 50 tahun berlalu tragedi Munich. Apa tu?
Peminat Manchester United mesti tak akan lupa tarikh 6 Februari 1958.
Kapal terbang yang dinaiki pemain selepas perlawanan suku akhir Piala Eropah terhempas, meragut 23 nyawa termasuk 8 pemain United.
Kalau nak tahu lebih lanjut, sila ke manutd.com.
Sedih baca kisah Bobby Charlton, dia pun ada masa tragedi tu.
Dia antara yang terselamat dalam nahas ngeri tu.
Baca cerita ahli keluarga mangsa pun menarik, pasal bagaimana berita sampai.
Apa reaksi mereka, kat mana mereka masa terima berita menyayat hati tu.
Semua boleh dibaca di manutd.com
Ahad ni, United akan lawan Manchester City di Old Trafford.
Kedua-dua pasukan akan pakai baju khas sempena memperingati tragedi ni.
Baju tanpa lambang penaja dengan nombor pemain 1 hingga 11.
Oh, esok Tahun Baru Cina.
Selamat Tahun Baru Cina aku ucap pada yang menyambutnya.
Hari ni, akhirnya aku dapat sijil berenang aku untuk main kapal layar Julai ni.
Aku tak tau apa nama kuak-kuak renang ni.
Tapi aku kena dapat sijil tu untuk satu kuak yang aku tak pandai.
Alaa, yang kaki macam katak tuh.
Yang kaki naik turun atas bawah je aku dah lama kuasai.
Tapi tadi pun aku buat tipu, curi-curi tulang bila dia tak tengok.
Asal lepas, aku dah tak tahan kena bangun awal pagi Rabu.
Lepas letih renang kena pulak berkejar ke Lycee Vallin naik basikal.
Kami buat kerja amali makmal untuk Kimia dan Mekanik kat sini.
Lycee ni sekolah menengah atas, untuk pelajar ambil Baccalaureate atau Bac.
Bac ni setaraf STPM, A-level. SPM kita baru O-level.
Lepas siap kerja amali, aku pergi Intermarche cari barang sikit.
Nak beli ayam tapi dah habis. Makin mahal ayam sekarang.
Sebelum aku balik musim panas, 5kg baru 10€.
Lepas aku balik naik jadi 11€, sebulan kemudian 12€, sekarang dah 13€50.
Kemudian pergi perpustakaan universiti. Jumpa kawan sekelas Bahasa Perancis.
Murat ni orang Turkey. Tak pasal-pasal borak dengan dia.
Lama sangat, lebih 30 minit kot. Macam-macam kami borak.
Sembang pasal belajar, agama, politik pun ada, macam-macam lah.
Kami cakap Bahasa Perancis. Sedangkan kami lagi mahir Bahasa Inggeris.
Rasa macam kancil sembang dengan arnab guna bahasa kuda lak.
Sekurang-kurangnya dapat berlatih cakap Bahasa Perancis.
Bila sembang macam ni akan beri keyakinan untuk bercakap.
Sebab tu aku suka kelas dengan bangsa lain, jadi memang guna bahasa tu.
Bahasa ni kena amal, baru boleh kuasai. Tak jadi kalau setakat belajar dengan buku je.
Ok, nak belek Matematik untuk esok.
Kalau kat Terengganu, dah nak masuk weekend.
Tapi Jumaat ni aku ada ujian Fabienne yang sangat mencabar.
3 commentaires:
mu main kapal layor ke? ade scuba diving sekali ke gane? cam best je. aku pun suke berenang. tp kat kemaman aku tak berenang, mak aku tak kasi gi, sebab campor. aku pun tak hingin. hoho~
bagusla mu praktis bahse asing dgn org bangse lain, aku sokong. memang positif!
guane la ade org kemaman mari komen sini neh? haha..
pjg benor tulih...fuh pening aku bace.. pnjng dok oh. rajin plok tu update ttiap ari. gile ah...haha
yepp.. main kapal layor..
mcm lagu kristal- layar dan sambar..
hehehe
nok main kene pndai berenang dulu..
tiap-tiap ari? maybe kot.
hahaha
aku memang suke nulis2 nih.
essay pun aku suke tulis
Enregistrer un commentaire