vendredi 29 février 2008

Berakhirnya bulan kedua 2008.

Oh, semalam aku lepak kat pustaka universiti.
Terbelek satu blog link ni ;
http://wchanaz.blogspot.com/2008/01/opah.html

Tulisan ni membuatkan hati aku sayu.
Keegoan hati aku yang keras pedal ibarat daging ayam pencen ni pun terlerai.
Tak dapat tahan airmata mengalir. Diiringi air dari hidung.
Aku yang tak ada tisu masa tu terpaksa guna seluar jean aku ganti tisu.

Aku sayu baca kisah dia ni dengan opah dia, buatkan aku teringatkan 2 nenek aku.
Nenek belah mama aku panggil Tok, belah abah aku panggil Chek.

Dengan Tok aku rapat sebab rumah dia tu rumah kedua aku.
Pernah jadi rumah utama aku lagi masa rumah aku tak siap lagi dulu.
Bila siap pun, rumah aku dekat dengan rumah Tok jugak.
Balik sekolah makan, lepak rumah Tok. Dia ajar aku mengaji.

Sampai sekarang kalau aku balik, mesti aku akan selalu singgah rumah Tok.
Aku suka lepak, sembang dengan dia.
Aku cucu sulung Tok. Mungkin tu sebab utama kami rapat.
Dulu masa aku kecil, aku selalu dengki layanan tok macam lebihkan sepupu dari jauh.
Padahal tak lebih, sama je aku tengok. Siap aku rasa aku dilebihkan sekarang, hehe.
Jangan marah Shahir kalau baca!

Dengan Chek aku rapat sebab dia kerap tidur rumah aku untuk jangkamasa panjang.
Rumah kami jauh, 40 minit lebih kurang.
Kalau dia tak datang rumah aku, abah akan hantar aku lepak rumah dia masa cuti.

Ingat dok Adik Anis zaman kite kecik dulu?
Kite main kete mini ramai-ramai. Kite main hide and seek. Plekong slipar. Macam-macam.
Kami dulu bukan main usik-mengusik, takut masuk bilik Ki(datuk kami).

Kedua mereka juga mempengaruhi selera makan aku.
Selera aku bertentangan sama sekali dengan Abah aku.
Mereka yang ajar aku makan sambal belacan, terung mentah dengan budu, ikan singgang.

Sekarang aku akan telefon Tok dengan Chek hampir setiap minggu.

Kalau aku cakap pasal Tok dengan Chek, tak akan tamat ceritanya.
Tapi aku sangat berharap Tok dan Chek dapat tengok aku kahwin dan beranak pinak.
Insya Allah, Amin.

Ok, berakhirnya bulan 2 ni, tengok balik apa yang berlalu.

Kelas seminggu kemudian cuti 1 minggu.
Aku ke Blois dan Colmar untuk sambutan Tahun Baru Cina.
Aku rancang dan beli tiket untuk cuti April tu sekali.

Bulan 2 ni memang banyak sangat duit habis. Beli tiket tren terutamanya.
Tak hairan bila tengok mata S'miles aku bertambah mendadak.
Cantik, nanti boleh dapat tiket tren percuma ke mana-mana destinasi.
Masa tu laa nak cekik tiket jauh yang mahal, hehe.

Itu sahaja rumusan Fevrier aku untuk tahun ni.
Nanti aku rajin aku tulis sambungan cerita percutian aku beserta gambar. =)

Aku rasa nak beli ketuhar gelombang mikro..
Senang nak buat kek segera dan bakar piza segera, macam-macam lagi. Hehe.

6 commentaires:

shinichi a dit…

post ni concerning anis je ek
hehehe

Anonyme a dit…

cant wait 4 ur pix eyt.btw,bli la microwave tu.senang

fsj a dit…

hahah tiru aku wat pizza ye :D.
wat sendiri je, takyah wat yg segere, senang :p

Anonyme a dit…

no hal..upload cite tuh sesuke jek..
aku pon rindu opah aku jugak..isk

Tg.A a dit…

lalala~~
duan jeles ke??

yup, true enuff. Rasenye pengalaman childhood tu mcm xdpt ditukar ganti. Kalo boleh balek pada waktu tu, mmg nak sgt2.

Pada waktu kita sume bersatu. Tanpa masalah untuk berlari2 riang. Untuk membuat itu dan ini.

Haih.. miss the old days each minutes of my life..

victoire a dit…

@ ridhuan
hehe, doh dia sepupu aku.
mu kupu-kupu aku. =p

@ mia
ape u nak i jadi teddy bear ke? =p

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
ha ha ha
sebab yang segera jauh lagi senang.
3€ dapat 3 piza.
tapi wat sdiri mesti lagi best.

@ yaya
suke2 pun aku suke layan dunia baru tuh. bile kua season baru ek?

@ adik
yep, setuju sangat tuh.
dulu mase budok kecik tadop bende nok kene pikir atau bimbang.
cume kene bimbang ngan pikir tali pinggang abah kite je. =p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?