Pilihanraya Umum Malaysia semakin dekat. Semakin rancak upacara kutuk mengutuk.
Aku kutuk mung, mung kutuk aku dan seterusya tanpa henti atau kenal erti letih.
Bukan aku nak cakap sangat pasal politik. Aku pun tak nak kena tahan bawah ISA.
Tapi terpanggil untuk menulis sikit pasal ni. Tak tahan baca kutukan-kutukan ni.
Tak kira lah dari parti mana ke parti mana. Dari katana ke satelit ke sukoi.
Ada sesiapa faham perumpamaan aku tadi?
Ada seorang nenek bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Katanya kalau menang nak ubah reka bentuk sekolah sekarang, tak cantik.
Dari segi struktur, cara pembelajaran tak terbaca la aku tadi.
Nak tahu lebih lanjut sila baca Harian Metro.
Oh, mesti akan ada orang kutuk aku baca Harian Metro kan.
Katanya tabloid tak guna lah, apa macam-macam lagi la.
Tapi aku apa peduli. Baca je lah, ambil yang baik tinggalkan yang buruk.
Untuk pengetahuan semua, aku bantai semua yang boleh di baca aku baca.
Di akhirnya aku guna lah akal fikiran untuk nilai.
Dan kita kalau dengar orang bergaduh, dengar lah dari kedua belah pihak.
Mana boleh hakim jatuhkan hukuman hanya lepas dengar cerita sebelah pihak saja.
Tapi aku ada satu kemusykilan kat sini.
Aku tak nak sentuh isu sensitif, aku pelajar tajaan kat bumi Perancis ni.
Err, siapa sebenarnya Khairy Jamaludin tu ek?
Pelik aku tiba-tiba dia jadi Pengurus Pasukan Bola Sepak Malaysia.
Aku tak pasti apa jawatan dia, tapi sama ada pengurus atau penolong pengurus.
Pasukan Malaysia aku tak pasti untuk peringkat umur mana.
Yang pasti bukan bawah 19 untuk budak-budak mentah.
Yang aku pelik, aku tak pernah dengar lagenda bola sepak kita dengan nama tu.
Aku pun cari lah di Google. Boleh tahan maklumat yang didapati.
Betul ke tidak Allah sahaja yang tahu. Ada yang baik ada yang tidak.
Aku harap yang tak baik tu tak betul lah.
Tapi di sini aku terpanggil untuk menyoal ke mana orang hebat bola sepak Malaysia.
Dengar kata Datuk Ghani Minhat dulu 'Raja Bola Asia'.
Kalau betul Datuk, tolong lah uruskan pasukan kita!
Ok setakat ni je lah coretan rasa hati aku malam ni.
Agak kecewa sebab kelambatan MASAF umum maklumat 'MASAF Games' tu.
Orang dah siap tempah tiket untuk cuti April ni.
Dah lah yang tahun lepas aku dah terlepas.
Tak apa, lain kali saja lah.
Jap, satu lagi nak cakap!
Tak sia-sia aku beli tiket Madrid-Paris malam tu sebelum laman web tu di baiki.
Sebab lepas dibaiki, terus harga tiket tu jadi lebih 30€. Ha ha ha.
Dan aku bukan saja-saja tak nak duduk lama kat Sepanyol tu.
Kan aku cakap aku sampai di Barcelona.
Sebelum tu aku dah habiskan 4 hari di satu syurga. Hehehe.
2 commentaires:
hoho, aku pun tak reti kale gop politik2 neh,
bole lagila aku dop tau. :D
--> amende yg aku tau, ntahla :p
tu laa.
politik memeningkan.
kutuk mengutuk je. huhu
Enregistrer un commentaire