Aku sebenarnya nak tulis pasal cuti aku baru ni ke Blois, Colmar, Basel dan Freiburg tu.
Tapi gambar tak lengkap lagi, ada yang aku belum tuntut dari kawan-kawan aku.
Semalam hari Jumaat. Macam biase kelas pagi pukul 9-12 Matematik.
Aku geram Prof aku tu masuk lambat, tamat kelas pun lambat.
Masuk la awal. Kalu masuk lambat habis awal tak apa. Aku pun suka.
Bila jam dah lepas pukul 12, Allah je tahu macam mana dala, hatiku menyumpâh seranah.
Bukan aku malas sangat kelas lama, tapi dia kena la faham.
Orang lain pun ada agenda nak kena tepati masa.
Aku hari tu sebab nak mandi, siap-siap pergi Solat Jumaat.
Kesimpulannya kepada cikgu dan bakal cikgu, jangan lah curi masa macam ni.
Bukan makna pelajar malas tapi pelajar ada agenda yang perlu dipenuhi masa tu.
Dengan air panas perlahan macam cibai, aku terketar-ketar tahan air sejuk.
Nak cepat mandi punya pasal. Nasib baik sempat sampai masjid tepat masa.
Lepas Solat, aku borak dengan seorang Jurutera India kerja dengan ALSTOM.
ALSTOM ni syarikat buat TGV yang hebat tu.
Bukan Tanjung Golden Village tapi Train Grande Vitesse.
Tren laju 570kmj tu. Yang aku naik pergi Paris. 320kmj je ada penumpang.
Jumpa dia masa mula-mula sampai La Rochelle 2006 dulu.
Masa buka puasa dengan wakil penaja kat restoran India.
Borak macam-macam, agak lama sebab dah lama tak jumpa dia ni.
Aku nak minta diri sebab nak beli barang kat Super U, dia cadang aku pergi Leader Price.
Katanya situ ada banyak daging halal, lagi banyak dari Super U.
Oleh sebab aku tak ada apa untuk dikejar, aku ikut cadangan dia.
Lagipun tak pernah sampai lagi kat Leader Price tu. Nak juga meneroka situ.
Patut la aku pernah nampak mamat India ni naik bas dari Leder Price hari tu dulu.
Boleh tahan la tempatnya. Lebih kurang Super U je barang halal dia.
Tak lah banyak sangat, tapi kira ok laa. Boleh pergi lagi.
Kat sini, ada cerita menarik sikit.
Masa aku pilih buah untuk dibeli, tetiba ada nenek Perancis tegur aku.
Katanya apa aku dah lupa. Tapi dia cakap laki dia Cina, anak dia muka Jepun.
Dia cakap dia suka orang Asia sebab orang Asia ni ada pegangan agama yang kuat.
Aku cakap lah majoriti memang macam gitu, seperti di Malaysia.
Aku cakap yang aku ni orang Islam, kena Solat 5 waktu.
Cakap yang aku baru balik Solat Jumaat, wajib sekali seminggu di masjid.
Dia macam terpegun gila bila dengar kita Solat 5 waktu.
Ada betulnya dia terkejut sebab kat Perancis ni ramai tak berpegang pada agama.
Masa aku cakap aku pergi masjid, dia tanya aku buat bom ke?
Aku senyum lah jawab bukan semua orang Islam kat masjid buat bom.
Yang ikut ajaran tak betul je.
Dia cakap la dia ada anak perempuan. Dia tak suka anak dia tak ada pegangan agama.
Anak dia tak percaya Tuhan, macam mana lagi entah dia cakap.
Katanya dia nak anak dia kawan dengan orang berpegang agama.
Dia tunjuk gambar dia dan keluarga dia kat situ.
Aku secara tak sengaja terlayan kerenah dia pulak.
Agak lama aku layan dia.
Lepas tu aku pun nak cari barang keperluan aku, dia ikut sekali.
Aku macam biase la beli beras biasa je.
Tetiba dia suh aku ambil beras basmathi yang mahal tuh.
Aku dah pelik, apasal ni. Aku bukan ada duit nak bayar mahal.
Aku muflis ni sejak pergi Blois, Colmar, beli tiket cuti April dan balik Malaysia nanti.
Lepas tu dia ambil kek coklat, pain d'epice. Dia beli untuk aku katanya.
Aku cakap laa tak payah, macam-macam lagi ayat penepis P.O.I dalam bahas ala parlimen Bahasa Perancis aku guna.
Tapi tak termakan. Aku dah tak tahu nak cakap apa.
Dah la orang aku tak pernah kenal. Nasib baik lah dia ni nenek tua.
Kalau dia nak buat jahat kat aku, senang sangat aku nak tumbuk sampai pengsan.
Jadi aku tak takut lah.
Dia kata nak ajak aku pergi rumah dia sekali nanti.
Aku cakap nanti ada masa lapang boleh la.
Lepas selesai bayar semua, kami borak lagi kat luar.
Agak lama kami borak.
Sampai satu ketika, aku nak balik nak makan tengah hari, Solat Asar semua.
Aku cakap lah aku nak balik sebab nak kena Solat Asar.
Dia tanya solat kat masjid ke? Aku cakap ni tak wajib di masjid.
Dia tanya kat rumah dia boleh? Sebab dia nak tunjuk rumah dia.
Nanti aku boleh datang katanya.
Aku dah tak tahu nak buat apa.
Dia datang dengan bas, aku dengan basikal.
Kami jalan la ke rumah dia. Tak jauh sangat pun.
Kat rumah dia aku amik wuduk untuk solat Asar tu.
Nasib baik dia ni memahami, tak tengok pelik.
Sebab aku dah terang kat dia pasal kena wuduk tuh.
Selamba je aku masuk kaki dalam sinki dia. Ha ha ha.
Masa aku nak solat, dia kata dia pun nak sembahyang.
Aku pelik, tapi aku buat macam biasa je.
Rupanya dia berdoa cara dia kat belakang masa aku solat.
Dia tak duduk di rumah yang kami pergi ni sekarang.
Dia pindah rumah siapa entah, bangunan sebelah je.
Tapi ni rumah dia dulu katanya.
Sangat terjaga rapi lengkap dengan perabot apartmen ni.
Aku ingat dia nak kemas kejap je kat rumah ni.
Kononnya aku nak keluar masa dia nak balik rumah sekarang dia la.
Tapi rupanya sampai malam pukul 11 dia duk sini.
Tak pasal-pasal aku pun balik pukul 11 malam.
Masa aku mula-mula nak minta diri pukul 9 lebih, aku cakap la aku nak beli piza kat luar.
Aku dah lapar gila babeng sebab tak makan dari pagi!
Sarapan tak sempat, lepas tu ingat nak makan tengah hari lepas balik solat Jumaat.
Dia pun cakap lah, tunggu dulu, dia ada baguette, nak buat omelette.
Nak suruh aku makan dengan baguette tuh.
Ni la sebabnya aku lepak sampai pukul 11 tu.
Aku kalau dengan orang tua memang susah nak bantah.
Kita bantah gila dia bantah lagi gila.
Aku ingat omelette dengan baguette ni makan remeh temeh yang tak kenyang.
Sangkaanku meleset sama sekali.
Aku rasa macam ular sawa lepas telan kambing 40 ekor je.
Mana taknye, dia goreng 5 biji telur dengan kentang.
Aku makan 3 suku je. Dia cakap, aku menyebabkan dia terpaksa makan sekali.
Ringkas, senang je nak buat dan sangat mengenyangkan sangat-sangat.
Boleh dicuba bila malas dan pokai.
Kupas kentang dua biji, potong dadu.
Goreng kentang dengan sedikit minyak lama-lama sementara sediakan telur.
Jika suka boleh goreng dengan ramuan lain suka hati kita. Sosej pun sedap.
Sementara goreng tu, pecahkan 3, 4 biji telur, suka hati.
Kacau dalam mangkuk, letak garam, lada sulah, lada hitam, cili pun boleh.
Ramuan suka hati macam biasa.
Bila kentang dah masak seperti yang kita suka, masuk telur tadi.
Goreng sampai suka hati lagi. Senang gila kan.
Makan dengan roti atau baguette lagi menarik.
Lepas makan tu tengok TV. Aku dah menguap nak tidur.
Aku cakap kat dia, dia nak balik bila. Aku cakap nak keluar sekali lah.
Kami pun keluar lah nak balik ke rumah masing-masing.
Aku dah tak tau macam mana nak 'terima kasih' kat dia.
Tak pasal-pasal aku susahkan dia.
Dia layan aku baik hanya kerana aku orang Asia.
Hanya kerana aku ada pegangan agama katanya.
Walaupun berlainan agama dia tak kisah, dia cuma suka orang percaya Tuhan.
Macam-macam ragam lah manusia ni.
Aku sampai bilik aku pukul 11 lebih.
Dari peristiwa ni baru aku sedar aku memang suka layan borak dengan sesiapa.
Tak kira peringkat umur. Dengan tok aku pun aku borak macam ni.
Macam aku layan nenek ni lah.
Nenek ni nama dia Patricia.
Kat Perancis ni, anak cakap aku-kau dengan mak bapak.
Bukan biadap tapi ni adat mereka.
Patricia suruh aku cakap macam tu dengan dia.
Tapi aku pun beberapa kali tersilap guna awak-saya.
Bukan main dia betulkan, suruh aku guna aku-kau juga.
Terutamanya bila cakap 'excusez-moi'. Patutnya 'excuses-moi'.
Sebab biasa guna excusez-moi kan.
Ni lah sinopsis Jumaat aku yang patutnya lagi panjang.
Jumaat yang agak menarik bagi aku.
Sabtunya aku tak buat apa-apa.
Khamis malam kan aku tidur lambat gila sebab nak beli tiket tu.
Pagi Jumaat lak bangun awal pagi. Sampai malam tu sangat letih.
Jadi pagi Sabtu aku bangun agak lewat pukul 11 lebih.
Lepak, makan, layan internet.
Petangnya tengok bola. Menang 5-1 beb!!!
Tak sia-sia aku tengok sambil pakai baju United.
Balik bilik, lepak lagi..
6 commentaires:
hikhik..bagus sguh mu..kalo aku ade nenek tua gitu..mapuh aku ikut ye sapa dumoh..kihkih
budi bahasa amalan mulia beb...salute
waa best aa criter yie.. biasa dalam TV je citer2 gini.. hehe.. boleh buat movie ni yie!
Short film..
@ duan
ha ha ha.
aku terbabas kot mase tuh.
@ mia
ye btol tuh..
@ kak na
haa.. tu laa. bile pikir balik macam drama laa
dowh, touching sangat aku bace entry ni, aku doa sangat supaye patricia ni diberi hidayah masuk islam, amin :)
aku pun ade kawan camni, aku pun harap die masuk islam, since aku kat nz, kalo kua ngn die, die salu concern pasal waktu semayang kiteorg, semoge Allah buke pintu hidayah buat mereke dan smoge kite bersyukur dengan hidayah Allah buat kite dan kekal dalam imanNYa, amin yarabbala alamin :)
Enregistrer un commentaire