Rupa-rupanya.. Hujan di tengah hari.. Dah memang betul.
Haaahaa.. Rindu lagu gila ni. Tak sedap sangat pun lagu kumpulan AKAR ni.
Tapi lawak bagi aku sebab cara dia nyanyi tu macam raksasa rakus je suara.
Kali ni aku malas lagi nak tulis pasal diari aku sepanjang cuti seminggu baru ni.
Sebab kalau nak tulis, biarlah ada gambar semua, baru sedap nak letak sekali.
Ada gambar aku tak ambil lagi dari sahabat-sahabat aku.
Hari ni akhirnya berlalu lah 2 ujian Kimia dan Mekanik tu. Lega!
Bangun agak lewat pagi tadi, tapi sampai kelas tepat pada masanya.
Hari ni mula balik kelas Matematik dengan François, prof yang sangat dahsyat.
Segalanya berjalan lancar lagi setakat ni, Insya Allah seterusnya juga.
Ujian Mekanik tadi aku geram sangat sebab masuk benda aku tak baca.
Hari tu Robert cakap masuk apa yang kami tak dapat jawab pasal pergerakan.
Sekali dia tanya balik pasal Pendule yang dah kami jawab dengan jaya hari tu.
Aku pun dah lah tak baca pasal tu semala, nasib lah.
Barang yang lepas hai jangan dikenang bak kata P Ramlee.
Hari ni kelas tengah hari tadi aku mengantuk sangat. Agak pelik untuk aku.
Sebab dah lama sangat aku tak mengantuk macam tu dalam kelas.
Mungkin sebab badan letih tak cukup rehat lagi kot.
Tak apa, esok tak ada kelas boleh tidur lama, rehat lagi.
Seksa taip guna Bahasa Perancis ni.
Bayang la, tak nampak huruf dia sebab asal Bahasa Inggeris.
Kedudukan huruf tak sama. Nasib baik dah biasa guna kat pustaka.
Jadi dah ingat banyak kedudukan huruf dia.
Sekarang dah tak ada masalah nak tulis è é ç à â ê û ù
Ok nak tidur dulu!
2 commentaires:
beb, aku kepingin sangat belaja french, ye r, kan bunyik die romantik, nak mintak kebenaran go toilet pun cam romantik. haha.
gane nak sebut seme huruf e a u yang bersabdu bagai tuh. jeles aku ko tau banyak bahse. 8->
romantik??
cara cakap 'aku cinta kamu' dalam bahasa ni lah antara yang terhodoh aku pernah jumpa. ha ha ha
Enregistrer un commentaire