Huh, lega yang amat sangat bila berlalu kelas hari Selasa.
Macam aku cakap, hari Selasa lah paling mencabar dalam dunai belajar aku.
Pagi kelas jam 8hoo-12h00, cuma 10 minit masa rehat antara 4 jam tu.
Biasanya Mekanik 2 jam, Kimia 2 jam. Tak pun salah satu 4 jam.
Mahu berasap kepala aku 4 jam pagi-pagi buta tu. Tu baru permulaan.
Kemuadian jam 13h15-16h15 lagi dahsyat. Kelas Matematik 3 jam dengan Fabienne.
Selagi tak kena pergi buat kerja dia kat papan hitam, selagi tu lah jantung berdegup kencang.
Bila dah kena, bersedia lah untuk bersoal jawab di papan hitam tuh.
Sepanjang hayat aku, tak pernah ada kelas mencabar macam ni.
Lepas siap, baru boleh tarik nafas lega. Kelas 3 jam tanpa henti biasanya.
Kelas habis jam 16h15, tutorial Matematik menyusul untuk lagi 2 jam.
Jam 16h30-18h30, jadi aku cuma tutup buku dekat jam 19h00.
Dari pagi jam 8h00 sampai 19h00, lebih kurang 10 jam dengan Sains.
Bergelumang dengan nombor, Matematik, pengiraan je sepanjang 10 jam tu.
Kalau ada kelas bahasa, lain lah, sekurang-kurangnya ada angin perubahan.
Ni baru hidup program persediaan. Belum masuk ecole lagi.
Tapi hari ni lega sikit sebab lebih kurang 30 minit berjaya dibazir masa Fabienne.
30 minit masa Fabienne sangat berharga. Tadi kami sambut hari lahir dia.
Patutnya 4 Februari tapi hari ni baru ada kelas dia.
Makan kek, onde-onde, minum Coke je. Robert pun datang sekali.
Fabienne pun agak ceria sepanjang kelas hari ni. Suka dia kami raikan dia.
Umur dia 40 tahun sekarang, kami nak masuk 20.
Masuk lah kami ke era umur puluh, dah tak ada belas lagi.
Banyak kami sembang-sembang sambil makan kek tadi.
Cakap pasal main kapal layar Julai ni, jamuan akhir belajar kat La Rochelle.
Terkejut kami dia cakap JPA dah tukar program untuk pelajar seterusnya.
Kami dulu persediaan 3 bulan di INTEC kemudian 2 tahun di Perancis.
Tapi mereka cuma 1 tahun persediaan di Perancis, terbang bulan Jun terus.
Jadi Jun ni berganda lah pelajar JPA Malaysia kat La Rochelle ni.
Aku bila berlalu je Selasa, mesti rasa dah dekat hujung minggu bila masuk Rabu.
Sebab dulu aku sekolah kat Terengganu, Jumaat dah kira hujung minggu.
Dan Rabu dah mula balik awal, macam hari Khamis.
Macam tak percaya nak cuti lagi seminggu lepas ni, baru lagi cuti Krismas.
Lusa dah Tahun Baru Cina. Tahun ni tak ada dengar sambutan, senyap je.
Seronok sangat bila berkumpul ramai-ramai.
Selalunya ada je bila sambut Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina.
Bulan Februari ni, tahun lepas aku beli tiket balik Malaysia.
Sekarang pun kadang-kadang tengok lah harga tiket tu. Macam tahun lepas.
Budak lain pun aku dengar dah ada yang beli. Nanti lah dulu.
Tapi hati ni rasa gembira sangat bila tengok tiket tu.
Belum beli lagi, tengok pun dah gembira tau. Teringat Malaysia semua.
Tahun ni mungkin sempat puasa 1,2 hari kot. Puasa, raya makin dekat.
Tahun-tahun depan Insya Allah sempat raya di Malaysia masa cuti musim panas.
Bulan Ogos ni Insya Allah permaisuri aku akan terbang ke Amerika Syarikat.
Dulu masa kami sama-sama masuk INTEC, 2 tahun rasa macam lama.
2 tahun persediaan aku kat La Rochelle.
Dia persediaan di INTEC setahun, kemudian program ijazah tahun pertama kat INTEC.
Sambung lagi 3 tahun di negara Pak Cik Sam tu.
Sedar-sedar kami dah nak masuk era baru.
Aku dah nak habis program persediaan, dia dah nak terbang.
Dan 22 Mei ni genap 3 tahun kami bersama, Alhamdulillah.
Begitu lah masa yang semakin cepat berlalu.
Dulu dengar aku akan belajar kat Perancis 7 tahun, rasa macam lama gila.
Tapi sekarang tinggal lagi 5 tahun setengah je. Dah tak lama sangat dengarnya.
Oh ya, akhirnya Sarkozy selamat berkahwin. Dahsyat Encik Presiden ni.
Bukan calang-calang orang bini dia, Carla Bruni tu. Supermodel beb.
Bercerai tak sampai 6 bulan dah ada pengganti yang hebat. Ha ha ha.
Bukan calang-calang lah citarasa Presiden negara 'romantik' dan macho ni.
Kelas Bahasa Perancis kami cuti mula 16 Feb hingga 24 Feb.
Jadi 'cuti' lah kami 2 minggu, sebab Sains cuti mula 9 Feb.
Semalam pusing bandar, nyaris berbelanja beli baju lagi.
Kesimpulannya, jangan masuk kedai masa macam ni.
Geram aku tengok baju cantik dan murah kat Jules.
Nanti hujung minggu ni sambung balik lah.
Sekarang aku rasa macam nak beli oven dengan friteuse (penggoreng elektrik).
Sebab senang nak buat kek, goreng ayam atau kentang.
Tapi bahaya, nanti aku makan minyak dengan lemak je lah.
Baru je lepas buat satu kerja kurang bijak. Akibat terlebih rajin.
Aku basuh satu pendidih air, habis satu badan aku cuci.
Sebab dah lama tak guna, berhabuk aku biar atas rak.
Masa cuci aku dah fikir, mesti bahaya bahagian lektrik dia kena air.
Tapi lepas cuci baru aku tengok arahan dia macam mana.
Tepat sekali, dia tulis jangan bagi kena air. Ha ha ha.
Ibarat makan spagetti dengan sos carbonara yang ada babi.
Cuma tengok ramuan lepas kenyang, baru tahu ada babi.
2 commentaires:
Yang mulie putere berdarah kacukan. haha. gile padat jadual ko, kalo aku jd ko, balik malam tu mesti dah mereng, heish. penat. tapi takpela, ko belaja memolek, nnt ko dah habis lagi 5 tahun stgh, berbahgie la dgn permaisuri hatimu tuh :D
hardship and sacrifice will be worth paid beb.
urm cube teke kenape bile kat tempat org, kite suke sgt masak tu masak ni? kat umah kite malas? haha
haaa..
sebabnye, sini mane ade mapley nok makan kari kambing..
nok pekene marble cheese cake sebagai pencuci mulut lepas makan kari kambing pun secret recipe pn tadop.
hehehe
voila les raisons!
Enregistrer un commentaire