Ape yang terguris?
Kad Visa BNP Paribas aku lah.. Kan ni musim orang membeli belah.
Semalam tidur lewat, pukul 4 lebih kot. Mula nak tidur pukul 2.
Tapi tetiba Syapik kawan aku kat USA telefon. Borak lama, dekat 50 minit.
Kami kenal kot Friendster je. Tapi bila dah selalu berbalas komen, jadi rapat lah.
Lagi pun dia dulu bekas pelajar SHAMS. Aku kan ramai kaki kat sana.
Kaki-kaki aku pun kaki-kaki dia jugak. Jadi senang masuk lah kami.
Masa balik cuti musim panas, dia pun balik. Sempat lah 'temujanji buta' dengan dia. Hehe.
Oh ya, dia telefon masa aku nak tulis yang sebelum ni. Sebab tu pendek, tak sempat.
Semalam macam orang gila kejap bilik aku pasang lagu kuat sambil aku ikut nanyi.
Hehe, seronok nanyi sekali ni. Macam-macam lagu aku layan.
Paling aku suka dengar lagu Pretty Boy M2M tuh. Aku suka lirik dan lagu dia.
Tapi kalau nyanyi aku suka lagu 'Layar dan sambar' dari Kristal.
Lagu kumpulan Dewa pun sedap semua. Cuba lah nyanyi gini, seronok.
Tapi jangan sampai tak ingat dunia lah, hehe.
Pagi ni aku bangun agak lewat. Rasa ngidam nak makan gulai kambing.
Aku dah keluarkan daging kambing tu awal-awal lepas subuh.
Lepas makan, aku keluar konon nak pusing-pusing saja-saja.
Sekali aku terbabas. Terbabas masuk butik Devred.
Dalam butik ni, aku dikhayalkan oleh promosi jualan murahnya.
Sifat tamak menghantui diriku akibat dadah aroma butik ni.
Dikuatkan lagi dengan kelibat 2 helai terakhir baju polo berkolar yang cantik.
Warna oren dan ungu. Potongan baju tu memang idaman aku.
Tak cakap banyak, aku cuba. Sungguh kacak diriku bersarung baju tu. Ha ha ha.
Masa nak bayar, aku diserang sakit jantung. Jurujual tu menyerang jantung aku.
Dengan kata-katanya bahawa 2 helai baju cuma 10€. Jantungku berhenti berdegup seketika.
Aku bertapa untuk 5 saat. Hidayah datang tanpa perlu menunggu lama.
Petunjuk itu suruh aku bantai lagi 2 helai baju.
Aku pun apa lagi, cepat-cepat bantai 2 lagi baju yang cantik teramat sangat.
Masa nak bayar, ada pakcik seorang yang tertarik dengan baju polo orenku.
Aku cakap lah kat belakang ada satu lagi kot warna lain.
Dia pergi dan datang balik, katanya tak cantik.
Dia berkenan sangat yang aku beli tu. Dah nasib aku lagi cepat. Terimalah.
Kad Visa BNP aku pun terguris dengan senang hati.
Lepas berbelanja secara tak sengaja tu, aku pun ke rumah kawan aku.
Nak tengok bola. Sial United nyaris kalah, seri je lawan Spurs.
Lepak agak lama di situ. Sekali lagi, satu keputusan tak sengaja dibuat.
Kami makan couscous ramai-ramai malam tu. Dah lama sangat tak makan.
Lepas makan aku balik rumah.
Kenyang couscous dan nasi kari kambing masih terasa sampai sekarang.
Kari kambing tu akan naik pangkat jadi makan tengah hari aku esok lah.
Tetiba aku rasa dah puas berambut panjang ni.
Rambut aku sekarang mungkin kalah orang perempuan kot.
Ustaz aku tengok pengsan lah dia. Ha ha ha
Rasa nak potong pendek 'spike' lah. Nanti lah sampai masa aku potong.
Ni sebab tengok gambar kad pengenalan aku lah.
Zaman sekolah kan kena rambut pendek.
Ni aku tengah menari sambil dengar dan nyanyi lagu Marc Anthony ; I need to know.
Entah aku kalau dengar lagu ni memang rasa nak menari. Hehe
Cuba lah dengar lagu ni, menarik sangat rentak.
Yang versi bahasa Sepanyol, Dimelo pun sedap sangat.
Lirik dia lagi menggoda kalau tengok terjemahan.
'Esta passion no me deja dormir, este deseo no me deja vivir'.
Cakap pasal lagu ni, teringin nak belajar Bahasa Sepanyol.
Tapi aku rasa baik aku belajar Jerman dan Itali dulu.
Sebab kalau nak jadi Jueutera, banyak berurusan guna Itali dan Jerman.
Tak ada ah, sebab aku minat kereta, motor dan negara Switzerland.
Di Swiss, cakap Itali, Jerman dan Bahasa Perancis.
Ok, nak bergembira jap. Satu lagi berita baik.
Isnin aku cuma ada kelas bahasa 17-19 je. Ha ha ha
5 commentaires:
Kriey..
Boleh sangat beli baju polo rege 10 euro 2 helai..kat devred pulak..x kisah la sekali sekala kad paribas tu tergores..hehhe..
Cuti winter nak jalan p mana?
tu laa kak.
bkn slalu bley jmpe sale mcm tuh.
yg x plan shoping pn jadi cair.
winter takde plan lagi.
kot ade sambut cny
walaweh shopping!! syok woo!!
jersey adek dah jumpe ke?
lalalal!:D
jersey tak jumpe ag.
susah cari team english sini.
nanti usha balik.
sale makin lame makin gile.
makin banyak diskaun.. huhu
makin gile?
ape kate mu poh kt aku se?
haha
Enregistrer un commentaire