jeudi 27 mars 2008

1 lagi minggu nak masuk penghujungnya.

Hari ni dah masuk hari Khamis.
3 jam ujian Matematik saja lagi memisahkan aku dari hujung minggu.
Kerana aku sekolah di Terengganu, Khamis kurasa macam dah mula cuti.

Zaman duk asrama dulu, masa ni tengah berkira nak balik rumah lah.
Biasanya tanpa kebenaran warden, hehehe.
Paling koman eksport baju saja basuh kat rumah, punya malas aku.

Ujian Mekanik yang sangat susah dah selesai, tinggal Matematik esok.
Kimia minggu depan, lepas tu baru boleh bernafas bercuti dengan aman.

Sejak PRU baru ni, demam politik belum tamat sepenuhnya.
Aku baru sedar, dulu aku masuk Bahas Ala Parlimen Bahasa Inggeris.
Macam seorang Yang Berhprmat lah aku atas pentas bahas tiap usul.
Bukan main aku cakap aku benci politik, sekarang baru sedar.

Seronok berbahas ni, bila dapat matikan ayat seseorang.
Tapi bahas ni bawa satu tabiat atau budaya tak baik pada aku.

Sebab bahas aku akan cari kesalahan orang lain.
Dalam masa yang sama, buatkan kesalahan diri nampak tak salah.
Ada faham??

Rindu sangat zaman debat kat sekolah dulu ni.
Segak bergaya dengan kot, tali leher semua.
Rasa macam YB betul lah pulak, ehehe.

Mula-mula masa tingkatan 1,2 tengok je.
Tak pernah terlintas dulu aku akan terjebak.
Sekali masa tingkatan 4 Teacher Salmi panggil suruh masuk.
Masa tu, aku sentiasa berdoa biar aku tak kena naik.

Kami ada 5 orang dalam 1 pasukan debat Bahasa Inggeris tu.
1 orang paling hebat jadi pembahas ketiga, wajib naik.
2 jadi kerajaan dan lagi 2 jadi pembangkang. Kan sekali kena naik 3.

Masa tingkatan 4 aku tak nikmati sangat benda ni. Sebab tu takut.
Cakap pun mengarut, entah macam mana dapat sekali 'Best debater', hehe.
Kami kalah final pêringkat negeri masa aku tingkatan 4 tu.

Naik tingkatan 5, aku jadi paling senior, naik pangkat jadi wajib naik tu.
Masa ni aku baru jumpa nikmat berdebat, jadi ketagih nak naik lah pulak.
Sekali lagi kami dikecewakan di peringkat akhir negeri, dapat nombor 2 je.

Masa peringkat daerah menang semua tiga kali, aku sapu bersih 'Best debater'.
Masa negeri, menang 2 kalah 1 di akhir tu. 2 kali aku dapat 'Best debater'.
Setaip kali menang, balik rasa macam hero besar je.
Naik pentas ambil hadiah saat paling manis.

Sayang aku di Perancis sekarang dah tak ada benda ni.
Kalau tak memang tak cakap banyak aku masuk.
Seronok sebab bincang berbagai isu, tak pasal-pasal dapat ilmu.
Makan percuma lagi, hehe. Bincang bersama pasukan seronok!


Tapi ada 1 sebab aku sangat suka 'English Parliamentary Style Debate' ni.
Sebab aku jumpa dia ada kaitan dengan benda ni, hehehe.

Erm, siapa tahu bila kita kena tambah satu jam tu?
Sekarang Subuh masuk dan habis awal, Maghrib dan Isya makin lambat.
Maghrib pukul 730 petang, Isya pukul 840 malam.
Nanti dah tambah satu jam lagi lah terasa. Isya pukul 940, Maghrib 830.

Ok lah, tak pasal-pasal panjang menulis.
Nanti lah ada masa aku cerita panjang lebar.
Sebab aku suka sangat setiap satu kenangan sepanjang berbahas.

Jumpa lagi di tulisan seterusnya Insya Allah!

Ni pasukan bahas kami masa aku tingkatan 5. Budak pakai baju batik tu pengiring.

8 commentaires:

fsj a dit…

mantap dowh, best debator tuh :D
kagum ngan mu.
weh, comil la gambo bebudak dulu, nampak sangat tgh hingusan lagi :p
ngehhehe

kalo kat NZ, day light saving time start 6 april ni, tak same ke? same je kot :)

silversarina a dit…

salam,

lama tak singgah sini.. harap sihat.

english debate.. zaman dulu bahas biasa je tak de style parlimen ...

bagus ada pengalaman , nanti boleh masuk gelanggang politik bila adah habis belajar.... dah ada asas dan pengalaman usah di buang begitu sahaja.

Anonyme a dit…

haha.
proud of myself cz i'm d best debater too!
hehehehe
klo x,i would hve no chance to meet u rite?

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
hahaha. zaman budok tuh.
aku dok sure bile daylite saving.
bace wikipedia kate last sunday of march.

@ silversarina
wasalam.
haa, tu la pasal lama tak dengar cite.
akak kat Malaysia kan sekarang?
zaman saye, yang saye knal Bahas ala parlimen BM atau BI.
yang saye masuk BI.
tak tau lagi besar nanti cam mane.
tapi bukan mudah kerja ahli politik ni.
besar tanggungjawabnya.
keluarga kite kena kongsi kita dengan rakyat yang lain.

@ miera
hehe. sebab tu laa kite jumpe dear.
kalu tak mesti i stil jadi bujang senang sampai skrang kan, =p

Camille a dit…

nama aku terkeluar adeh..

asal taknak buat auto dah?

victoire a dit…

sbab aku rase nak amik genie mekanik atau industriel.
lagi besar skop keje..

Anonyme a dit…

haha..n i hampir quit taw

victoire a dit…

hampir quit?? quit ape?

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?