Dah tak lama nak cuti 2 minggu awal April ni. Habis cuti 20 April.
Akhir April, masuk Mei banyak cuti lagi. Awal Mei 4 hari, kemudian lagi 5.
Sebulan Mei, Jun, awal Julai balik Malaysia yeay!!
Sekarang aku tengah dengar selawat yang gabung kumpulan nasyid nyanyi.
Ala, yang dia cakap 'Telah terbit bulan purnama..".
Minggu lepas aku menggelepur cari nasyid ni kat imesh, internet semua.
Rupanya dah terpahat dalam arkib lagu aku sebenarnya.
Sebab tajuk dia 'Ya nabi salamun alaik'. Mula huruf 'y'.
Aku dulu dengar lagu tak rambang, jadi tak sampai ke huruf 'y' biasanya.
Tapi sejak beberapa ketika ni aku dengar rambang, jadi terjumpa.
Aku suka sangat selawat yang ni, kumpulan nasyid ramai-ramai nyanyi.


2 gambar di atas tu adalah kereta idaman aku, BMW M3. Sangat macho bergaya.
Meleleh awek usha aku kalau aku bawak BMW M3 ni, hehe.
Jangan marah yang ek.. =p
Sejak aku belajar Kejuruteraan di Perancis ni, aku sentiasa goda diriku agar tergoda, cair dan tertarik dengan kereta buatan Perancis.
Aku paksa-relakan diriku sukai kereta Perancis.
Kata pada diriku, kereta Perancis cantik. Pada hakikatnya kurang.
Bila aku fikir balik aku terpaksa menggadaikan maruah Perancis.
Memang kena belajar lagi untuk mendahului jiran kami Jerman.
'Kami'? Apa dah lupa daratan ke? Ha ha ha

Aku ajar diriku meminati benda ni, Peugeot 407 Coupe..
Tidak sekali.. Aku bangga sebagai rakyat Malaysia.. Aku bangga dengan Proton.
Aku peminat setia Waja, Gen-2 dan Satria R3.



Apa kes ni tetiba cakap pasal kereta ni...?
Sebab orang ramai tak tahu aku ni sebenarnya hantu kereta dan motor.
Sebab aku tak nak cakap atau tulis kat sini je. Ye lah, duk tulis pasal bola je kan.
Aku memang gila kereta dan motor, itulah hakikatnya.
Nissan Skyline terbaru yang dijumpai di Malaysia.Demam Formula 1 bermula akhirnya. Di awal musim Sauber menjadi.
Nick Heidfield kedua, Robert Kubica kurang bernasib baik.
Alonso pun sama malang kali ni.
Aku sokong Renault dan Sauber, macam biasa lah.
Aku minat sangat automotif, tapi aku suka senyap menyepi sendiri.
Tak nak memandai, sampai masa aku baru akan memandai.
Aku dan Shukri kawan aku, kami sama-sama gila kereta dan motor.
Selalu berangan-angan bersama.
Bak kata kami, kan macho kalau kita anak orang kaya, pakai Evo, pandai main gitar, belajar hebat, boleh jadi imam.
Kereta kita kena pakai rim 17' atau 18', kena bagi nampak kilauan brek cakera.
Ha ha ha. Gila teringat kenangan lama. Lawak rasanya.
Semua tu cuma angan-angan, satu hari nanti baru boleh jadi realiti.
Kecuali bapak kaya, itu tak boleh jadi realiti rasanya. Hehe.
Tapi zaman sekarang macam dah tak ada nilai pakai kereta besar.
Sebab semua orang pakai. Aku pernah kata pada diri aku dulu.
'Untuk jaga nilai sesuatu, jaga kuantitinya'.
Jadi sekarang aku minat Kelisa, Waja dan Gen-2. Minyak mahal sekarang..
Erm, apa aku tulis tu adalah benda bermain di fikiran aku. Ada lagi.
Aku terpanggil untuk melahirkan rasa kagum dengan Ir Nizar. Siapa?
Dialah Menteri Besar Perak yang baru dilantik.
Aku kagum dengan dia sebab dia bukan sahaja seorang Jurutera lulusan United Kingdom, tapi dia juga mampu buka kitab berceramah, jadi imam dan bagi khutbah Jumaat.
Juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.
Anak-anak dia pun berjaya semua. 3 yang pertama belajar agama di Jordan.
Sekurang-kurangnya 2 orang hafiz Al-Quran.
Kata orang, sebelum bina negara bina keluarga biar selesai dulu.
Dia ni contoh yang sangat bagus bagi aku.
Pemimpin macam ni yang kita nak, berketerampilan. Cukup ilmu dunia dan akhirat.
Dia lah idola aku. Lagi-lagi sebagai bakal Jurutera, Insya Allah.
Kalau setakat Datuk, Tan Sri boleh beli. Main mulut dapat.
Tapi 'Ir' nak kena perah otak gila-gila dulu.
Aku tak nak bermaksud cakap politik, tapi cuma tertarik dengan profil dia.
Cukuplah aku mengarut, lain kali tulis lagi.
Aku sekarang tak boleh henti mengunyah, pelik lak.
Satu lagi, sekarang aku duk pikir nak buat apa cuti bulan Mei.
Tak lama pun, cuma 5 hari.
Mula-mula 1 Mei cuti, hari tu Khamis. Jadi sambung Khamis-Jumaat-Sabtu-Ahad.
Kemudian ada 8 dan 12 Mei cuti. Yang ni menarik. Khamis dan Isnin.
Khamis-Jumaat-Sabtu-Ahad-Isnin.
Kat Ryanair pergi balik Paris-Stockholm baru bawah 30€.
Tak pun pergi Turkey 180€ pergi balik. Nak pergi mana ek?
Aku tengah gila nak jalan-jalan sebenarnya, huhu.
Tamak betul, biarlah habis yang cuti bulan 4 2 minggu tu dulu.
5 commentaires:
ak tak tau nak komen camne, tp bile ko ungkit kenangan lame ngn kekwan dulu, aku pun terus teringat aku ngn kekawan, sweet kan :)
aku rase baik mu gi turkey r. asyik duk main kat france je, kuar la ke sane sket. tgk negare islam, it is a real islamic country? or just so-called islamic country? nyway, b4 nak gi, ko kajila psl sejarah masjid biru etc, nnt pasti bermakne holiday tuh.
eh beb, aku try donload lagu kat imesh, tak boleh pun, lapan belas ari aku try, aku give up dah ni, dahle bute IT. aku sebenarnye nak donload lagu romeo et juliette, sedap r!!
aku cam pernah dengar name syikin ngn mizah, tp ye r, aku kan sorang yg gelem, tak berape nak igtla. heheheh :D
... and i prefer Satria GTI. satria yg baru ni sempit sket kan.
K-riey, akak pun tgh survey Turkey ni. Airline mana yg murah ye? Marseilles dekat tak dgn Paris?
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
ha ha ha
dok soh tunggu bulan mei..
aku dok kabo ox yang bulan 4 sebelum ke spain aku ke maghribi dulu.
hehe
pnah dengar ke lagu romeo et juliette tuh?
imesh tu bkan dok leh, maybe kene tunggu kot.
sebab imesh tu kite donlod dari orang lain.
nasib aah, kadang2 ade lagu hok kite nok kadang2 tadok.
@ aishah
satria R3 tuh ade je versi yang model sebelum ni.
sebenarnya R3 ni ialah versi upgrade GTI.
cume ade 200 unit je dijual.
satria neo ni xtau laa mcm ne sbab xpnah naik ag.
@ kak zlaa
kalu dari UK, cuba tengok easy jet murah.
kalu dari France takde low cost.
yang paling murah jumpa smalam naik swiss air.
MArseille tuh selatan France.
naik TGV dari Paris dalam 2 jam kot.
kalu naik kereta 8 jam lebih rasanya.
Marseille ni jauh dari Paris.
hoho bagus a ada gak yang minat keta. aku baru dapat komputer balek.. tak dapek nak ngomen..
pasal R3..
r3 model yang di basekan daripada model prototype SSO gti.. tapi sedih nya walaupun 200 je dalam bilangan nak abiskan 200 tu cam punya la lama...
Enregistrer un commentaire