lundi 24 mars 2008

Entah apa..

Erm, aku tak tau apa aku rasa sekarang.
Kat sini, aku jarang sangat tulis pasal negatif.
Macam kesedihan atau kekecewaan aku.

Sebab aku kena jaga hati orang sekali.
Tak boleh nak ikut suka hati aku je kan.
Entah apa aku merapu ni.

Berakhir satu lagi hujung minggu aku.
Kali ni agak panjang sebab Isnin cuti.
Tapi biasanya pun Isnin aku kelas petang saja.

Hujung minggu tak ada apa sangat yang menarik.
Cuma hujan ribut angin kencang, itu saja.
Diserikan dengan kemenangan United dan kekalahan Arsenal.
Bertambah manis bila Robert Kubica dapat tempat ke-2 GP Malaysia.

Minggu ni agak mencabar untuk aku.
Sebab Selasa ada ujian Mekanik, Jumaat Matematik.
Selasa Sylvie datang ke La Rochelle.
Dia ni wakil syarikat urus pelajar kat Perancis.
Dia datang untuk bincang pilihan sambung belajar kami.

Itu saja aku rasa aktiviti penting minggu ni.
Lagi 2 minggu cuti, tak sabar rasanya nak rehatkan diri.
Nak jalan-jalan ke destinasi pilihan aku.
Selama lebih kurang 8 hari aku akan berkelana.

Mungkin aku nak lawat bandar bakal aku pilih sekali kot.

2 commentaires:

fsj a dit…

mu nak pilih mane k-riey?

sometimes we always please others without realizing that we never do so to ourselves. sayangila diri kite juge, luahkan kalo ia menyakitkan utk disimpan :)

muahahaha, pandai kan aku berjiwang :p

victoire a dit…

haa.. sampai mase kite tau!!

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?