Bermakna ni bulan terakhir aku bergelar budak belasan tahun.
Bulan depan aku dah masuk kelab puluhan tahun.
Macam tak percaya, begitu cepat masa berlalu. Tua rasanya diri ini.
Tadi baca Utusan pasal Hanif Basree bebas tuduhan bunuh Noritta.
Katanya kes itu 5 tahun lalu, ya, 5 tahun lalu!
Aku rasa macam kes tu baru lagi berlaku.
Aku ingat lagi, masa tu aku baru habis periksa PMR, baru dapat motor 125z aku.
Tiap-tiap pagi aku keluar beli surat khabar, dah memang tabiat aku sejak tingkatan 1.
Wajib baca surat khabar Berita Harian dan New Straits Times.
Masa aku habis PMR tu tahun 2003, akhir tahun bulan 11 atau 12.
Masa tu Mama baru lepas bersalin, Faris adik bongsuku baru lahir.
Abah ada kursus selama sebulan tak silap di Negeri Sembilan.
Tiap-tiap malam aku yang baca ayat Qursi, azan dan qamat di telinga Faris.
Kira ganti peranan Abah sebab dia tak ada kat rumah la masa Faris baru lahir tu.
Rasa macam seorang bapa lah.. Ada bakat, hehe.
Iklan;
Sehingga lah suatu pagi aku beli akhbar, muka depan berita Noritta ni.
Hangat dibualkan kes ni masa tu. Tiap pagi aku ikuti perkembangan.
Sedar-sedar dah 5 tahun berlalu.. Cepat sangat masa berlalu kan.
Naik tingkatan 4 aku jadi Ketua Editor majalah sekolah aku.
Rakan sepasukan gelar aku Hanif Basree, kurang ajar betul. Ha ha ha.
Tu sebab aku teringat akan kisah ni semua bila baca Utusan tadi.
Itu hujah aku pasal masa berlalu begitu cepat sekali.
Pertama kes yang dah 5 tahun, kedua aku dah nak masuk 20 tahun.
Sekarang nak cakap pasal angan-angan sikit.
Cita-cita utama aku nak jadi seorang pelumba Formula 1 dulu.
Tapi dah lewat, tak sempat, jadi Jurutera je lah aku pilih.
Sekurang-kurangnya dapat bergelumang dengan kereta atau motor.
Mulanya masa tingkatan 3 aku minat nak jadi Jurutera Automotif.
Masa tu kan terkenal 5 Jurutera Petronas yang kerja dengan Sauber Petronas.
Salah seorang asal Dungun, Terengganu. Masa tu lah bermula minat aku.
Minat secara serius nak jadi Jurutera Automotif.
Seterusnya dengar pasal Petronas taja pelajar di Universiti Teknologi Petronas.
Boleh ambil Kejuruteraan Automotif di tahun akhir kalau pilih Mekanikal.
Alhamdulillah, aku berjaya dapat tempat di UTP, Kejuruteraan Mekanikal.
Masa tu aku fikir, ni sebagai batu loncatan untuk kerja dengan Sauber Petronas.
Lagi-lagi masa Educamp, ada fasilitator aku pernah ditawar kerja di situ.
Tapi sayang, dia perempuan, komitmen keluarga penting jadi dia tolak.
Dia di tawar kerja membangunkan 'wind tunnel' Sauber Petronas yang terkenal tu.
Aku memang kagum sangat dengar dia cerita masa tu.
Tapi jodoh aku di UTP tak lama. Dapat tawaran ke Perancis.
Sebab UTP tu panas sangat aku tak tahan. Seksa aku berpeluh sepanjang masa.
Lain dari tu semua dah seronok sangat yang amat sangat.
Di Perancis, aku mula fikir kerja yang banyak peluang pekerjaan.
Sekarang aku tak fikir sangat nak jadi Jurutera Automotif.
Aku lebih minat Kejuruteraan Industri, banyak peluang kerja.
Automotif tak banyak, kena jadi yang terbaik baru dapat macam Mr Kei tu, hehe.
Aku juga minat kerja mengajar, jadi cikgu sekolah atau pensyarah.
Tapi dalam masa yang sama aku nak jadi Jurutera, aku kan tamak.
Sebab bagi aku, kerja mengajar ni sangat mulia.
Ilmu kita sebar boleh bawa sampai ke mati, tak gitu kan.
Aku suka kehidupan guru, suka baca blog beberapa orang cikgu sekarang.
Seronok berurusan dengan pelajar ni.
Aku pernah jadi pelajar, sebab tu kot aku minat mengajar.
Satu lagi, aku nak sangat buka kedai kek dan roti.
Sebab aku suka bau kedai kek dan roti ni, wangi sangat bau tepung pastri semua.
Kesimpulannya, aku nak jadi Jurutera.
Sambil jadi pensyarah sambilan macam pensyarah Engineering Math aku kat UTP, Ir Shuaib.
Dan menguruskan sebuah kedai kek dan roti pada masa yang sama, hehe.
Nanti aku nak duduk kat Batu Feringghi, sebab situ macam hujung dunia.
Aman damai, redup je sepanjang perjalanan ke sana.
Nak ke bandar Penang pun tak jauh sangat, sebab tu aku pilih sini.
Kira sini tempat yang cukup lengkap, aman ada, bandar besar pun ada.
Satu lagi boleh jadi pensyarah kat USM, ha ha ha.
Gila teratur angan-angan aku nih.
Tapi aku tak puas hati lagi.. Aku nak jadi cikgu sekolah menengah!!!
Aku pun selalu berangan, dah grad nanti, sebelum jadi Jusutera, jadi cikgu sekolah menengah dulu kejap, hehehe.
Cukup lah jadi kontraktor buat istana di langit kayangan..
Kan jadi Ayah Pin lak.
Satu lagi, semalam aku cakap pasal zaman aku berdebat berbahas.
Aku teringat satu lagi kenangan manis gila macam madu lebah.
Pernah sekali aku jadi pembangkang, kami bahas tajuk 'IT benifits mankind'.
Sebagai pambangkang aku kena lah cakap keburukan IT.
Hujah aku, IT bagi peluang untuk orang buat jahat.
Aku cakap, "Do you watch football last night? If not Cristiano Ronaldo who crossed the ball to Ruud van Nistelrooy, the later will not score. So you see, Ronaldo provided the chance there. The same goes to IT ; it provide chance for crimes!".
Kemudian kerajaan mintak izin laluan atau P.O.I = points of information.
Aku memang suka sangat bagi, sebab tunjuk keyakinan untuk jawab.
Ramai peserta cuma bagi 2 je, cukup syarat minimum.
Syarat minimum, setiap peserta kena terima 2 dan bagi 2.
Tapi aku jangan lah harap, aku bagi, serang sebanyak mungkin.
Aku cari sampai lubang cacing mana kepincangan hujah lawan aku.
Dan kalau aku tengah debat, aku akan terima setiap kali lawan minta.
Kerajaan cakap kat aku pasal hujah aku tadi ;
"You said you watch football last night, you use the television, it is an IT tool!".
Dengan selamba entah macam mana boleh terlintas dalam otak, aku jawab ;
"I was at stadium last night, i always against IT!".
Ha ha ha ha. Nasib baik aku terfikir jawab macam tu.
Kalau tak mampus aku kena atas pentas tu.
Bising Teacher Salmi, katanya lain kali jangan sampai termakan diri.
Aku memang pemutar belit yang hebat, perasan, hehe. =p
Aku sangat rindu kenangan silam ni.. Huhuhu.
Sekarang kita tengok macam mana hidup aku minggu ni, kan dah hujung minggu.
Isnin cuti, lepak sambil baca buku nak ujian Mekanik.
Selasa Sylvie Lerond datang bincang pasal nak sambung ke mana nanti.
Ada 2 ujian susah tahap langit ke paling atas. Matematik pagi tadi dan Mekanik.
Lantak lah apa nak jadi.. Bak kata Razlan Kristal ;
Apa nak, jadi jadi, leave and let it be.. Kusuka pakaian seragam hitam..
Selain dari tu tak ada yang istimewa, semua macam biase, kelas je memanjang.
Sampai di sini buat kali ni. Nanti tulis lagi Insya Allah.
Saja letak gambar bagi penyeri sikit, hehe.
12 commentaires:
k-riey, gelak aku sorang2 bace blog mu yg ni, dari kes mu digelar hanif basree hinggela angan2 ayah pin mung.
:D
tp, takpe, bagus berangan ni, bagus ade impian, kalo takde impian, kite mgkn kabur dengan mase depan kite. at least, angan2 mampu buat kite tersenyum :)
aku pun ade angan2 cam mu,
dulu penah nak jd engineeer,
tp ayah aku prefer amek cikgu sebab aku perempuan, so aku ikot jela, dan aku bangge bile mu pun ade cecite nak jadi cikgu pensyarah :)
ok, bonne chance utk ujian ni ye :)
gagag...meh2 join kelab doplohan aku...
(terima kenyataan dah tua....T_T )
salam,
jarang engineer nak jadi cikgu/pensyarah .. actually ia satu plan yang sangat bagus...
tapi taktau nak connect kan engineer dengan bakery... kelakar pulak..
anyhow, wish you the best of luck !!
ada satu benda yang menunjukkkan ko matang
dan ko kene buat before ko jadi 20-an
iaitu berambut pendek
trust me...
dan aku cabar ko!
hahaha ak thibur bc post ni
byk sgt ak suke jd no komen r
hahaha
waa!! panjang giler post!! yg pasti aku tgk ko pandai potong cheese!! alamak aku x suka cheese.... tp tgk sedap jer....
ohhh ye ke.. tak la jauh sgt 20 april tu.. mmm betul².. mcm tepat je kan.. byk ciri yg serupa.. pour moi aussi.. bole kata 1 ataw 2 je yg tak betul..yg lain tepat..hehe dato fadzilah kamsah mmg sorg yg hebat.kagum ar sama dia sejak dulu.. ape²pon mmg la tak leh caye terlalu sgtkan.. layan je la.. suke² jep ni..
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
hehe, mekasih bayok.
susoh weh ujian sains, nok pecoh pale.
mujor kuat iman.
kau dok terjun bangunan doh.
@ ash
yup aku cube menerima, hehehe.
@ silversarina
saya suka tengok kehidupan guru saya.
lagipun adik beradik mama saye hampir semua mengajar.
dari 9 orang, cume 3 orang je bukan cikgu atau pensyarah.
kehidupan diorang bagi saye menarik, suke dengar diorang cerita pasal mengajar dan pelajar.
satu lagi jadi cikgu ramai pelajar, pelajar doa kite!
suke bau kedai kek sebenarnye, hehe.
@ wenkt
aku rela tak matang.
@ duang
suke?? ape yang hiburkan mung??
@ sofwan
aku hantu cheese!!
suke makan hampir sume cheese.
@ rafizi
yup, kebetulan terkena lak kan.
kadang-kadang best gak layan bende ni, hehehe.
uhhu..
d cheese look delicious though.
hahaha
bez x rat tu?
hik
mak aihh...ak jupe sorang ak pecinta cheese..adohh...tak sedap2!!..hoo lala
@ mia
you cannot ask me that question..
cause you will hardly find negative answer, hehe.
u know i will answer what.
@ aynaa
sedap gile weh!!
aku hantu cheese.. hehehe
Enregistrer un commentaire