jeudi 13 mars 2008

Selamat hari lahir ayahanda tersayang..


Aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun ke-50 untuk Abah tersayang!
Semoga panjang umur, murah rezeki, terus berjaya dan bahagia, amin!
13 Mac 1958 tarikh lahir dia..

Macam tak percaya Abah dah 50 tahun. Dah setengah abad usia dia.
Senang je nak tahu umur abah aku, sebab dia dengan aku beza 30 tahun.
Tahun ni aku akan masuk 20, dia masuk 50. Anak sulung tak sampai 20 lagi kan?

Aku dah puas cuba telefon Abah tapi tak dapat.
Ramai sangat telefon dia nak ucap kot, hehehe.
Geram aku telefon buat hal, sebab aku telefon dia pun tak dapat.

Untuk pengetahuan anda, dalam gambar tu lah Abah aku.
Berbini satu, beranak 5. Seorang Jurutera Awam.
Anak dia setakat ni 2 orang belajar kejuruteraan, aku dan adik aku.
Yang Afiq, Alia dan Faris tak tahu lah macam mana.

Aku harap akan dapat jadi seorang jurutera lagi bagus dari dia satu hari nanti.
Zaman dulu, anak kena pandai membaca dan menulis, baik dari bapa.
Sekarang pun prinsipnya kena sama juga kan.

Abah aku ni tersangat baik pada aku walaupun punggung aku sentiasa kena tali pinggang.
Tu cerita dulu lah, hehe. Aku masa kecil sampai sekarang pun nakal kan.
Ingat masa kecil aku samseng, halau suruh Abah keluar rumah. Hahaha.
Lawak ingat kenangan masa dulu.

Rindu nak kena tali pinggang tu. Dah lama sangat tak kena. Hehe.
Tapi aku lagi rindu akan Abah aku tu dan keluarga aku.
Tak sabar nak balik Malaysia cuti musim panas ni!

Abah aku ni sebaik-baik manusia, terlalu baik. Abah mana tak baik kan.
Dia sanggup berkorban dia susah, asal anak-anak dia selesa, senang.
Satu lagi aku hormat dia sebab cara dia berfikir, sangat rasional.
Tak dipengaruhi emosi, sangat bijak pemikiran Abah aku ni.
Kata-kata, nasihat dia sangat bernas dan bijak.

Berakhirnya Selasa, aku rasa lega macam dah mula hujung minggu.
Semalam hari Rabu aku bangun lewat, kelas mula pukul 10 pagi.
Habis pukul 12, balik makan kemudian pukul 1 ada amali di makmal.
Sampai pukul 5, berkejar ke kelas Bahasa Perancis, 5-7 petang.

Dalam kelas bahasa tadi aku duduk sebelah minah Romania.
Dia baru sampai Perancis seminggu, belajar sikit-sikit je bahasa sebelum ni.
Seksa aku nak borak dengan dia. Bahasa Inggeris dia pun kurang.
Tapi dia suka borak. Pening aku nak jawab biar dia faham.

Malam aku lepak di bilik buat kerja Fabienne. Dah ok walaupun tak boleh jawab.
Alhamdulillah aku rasa tenang sangat malam ni, syukur.

Tabiat malam aku sekarang minum teh panas sambil makan biskut.
Biskut atau roti cicah teh tu sedap gila untuk minum malam.
Aku bukan minum sangat air manis ni, tapi orang bagi hari tu. Habiskan je.

Haa, semalam aku buat kerja sambil dengar lagu di laptop aku.
Sampai satu lagu Perancis aku terhenti buat kerja.
Aku tak pernah dengar lagu tu sebelum ni.
Tapi semalam aku main lagu secara rambang, terkena lah lagu tu.
Tajuk dia 'Romeo et Juliette'.

Lirik dia sangat puitis, sedap sangat.
Tapi sayang di permulaannya tidak sedap liriknya.

'A quelle etoile, à quel dieu...'
Yang ni je mencacatkan lirik dia: kepada bintang mana, kepada Tuhan mana

Yang lain semua sedap sampai aku ulang banyak kali lagu ni.
Paling sedap ;
S'il faut se battre, je battrais ; kiranya kuharus berlawan, akan kulawan
S'il faut priere, je prierais ; kiranya kuharus berdoa, akan kudoa

Lagu ni kalau terjermah semata-mata tak nampak kepuitisan tu.
Kena belajar Bahasa Perancis baru tahu seni lirik lagu ni di mana.

Lirik penuh ;

Juliette:
A quelle étoile, à quel Dieu
Je dois cet amour dans ses yeux
Qui a voulu de là-haut
Que Juliette aime Roméo
A quelle étoile, à quel Dieu
Je dois cet amour dans ses yeux
Même si je dois payer le prix
D'un amour interdit
Pourquoi nos pères se haïssent
Et que la fille aime le fils
Ça doit bien faire rire, là-haut
Que Juliette aime Roméo

Roméo:
A quelle étoile, à quel Dieu
Je dois cet amour dans ses yeux
Que leur volonté soit faite
Car Roméo aime Juliette
S'il faut prier je prierais
S'il faut se battre, je me battrais
Mais pourquoi faut-il payer
Le droit de nous aimer

Roméo & Juliette:
Et que nos pères se déchirent
Leurs enfants eux se désirent
On ne peut pas changer l'histoire
La nôtre commencera ce soir

Juliette: Et tant pis si ça dérange
Roméo: Qu'une pucelle aime un ange

Roméo & Juliette:
A quelle étoile, à quel Dieu
Je dois cet amour dans ses yeux
Que leur volonté soit faite
Car Roméo aime Juliette
A quelle étoile, à quel Dieu
Je dois cet amour dans ses yeux
Ça doit bien faire rire là-haut
Que Juliette et Roméo



Aku dah nak tidur, esok nak pergi kelas pagi pukul 9.
Sekarang Subuh masuk awal habis awal. 6 pagi masuk, habis 710.
Aku bangun awal waktu solat sambung tidur balik lepas tu.

Masuk Khamis bermula lah hujung minggu, gembira di hatiku bukan kepalang..
Cepat masa berlalu, berakhirnya satu minggu.

Oh ya, tak pernah cerita yang adik aku Afiq dan Alia selalu hantar emel ke aku.
Aku sangat lah rajin melayan kerenah adik aku 2 orang ni.
Alia darjah 5, Afiq tingkatan 1.
Comel je hantar emel ke Abang Yie yang kacak, hehe.

Alia emelkan aku tanya aku ingat tak 13 Mac hari apa.
Aku jawab lah mesti aku ingat dan tak pernah lupa tarikh lahir keluarga semua.

7 commentaires:

fsj a dit…

weh, touching nye aku bace,
homesick dowh~
nyway, happy birthday buat ayah mu,
semoge panjang umor, murah rezki dan semoge anak2 die berjaye seme :)
dan khaikhie, semalam 12.3 sebenarnye birthday aku :)
tanak wish ke? hohoh

Mr A a dit…

ows...aku rasa umur abah mu same ngan ayah aku...eheh...i mean lahir thn same la..

lgu romeo et juliette ni kan, aku igt agi aku kne nnyi ngan izyan mase party chrismast kat CEL ktorang thn 2006...ahah..klakor plop wase..

n btw, ade junior mu kem slm...Emil..ttibe je mencapap kat aku nye chatbox suh kem slm ke mung...huee

babai jg diri~

wénkt a dit…

wah
rindu family banget tu
hehehe

normal laa
bila berjauhan,semua kenangan terindah akan terungkap

Anonyme a dit…

hepi bufday to ur daddy
hehe.or our daddy
*xmalu mode*
haha..
u tc k

AISHAH roslan a dit…

Salam. i link urs.

alsyaz a dit…

bukan 'le balcon' ke tajuk die?

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
erh, dok tau lok aku.
joyeux anniversaire!!
semoga panjang umo, murah rezeki dan sukses!

@ ash
ha ha ha
tapi mu ade kakok yg da kawen..
ayah mu jadi tokki doh.
ni ayah aku umo 50 aku anok sulung.
ngee..
waalaikumussalam..
lagu ni lame doh ade dlm lptop.
tp aku dop dgr.
kebetulan baru2 ni aku main random.
terkene lagu ni, tetibe tertarik dgr phrase tuh.

@ wenkt
ko mesti tau bende nih.
pengalaman 5 taun berjauhan kan..

@ mia
u memang tak malu comey..
hehehe
tak malu ngan i je takpe =p

@ aishah
ops, merci beacoup!!
i'l relink u.

@ alsyaz
aku tak sure tuh tajuk ke penyayi.
aku reti dengar, layan je.
ooo..
layan lagu ni ngan juliette kat tours ke en romeo? hehe

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?