Huh.. Gembira hati ni bukan kepalang bila masuk musim bunga ni.
Berlalulah kesejukan, angin kencang dan hujan ; cabaran di La Rochelle.
Aku banyak kali macam orang gila senyum seorang diri bila tengok bunga.
Sebab bunga tu cantik bila berkambang mekar beraneka warna.
Dalam makmal masa amali kimia, bangun tidur tengok luar tingkap.
Dalam perjalanan ke kelas, ke mana saja aku pergi.
Yang aku nampak bunga berwarna-warni atau pokok dengan daun hijau lebat.
Lebih dari cukup untuk buat aku tersenyum simpul seorang diri. =)
Aku gembira sebab bila ada bunga maksudnya musim sejuk dah nak berlabuh pergi.
Dan musim panas pun semakin hampir, nak balik Malaysia!
Hari ni, Sabtu panas ada mata hari tapi angin kuat masih ada.
Jumaat lagi lah dahsyat dengan ribut angin kuat sangat dan hujan.
Harap lepas ni berkurang lah pakej musim sejuk tu ; angin, hujan dan sejuk.
Hidup aku satu, dua hari ni macam biasa, tak ada apa yang istimewa.
Agak letih selepas 2 malam tidur lewat jam 3 bangun awal kelas jam 9.
Tapi aku puas hati tidur lewat bila buat kerja. Walaupun tak siap.
Aku nak ajar diriku sukakan kerja. Tapi susah nak ajar.
Sekarang dah masuk minggu akhir bulan Mac, tak percaya rasanya.
Macam cepat sangat, tinggal lagi 2 minggu cuti.
Kami pun dah kena fikir nak sambung kat mana semester depan.
Dan aku tak sabar nak bercuti April ni, seronok jalan-jalan ni.
Baru ni 21 Mac hari lahir adik aku Afiq. Semalam aku telefon rumah ucap sekali.
Meriah rumah hampir semua ada, Ja pun balik. Aku je tak ada.
Faris malu nak cakap dengan aku. Dah pandai main PS2 sekarang.
Lawak budak kecil ni, hehe. Mama suap nasi dia main PS2.
Tak sabar sangat nak balik musim panas ni! Aku rindu Malaysia.
Kat Terengganu kemelut pilih Menteri Besar tak selesai lagi.
Tengku Razaleigh nak cabar Pak Lah jawatan Presiden UMNO.
Pelik aku orang tak suka apa dia cabar tu. Biar je lah, kan demokrasi.
Aku macam biasa, nak tengok dan ikuti perkembangan dengan penuh minat.
Sekarang Formula 1 bermula, tambah satu lagi benda aku ikuti.
Liga Perdana Inggeris tinggal 8 perlawanan sahaja lagi.
Satu lagi sebab apa aku rasa masa berlalu begitu cepat!
Baru aku sedar selawat yang aku letak ni pendek.
Sebab tak ada lesen nak siarkan yang penuh. Nanti lah tukar lagu.
Aku kat perpustakaan ni, dengar lagu lama guna Youtube.
Lama tak dengar lagu X-factor ni, sehigga ke akhir hayatku.
Kepada dia aku tujukan lagu ni, 'sehingga keakhir hayatku cintaimu' =).
Nanti nak dengar sehangat api. Aku minat lagu KRU. Unik bagiku.
Tiket pergi balik Paris-Madrid atau ke Stcokholm 20e je.
Lagi murah dari tiket sehala KL-KT. Sebab tu aku suka jalan-jalan.
Jumpa lagi di lain tulisan!
15 commentaires:
ok, number 1, i have a blog in blogspot. tp 4got to tell u
its boring anyway sbb all i can ever think now s my bf my bf n my bf lagi
xde buah pemikiran yg cukup ilmiah buat mase skang
and 2nd, aku nak tgk musim bunge!!!
Salam. Sini spring disambut dengan snow pagi tadi. Tapi sikit sgt. Jadi-lah, dapat juga berjalan-jalan dalam snow.
@ kayne
heh aku tembak baru tau..
skrang baru kabo ade blog situ ek, hehe.
take your time, aku tau ape mu rase.
kami daa rase 25 sept 2006 arituh.
@ kak zlaa
yep, sini pun spring dimulakan dengan angin ribut, hujan..
huhu
k-riey, mekaseh r ato lagu tuh, aku suke :), tp dop paham mende mu tulih dlm french tuh :p
happy birthday kat adek mu and mu buat aku rindu malaysia :'(
mu nak masuk uni mane? ke school of engineering? aku pun tak berape paham french edu. system ni, story sket ;D
salam.. mmm plajar kat france gak kan?? khiri ek.. pekaba?? ni rafizzi ni.. dak telekom kat colmar.. ok.
tawaran ke asis? hoho ruginye..nape tolak? dpt offer yg lbih baik ke? ooo tak knal ar..mungkin x sempat kot nak knal dgn smua org time tu.. huhu life kat asis byk bw knangan manis ar.. rindu smua owg..
@ rafizi
wasalam.. Alhamdulillah sehat!
ooo PEKOM4..
kot2 jmpe kat Colmar aritu aa ek?
nway sayang member.. sbab tu tak pindah skul, hehe.
plus nak tuntut ilmu jadi imam tak abeh ag mase tuh kat SMKA Tok Jiring tu.. =p
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
heh, de rien!
aku memang aa target école d'ingénieur tuh..
ade rezeki masuk.
sbab bukan senang nak dapat.
kalu tak masuk IUT dulu 2 taun
boy,put some pix of d flower.
wana smell d freshness!
epi bufday to afiq
aihyoh
penat balik dari pangkor
mesia pun best melancong!
return subang - pangkor - subang rm474 by berjaya air..flight 39tempat duduk..cam satu bas je
haha
er
@ mia
nanti daa tade ribut ujan, bunge da berkaler2 i ltak k dear!
@ wenkt
mahal spe bedil.. ha ha ha
would u mind to give the title of romeo n juliette song. or appreciate if you could send me the song. thanks.
helen.cristal@yahoo.co.uk
@ anonyme
nevermind, i will send it to you.
anyway, may i know who you are?
k-riey- tgk tuh,pah aku mitok je lagu tuh, rama lalu mitok nge mung. hahah, *perasan dok kene bayor* :D
woho sedak post mu nih
banyak mnde ak ske
er ok ak amek EPL dohla
wahaha MU menang
btw aku nk tny
mu dah beli ke tiket nk balik mlysia?
Enregistrer un commentaire