lundi 7 avril 2008

Bangkitlah orang Islam. (ditokok tambah)


Aku tengah keletihan kat bilik ni. Baru sampai dari Bordeaux lah katakan.
Tapi malam ni aku kena paksa diri aku tidur lewat gila, biar tidur sampai petang.
Sebab malam esok aku tak boleh tidur kat Lapangan Terbang Paris Orly.
Penerbangan aku awal pagi, kena lepak di sana terus.

Tak boleh tidur, jadi aku akan pinjam beberapa novel dari pustaka atau Mediatheque.
Calon kegemaran, A Walk To Remember, Illuminati dan Angels And Demons.

2 nama terakhir tu novel Dan Brown. Aku dah jatuh hati dengan novel dia.
Seronok baca Da Vinci Code hari tu. Akan rasa nak habiskan cepat.
Jadi dapatlah aku buang masa dengan membaca novel malam nanti kan.
Nama pertama aku dengar terkenal, jadi nak cuba sekali lah.

Oh ya aku tahu aku ketinggalan baru baca novel-novel ni.
Aku akui tapi boleh diterima lah untuk orang macam aku ni kan.
Aku bukannya hantu novel sangat pun.
Cuma kalau ada novel aku baca, dan aku suka sangat baca.

Pagi tadi aku bangun pukul 10, siap semua terus keluar ke stesen tren.
Tren ke Bordeaux dari La Rochelle gerak pada jam 1122 pagi, sampai 1350.
Oh ya, selamba aku baru cakap sebab apa aku ke Bordeaux ni.
Sebab nak ambil visa ke Maghribi, aku akan ke sana cuti ni.
Kemudian ke Barcelona dan Madrid, harap seronok lah, ha ha ha. Cuti sakan!

Dalam tren aku lepak baca buku nota kecil aku bawak.
Buku nota pelajar Universite de La Rochelle, ada lah maklumat sikit.
Sambil dengar lagu, sedar-sedar dah sampai.

Dalam tren aku nikmati pemandangan indah.
Walaupun warna kuning sahaja, tapi tetap sangat cantik bagi aku.
Ada yang warna warni bunga tapi tak sempat capai kamera.



Aku tak pernah ambil bas di Bordeaux, agak kelam kabut lah mulanya.
Sebab kena ambil bas untuk ke Konsulat Maghribi di Bordeaux.
Naik bas 20 minit, sampai aku keluar dari bas.

Nampak makcik pakai tudung bila aku keluar dari bas.
Tanya mak cik pakai tudung, kat mana tempat aku nak pergi tu.
Mak cik ni kata dia pun nak ke sana, ikut dia je lah.

Ni lah permulaan sebab apa aku tulis tajuk kat atas tu!

Mak cik ni dengan kawan dia seorang tak pakai tudung.
Aku tak kisah tak pakai, cuma aku geram mereka macam anak anjing.
Cakap, gelak kuat macam sial, dah lah macam tak hormat aku.
Cakap dalam bahasa dia, sakit hati aku.

Sampai kat sana, tempat dia buruk je, aku ingat macam kedutaan Malaysia.
Kakitangan dia pun seburuk bangunan dan mak cik 2 ekor tadi.
Aku pergi kaunter pertanyaan, pak cik tu tengah cakap telefon.
Aku nak tanya seorang mamat tengah fotostat dokumen kat situ.
Belum sempat aku tanya dia, dia suruh tanya pak cik cakap telefon tu.

Aku dah tak tahan terus masuk ke kaunter orang berurusan, tak ada orang.
Jadi aku tak mengganggu, aku tanya kat kaunter pasport, macam mana nak ambil visa.
Dia suruh aku tunggu kejap. Aku nak tunggu apa?
5 minit aku tunggu, aku pergi kat dia tadi balik.
Dia kata nanti orang yang urus visa datang, dia tunjuk lah kaunter visa tu kat sebelah.
Tengah kosong kaunter tu, orang tu entah ke mana.

Yang aku geram, lama gila lebih 20 minit baru dia menjelma.
Bila datang tak ada lah kawan dia nak cakap yang aku tunggu lama.
Tapi mereka duk minum kopi dan makan kuih sama-sama.
Babi kerenah birokrasi dia.

Tadi masa aku menunggu tak ada lah dia nak panggil mamat visa tu.
Sebaliknya pekerja lain makan dan minum aku cakap tadi tu.
Memang celaka tak profesional dan tak beretika mereka bekerja.
Geram aku dengan orang Arab ni, huhu.
Betul lah kata kawan aku di negara Arab.

Berubah lah wahai umat Islam semua. Bila nak maju kalau macam ni.

Proses aku minta visa 2 bulan lepas lagi sakitkan hati.
Minta 2 bulan, Jumaat lepas baru dapat jawapan.
Aku dah cuak gila takut tak dapat visa, tak dapat pergi.
Sebab tu aku senyap je pasal cuti aku ni.
Kan kalau tak pergi, malu aku bising awal-awal, tak gitu kan.
Tak ada gambar konsulat tu, buruk sangat.

Selesai je, cepat-cepat aku keluar nak ke Rue Sainte Catherine.
Ni jalan yang penuh dengan kedai kat tepi.
Antara tempat membeli-belah terpanjang di Eropah tak silap aku.
Sakit hati tengok terlepas bas, kena tunggu 10 minit lagi.

Mula-mula ingat nak makan KFC, tapi fikir balik tak payah.
Nanti kat Paris je makan, jadi aku pun beli roti dan keropok je.
Lepak, lepas tu pusing-pusing sana, keluar masuk kedai.
Cari magnet peti tapi tak jumpa, huhu.
Dah beberapa sampai sini tapi tak beli.

Sepanjang naik bas baru aku sedar yang Bordeaux ni sangat besar.
Sebelum ni, aku cuma tahu Rue Sainte Catherine dan KFC je sini.


Sedikit pemandangan Bordeaux.. Panjang jalan ni.
Ni trek Tram. Kat Bordeaux gerak guna Tram ni senang.


Aku balik nak ambil tren jam 1852 petang. Sedar-sedar dah lewat.
Sibuk sangat keluar-masuk kedai sepanjang Sainte Catherine tu.
Sampai di stesen tren agak awal walaupun aku cakap lambat tu.
Aku cuba lagi cari magnet peti tapi tetap tak jumpa, hhuhu.

Stesen tren Bordeaux..

Dalam tren, kali ni cuma lepak dengar lagu sahaja.
Setiap lagu buatkan aku teringat benda berbeza.
Sebab aku ingat tahun apa aku mula dengar setiap lagu yang aku dengar tu.
Jadi ia membawa memori tahun mula aku dengar lagu.

Ambil contoh, antaranya tadi aku dengar lagu 'Jangan Pisahkan' Phyne Ballerz.
Aku teringat lagu ni aku mula dengar pada tahun 2003.
Secara automatik aku teringat kenangan masa aku tingkatan 3.
Teringat semua kenangan pergi lawatan lepas PMR, macam-macam lagi.

Kesimpulannya lagu sangat berguna bagi aku untuk kenali latar masa.
Tadi aku dengar banyak sangat lagu berlainan latar masa.
Jadi banyak kenangan aku teringat tadi.

Lagu Kenangan Terindah Samson dengar masa 2006 kat INTEC.
Secara automatik teringat kenangan kami bersama di INTEC.
Pantang ada masa, mesti keluar bersama.
Teringat juga kelas Mademoiselle Das di INTEC, budak JPA7.

Oh ya, tadi aku tak sempat solat di masjid kat Bordeaux.
Sini bukan macam masjid Malaysia buka 24 jam. Masa solat je.
Jadi aku telah buat keputusan untuk solat dalam tren.

Biasanya solat atas kerusi, solat duduk isyarat sahaja.
Tapi kali ni aku duduk dalam macam satu bilik, aku je kat situ.
Maka bolehlah aku solat secara sempurna terus.

Nak ambil wuduk seksa sangat sebab paip air dia pelik.
Kena pijak dengan kaki baru air keluar.
Masa nak basuh kaki kanan paling seksa.
Yang nak kena pijak tu di sebelah kanan, dekat dinding.
Tak ada ruang untuk kaki kiri pijak benda tu. Alhamdulillah berjaya juga.


Gambar di atas tu lah sejadah aku untuk solat jamak qasar tadi.
Berguna juga akhbar yang mereka bagi di jalanan tadi.
Aku dah ingat nak buang masa mula-mula.
Allah maha mengetahui.. Akhirnya aku terfikir buat macam ni.

Memang aku bermaharajalela dalam bilik ni, aku seorang je situ.

Gila banyak ruang sampai setiap satu kerusi aku guna.
Letak beg satu kerusi, sangkut jaket satu kerusi.
Jemur stokin pun satu kerusi tu beb, ha ha ha ha.
Kan tadi basuh kaki masa nak ambil wuduk.
Boleh je cuma sapu air atas kasut, tapi aku basuh kaki je.

Sampai La Rochelle dah jam 9 lebih, terus aku balik nak kejar waktu Maghrib.
Balik bilik cuma lepak dan rancang nak ke mana di Marrakech, Barcelona dan Madrid nanti.

Sambil tu aku simpan gambar dalam k800i aku dalam 'hard disc'.
Dah tak banyak ruang dalam kad memori aku, nanti nak guna untuk gambar baru.
Aku guna kamera telefon saja, dah serik kena curi kamera di London dulu.
Lagipun kualiti gambar k800i bagus, 3.2 mp kamera dia.

Sambil asing gambar, teringat lagi akan kenangan lama bila tengok gambar.
Aku tukar lagu dalam kad memori tu sekali. Buang mana tak perlu.

Ok lah, sampai di sini dulu untuk kali ni, nak siapkan rancangan perjalanan aku.
Entah esok sempat tak tulis sebelum berangkat.
Kalu sempat Insya Allah aku tulis, kalau tak jumpa nanti lagi.


Ni antara gambar yang aku pindah kan tadi.
Kamu boleh fikir sebab apa aku teringat semua tu masa pindah gambar..

7 commentaires:

Anonyme a dit…

mu nak gi holiday doh ke?
aku pun, tak sabo nak cuti 2 minggu nih!!!! :D

a walk to remember sangat best, even aku tak pernah habis bace, tp cite die memang best :)

Anonyme a dit…

dude,try ps i love u,q romantic n lagi bez dr a walk to remember.i read those books.where rainbow ends pun shud try.nway,g jln2 smp lupa something ek?hehehe..take care

Anonyme a dit…

cool!

bonnes vacances

Anonyme a dit…

tapi kan
birokrasi arab mmg cam tu
aku pernah pergi mesir
check mata kat doktor mata sbb nk buat speck
buang masa giler
siap buat teh, check satu mata, makan, check mata satu lagi
lama giler

tapi aku ni jenis sabar dan tak berkira
aku buat biasa je la

ada skali tu time transfer dari feri ke tanah besar, lama giler tunggu beg keluar... mmg slow la buat kerja..

haihhhh
selamat bercuti...
aku pergi marocco 9-16jun nanti.. insyaAllah

Anonyme a dit…

beta mahu membangunkan kerajaan islam baru.. tlg support beta.. sile laa click website ini..
http://mujahid.myminicity.com/ (plzzz)

Anonyme a dit…

salam,,,menarik sungguh perjalanan. Tulah kerenah birokrasi yang memang kadangkala menyusahkan kita.

One more thing yang menarik adalah sikap dan perangai umat islam sendiri yang x pernah menggambarkan keindahan dan kesyumulan Islam. Sepatutnya umat Islam amat2 menjaga adab dan tingkah laku agar tidak menjadi perbualan buruk orang lain. Lagi sememangnya Allah mengingatkan kita gar sentiasa bersikap rendah diri, berkata lembut dan dan tidak angkuh.

Wallahualam,

Orang soton uk.

victoire a dit…

@ khazinatul takle log in! pourqui?
Balik doh pong nih..
sebab cuti, dok pasal-pasal aku terhabis bace 2 novel.. ha ha ha

@ mia
he he he..
mane buleh lupe awak walo sejenak.
setiap nafas saye ingat awk =p

@ wenkt
aku kat Marrakech makin jelas nampak benda nih..
Nanti aku cerita!

@ mochenkt
Insya Allah Chenkt..
Bagus2, nanti aku jenguk!!

@ almuhandisi
wasalam.
tu lah, kalau perangai macam gini macam mana nak tarik minat mereka.
kerja tak profesional, sedih tengok.
bukan nak kutuk bangsa mereka, tapi melampau sangat tak hormat orang.
kalau berniaga, ramai suke menipu.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?