mercredi 2 avril 2008

Bila April tiba, hati mula berkata...

Heh, bienvenue Avril!

Akhirnya kita masuk bulan April, bulan keempat tahun 2008.
Alhamdulillah dipanjangkan umur kita sampai sekarang.
3 bulan pertama 2008 telah berlalu 2 hari lepas.
Semalam 1 April, kelas sampai pukul 7 dengan ujian, lupa April fool.

Yang aku tahu, bila semua ujian sebelum cuti dah tamat, cuti dah dekat.
3 jam kelas Fabienne esok pagi, lepas tu terus cuti!
Ada lagi kelas Matematik pagi Jumaat, tapi dengan Jean Francois je. Hehe.

Apa aku nak bebel ni, dah lupa lah pulak.
Nanti aku ada idea aku tulis balik la ok.
Yang pasti semalam aku gembira United menang 2-0 lawan Roma.
Dan Chelsea lahanat kalah lawan Fenerbache, kelab negara Islam, Turki!

Haa, baru ingat apa nak bebel.
Bila sebut negara Islam, teringat video jahanam orang Belanda tu.
Bila sebut video, teringat Youtube!

Yang nak ceritanya, semalam aku tengok Dunia Baru The Movie, hehe.
Ya aku tahu aku ketinggalan zaman sebab baru tengok.
Dah nak buat macam mana internet aku ada 'firewall' tak boleh muat turun filem.

Ceritanya gini, semalam aku nak buka Youtube nak tengok Ronaldo cakap Bahasa Inggeris.
Kan dia orang Portugis, aku nak tengok video dia cakap masa mula masuk United.
Masuk je Youtube, aku lalu laman aku, aku tergatal tangan buka langganan aku.
Kan dulu aku langgan siri Dunia Baru yang 'Irrinad' ke apa nama dia letak dalam tu.

Dia ni pelajar Malaysia kat Amerika Syarikat.
Aku tengok Dunia Baru tu jasa dia lah yang letak dalam Youtube tu.
Dan semalam baru aku sedar dia letak Dunia Baru The Movie.

Aku yang mulanya nak tidur, tak jadi tidur sebab nak tengok.
Dah meluap-luap dari hari tu lagi nak tengok, ni dah ada mana boleh lepas.
Lagipun pagi tadi kelas mula pukul 10, boleh tidur lama pagi tu.
Filem tu boleh tahan lah, tak lah sedap sangat.

Yang seronoknya, aku tengok video temubual Ronaldo di Youtube.
Kelakar dia masa mula masuk United, orang tanya dia 'confidence' dia tak tahu.
Sengih kerang busuk dia, lawak. Tengok lah dalam Youtube.

Tapi kalau tengok video baru, dah makin bagus Bahasa Inggeris dia.
Sedap dengar dia cakap walaupun tak betul sangat.
Sebelum aku dengar dia cakap, aku tak suka dia.
Sebab aku tengok dia macam sombong, penting diri sendiri je atas padang.
Tapi bila dengar dia cakap, aku makin suka dia. Tak macam aku sangka dulu.

Aku terbaca satu blog orang Perancis, dia tulis dalam Bahasa Inggeris.
Lawak sebab dia tulis macam dalam Bahasa Perancis.
Habis semua yang 'it' dia guna 'his' atau 'her'.
Kan dalam Bahasa Perancis ada jantina, dia ingat sama lah dalam BI.

Aku tak kata aku bagus ok. Cuma nak cakap seronok baca.
Tak kisah lah orang Perancis tak pandai Bahasa Inggeris pun.
Sebab bahasa mereka pun digunakan dengan meluas seperti Inggeris.

Video yang Fitna tu pun aku dah tengok. Kurang ajar betul mamat yang buat.
Bodoh betul, apa dia ingat semua orang Islam pengganas, jahat ke.
Sia-sia jadi ahli politik, pemikiran bodoh tak bertamadun langsung.

Apa dia tak takut ke kena tembak mati di tempat awam macam Van Gogh tu.
Takut aku baca kisah tu, tapi siapa suruh celupar sangat kan Van Gogh tu.

Baru aku sedar, semester ni kelas aku sampai lewat petang 3 hari seminggu.
Isnin, Selasa dan Rabu aku balik lewat petang, pukul 7 petang baru habis kelas.

Macam hari ni, kelas Kimia mula pukul 10 pagi sampai 12 tengah hari.
Kemudian pukul 1 sampai 5 ada praktikal amali Kimia dan Mekanik.
Pukul 5 sampai 7 ada kelas Bahasa Perancis.
Agak meletihkan lah.

Selasa paling letih sebab mula jam 8-10 kelas Mekanik diikuti 10-12 Kimia.
Jam 1315-1615 Matematik Fabienne, 1645-1845 tutorial Matematik.
Mula awal pagi habis lewat petang dengan semua kelas sakit kepala.

Kalau Isnin, mula jam 13-16 Matematik Francois je.
Kemudian Bahasa Perancis jam 17-19, otak santai, tak tekanan sangat.

Hari ni pun petang kelas bahasa, santai lepak je.
Tadi kena bentang kat depan lepas dengar video kat internet.
Sebenarnya video dengar minggu lepas, kena buat rumusan.
Tapi tak sempat kami rumus kat depan hari ni.

Aku minggu lepas tak dapat tengok video tu, mula gelabah reka cerita nak bentang.
Cerita rekaan aku menjadi, ha ha ha!

Aku cerita pasal arsenik, racun yang berguna tapi bahaya.
Aku cakap kat cikgu aku yang aku tak dapat tengok video tu.
Alhamdulillah dia faham, dia kata tak penting pun video tu.
Cuma nak tengok cara kita bercakap dan sampaikan sesuatu kat depan.

Alhamdulillah, bangga aku dia puji aku cakap tak ada 'accent', hehe.
Kira macam orang Perancis la. Isk, tak baik cakap macam ni.
Tapi apa salah kadang-kadang untuk motivasi diri kan.
Aku gembira sebab dia cakap macam tu walaupun aku tak dapat buat kerja dia tu.

Sekarang aku suka makan madu. Madu bunga apa entah. Bukan madu lebah.
Tapi warna dia macam madu ratu lebah atau 'royal jelly'.
Warna macam kuning susu gitu.

Aku makan 1 sudu sebelum pergi kelas pagi.
1 sudu lepas makan tengah hari dan satu lepas makan malam.
Abah aku lah yang ajar bagus madu ni.

Dah la sedap manis dia. Ikut hati mahu aku ratah habis terus. Hehe.
Tapi mati kepanasan kan nanti, kena lah bersukat kan.

Ok lah, sampai di sini dulu buat kali ni.
Jumpa lagi di lain tulisan Insya Allah.

4 commentaires:

Anonyme a dit…

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

Anonyme a dit…

aisyeh
aku byk giler kene April Fool
aku tak terasa sbb mmg kerja aku cam tu
hahaha

i dont care

fsj a dit…

waa,cikgu kate tade accent terengganu ke? heheh

aku try tgk vid fitna kat youtube, tp takle, die kate tgh maintenance la, pastu vid tu kene flag la, aku nak tau gak ape ke sebenarnye,
mu dah tgk dunie baru ke?
kat youtube gak ka?waa!! biar rama kate tak sedap mane, tp aku teringin gak nk tgk. lg ketinggalan :p

victoire a dit…

@ wenkt
isk.. aku tak sempat nak kene weh..
dari 8 pagi sampai 7 petang dalam klas..

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
ye dok knal accent ganu.. ha ha ha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?