Sekali Khamis baru ni aku derma darah, dan hari ni, Sabtu ada aktiviti.
Mulanya di sini..
Hari Isnin lepas aku ada kelas Bahasa Perancis.
Masa tu kelas aku dengan Prof Eric Montero.
Tetiba ada 2 orang awek Perancis yang boleh tahan cun datang kacau kelas kami.
Awek ni tengah promosikan projek komunikasi mereka.
Mereka dari satu kumpulan 4 pelajar jurusan pengurusan.
Nak buat permainan ala 'Amazing Race' gitu, dalam Centre Ville de La Rochelle.
Kami pelajar Malaysia tanpa segan silu mendaftar.
Antara sebabnya tertarik dengan budak yang datang promosikan benda ni.
Aku tak kata aku salah seorang ok, hehehe.
Aktiviti ni antara keperluan kokurikulum mereka lah kot.
Akhirnya pada Khamis malam mereka telefon tanya jadi tak, aku jawab ok.
Akhirnya hari ni hari Sabtu seperti yang dijanjikan.
Semalam aku tidur lewat, telefon keluarga aku di Malaysia.
Maka pagi ni aku bangun agak lewat, jam 10 pagi lebih kurang.
Janji pukul 1030 di Place de Verdun, pusat bas La Rochelle.
Oleh sebab aku Melayu, aku sampai sana jam 11 pagi, siap-siap dulu.
Sampai sana, hampir semua dah ada, ada lagi 7 orang saja tak sampai.
Aku ni kira yang terakhir sampai lah pagi tadi.
Kami semua ada 30 orang lebih kurang, bahagi kepada 5 kumpulan.
Kumpulan aku ada 5 ahli termasuk aku.
Aku dari Malaysia, seorang dari Maghribi, Perancis, Greece, Sepanyol dan New Caledonia.
Nak tentukan siapa dapat mulakan, kena jawab teka-teki.
Permulaan buruk, sebab kumpulan aku kedua terakhir dapat jawab, hehe.
Kami berpusing sekitar La Rochelle dari jam 11 hingga 1 tengah hari.
Mencari penyelesaian teka-teki lah.
Habis semua orang di jalanan, dalam kedai kami serbu.
Sebab mereka kami dapat jawab banyak, mereka lebih tahu.
Soalan berkaitan dengan bangunan, sejarah La Rochelle.
Mesti lah pekerja kedai tahu dulu bangunan kedai mereka tu apa kan.
Pukul 1 tengah hari kami berkelah di taman, rehat makan tengah hari ramai-ramai.
Aku makan kek dan buah je sebab sandwich babi yang dia bagi.
Tak kan lah aku nak makan kan, hehehe.
Budak Maghribi kumpulan aku tu pun sama, dia tak makan.
Lepas makan, mula balik jam 2 petang sampai 4 petang.
Sebab permainan ni aku akhirnya berpeluang memasuki 'Tour St. Nicholas' ni.
Yang aku maksudkan tu paling kanan dalam gambar.
Ni lah 3 menara lambang La Rochelle.
Kalau bukan sebab permainan ni, mungkin tak masuk sini kot saja-saja.
Sebab ada klu teka-teki dalam menara ni.
Tangga dia sangat curam, seronok lah masuk dalam.
Menyesal tak bergambar banyak-banyak kat dalam.
Pemandangan dari atas menara tu sangat cantik, indah sekali!
Sepanjang permainan, aku borak dengan ahli kumpulan aku.
Semua baik-baik dan ramah.
Yang dari Greece tak berapa pandai cakap Perancis dan Inggeris.
Tapi kami tetap beramah mesra, hehe.
Tamat permainan pukul 4 petang, aku ke stesen tren tukar tiket aku.
Aku beli tiket ke Paris untuk cuti, nak tukar masa perjalanan.
Lepas tu singgah Mediatheque baca L'equipe, kemudian balik bilik.
Balik solat Zohor dan Asar, letih sangat, banyak jalan kaki hari ni.
Rasa nak tidur je, tapi nanti pukul 6 petang ada majlis penamat.
Aku gagahi diri ke sana untuk hadiri majlis tu.
Di majlis kami borak, makan dan minum sama-sama.
Kali ni baru seronok, ada piza yang tak ada daging. Baru boleh makan.
Mamat Maghribi tadi, masa orang bagi sandwich babi dia tak makan.
Tapi bila orang bagi cuba sejenis arak macam 'cognac' dia layan pulak.
Aku tanya dia, kenapa tak makan babi tapi minum arak, hehehe.
Dia jawab dia tak makan babi je. Lagi apa aku tak ingat.
Apa-apa saja lah, huhu. Na'uzubillah.. Minta jauh.
Ada sessi bergambar, penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan.
Kumpulan aku dapat tempat keempat, nasib baik tak terakhir, hehe.
Hadiah dia kira ok lah untuk suka-suka.
Baucer piza percuma dan sandwich di Subway percuma.
Diiringi satu kondom, daun terup dan lapik cawan, hahahha.
Bagi aku, kumpulan 4 orang pelajar yang adakan aktiviti ni berjaya.
Dengan ahli cuma 4 orang, mereka boleh dikira berjaya adakan aktiviti ni yang disertai lebih 30 orang dan menarik penaja untuk aktiviti mereka.
Seronok, aku suka aktiviti ni. Daripada duduk saja tak ada kerja.
Walaupun letih sangat, aku tetap gembira.
Aku balik rumah sebelum pukul 9 malam, dah letih.
Balik bilik lepak, telefon orang kat Shah Alam, sembang saja.
Ok lah, sampai di sini dulu untuk kali ni.
Nak bersantai rehatkan diri.
3 commentaires:
"Oleh sebab aku Melayu, aku sampai sana jam 11 pagi,"
haha, lawak dowh :P
amboi mung, lumayang nye hadioh sek die wi, hahah
canteq la la rochelle!! aku jatuh cinte tgk bangunan lame ngn rumput hijo2 ni. lawo!
salam. aah. mmg ramai cmtu. x makan babi, tapi makan daging/ayam x halal. uhu ...
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
cantek memang cantek..
tapi aku x tahan angin kuat sangat.
tepi lautan atlantik ekpon. huhu
adioh dia bley tahan aa.
subway sandwich 30cm tuh 7€ gop.
@ aishah
yup, memang ramai islam camtu.
tapi yang ni heran sebab mamat ni dibesarkan di MAroc.
kalu besar kat France lain kire.
Enregistrer un commentaire