jeudi 24 avril 2008

Satu lagi hujung minggu bakal menjelma.

Sejak masuk kelas balik lepas cuti, jadual kami agak lapang.
Amali mekanik dan kimia Rabu petang batal.
Kelas Matematik Khamis pagi pun batal.

Yang Rabu batal sebab prof semua ada mesyuarat.
Khamis sebab kelas kami dengan Fabienne dah habis.
Minggu depan baru mula Matematik dengan Francois.

1 Mei ni cuti hari pekerja, jatuh pada hari Khamis.
Kemudian ada cuti 8 dan 12 Mei, Khamis dan Isnin.
Pihak pengurusan bagi cuti jumaat 9 Mei, jadi hujung minggu 5 hari.
Aku tak tahu lagi apa nak dibuat sepanjang 5 hari tu. Mesti tidur dan rehat.

Semalam petang aku pergi tandas kat Mediatheque Michel Crepeau.
Aku memang tak silap masuk, memang tandas lelaki yang aku masuk.
Tapi ada sepasang, lelaki dan perempuan keluar dari 1 jamban beb!
Musykil aku apa mereka buat, hehehe.

Tak kan kat Perancis pun romen dalam tandas kot.. Hehehe.
Banyak gak tisu mungkin peninggalan mereka dalam tandas tu. =p

Malamnya sakit hatiku tengok United main.
Permainan membosankan, macam lawan Lyon di Gerlang hari tu.
Entah kenapa kalau main di tempat lawan di Eropah, mesti bosan.
Harap rekod kemenangan di Old Trafford berterusan lah.
Rasanya mereka menang 10 atau 11 perlawanan berturut-turut di situ.

Ok, cukup dulu tulisan pendek dari aku ni.
Lain kali rajin nak sambung cerita cuti aku baru ni.
Tak cerita lagi kisah di Barcelona dan Madrid!

3 commentaires:

ihaveissues a dit…

mantap.

saje singgah. hehe

Anonyme a dit…

hahaha
jom join aku kt paris

victoire a dit…

@ ihaveissues
thanks a lot for visiting.
sape ni ek?

@ wenkt
tunggu bapak aku jadi tokey sncf aa. hehe
kene berjage2 kewangan ni.huhu

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?