lundi 28 avril 2008

Selamat hari lahir sayang.

Pertamanya, Alhamdulillah, segala puji pada Allah yang masih hidupkan aku.
Dia bagi lagi aku pinjam segala nikmat dunia ni.
Aku harap hidupku akan lebih berjaya dan diberkati-Nya.

Akhirnya umurku genap 20 tahun.
Kata orang putih, 'I reach another milestone in my life, of being a twenty-year-old and no longer a teenager'.
Betul tak ayat dan istilah aku? Aku dah tak belajar English, cakap hentam je sekarang.

Sampai sekarang aku rasa agak sukar nak terima hakikat dah berusia 20 tahun.
Rasa diri ni macam budak sekolah belasan tahun lagi. kembalilah kau ke dunia nyata, terima lah hakikat.

Aku pun kering idea tak tahu nak bebelkan apa kali ni.
Oh ya, terima kasih tak terhingga pada semua yang ucapkan untuk aku.
Dalam Friendster ada dekat 50 komen dan mesej hari lahir belum balas.
Nanti cuti Khamis ni aku balas setiap satu, aku amat hargai semua ucapan.

Ni baru jadi aku, aku tak boleh bayang macam mana orang terkenal balas surat peminat.
Tak hairan sampai upah orang tolong jawab, hehehe.

SMS pun banyak dapat, tak dilupa dari Teacher Salmi cikgu BI aku di Tok Jiring.
2 tahun dia ajar aku di sekolah, 2 tahun aku bawah tunjuk ajar dia dalam pasukan bahas ala parlimen SMKA Tok Jiring.
Dan 2 tahun itu, 2004 dan 2005, aku sambut harilahirku di atas pentas bahas.
Diiringi kemenangan bertatahkan takhta 'best debater', hehehe.

Sebab tu lah aku sangat obses dengan pasukan bahas kami ni.
Sebab ini bukan sekadar pasukan bahas ala parlimen Bahasa Inggeris.
Aku belajar terlalu banyak, lebih daripada sekadar memutar belit fakta.
Buatkan fakta sendiri yang salah nampak betul, fakta lawan yang sememangnya betul jadi nampak salah, heeheh.

Masih ingat lagi, pagi sebelum naik kereta Teacher Salmi ke tempat lawan.
Kami sepasukan makan kek hari lahir aku dulu.

Satu lagi aku obses dengan bahas ni, sebab benda ni lah yang bersihkan nama aku.
Dulu kat sekolah, cikgu, rakan semua pandang hina kat aku.
Aku pernah kena buang sekolah masa tingkatan 2.
Sebab pertama, kena tindakan disiplin masa tingkatan 1, kantoi panjat pagar asrama.
Kemudian tingkatan 2 kantoi rokok. Tuhan saja tahu macam mana.

Tak pasal-pasal leter pasal bahas ni lagi lah pulak.

Semalam yang pertama ucap sudah tentu lah buah hati aku.
Masa tu aku kat padang bola, sebab pukul 12 malam Malaysia sama dengan pukul 6 petang Malaysia.
Dia telefon, sempat lah borak jap. Siap main aku telefon balik.

Hari ni dia dah pergi BTN, tak dapat nak borak di telefon.
Rasa janggal hidup aku sehari tak telefon dia.
Nak hilangkan rindu, aku makan biskut dia buat. Dah nak habis.
Dia bagi masa aku nak balik September hari tu. Ada sekeping je lagi.

Aku pelik kenapa aku tak pernah puas atau bosan dengan dia, hehe.
Padahal kami borak benda sama saja setiap hari.
Bertukar cerita pasal apa yang dibuat sepanjang hari.
Tanya ada masalah, kalau ada kami bincang dan saling nasihat menasihati.

Dah nak masuk 3 tahun kami ulang benda sama, tak pernah bosan.
Aku harap sehingga ke akhir hayat akan begini, Insya Allah.

Dia lah cinta pertama aku dan aku ni bukan jenis main-main bab ni.
Bazirkan masa, wang ringgit dan sebagainya je kalau main-main.
Kalau bercinta biarlah sampai ke jinjang pelamin.
Dan Alhamdulillah, kami berjauhan, makin kuat rasa rindu. France-US.

Aku nak sangat ibu bapa aku tahu pasal kami.
Tapi mereka jenis tunggu dan lihat, tak ada nak tanya.
Aku tahu mereka tahu pasal aku dan dia. Saja buat tak nampak, hehe.

Tapi ibu bapa dia dah kenal aku, dah beberapa kali kami jumpa.
Setiap kali aku balik ajak makan kat rumah.
Hari tu sebelum balik Perancis mereka belanja makan kat luar.

Ibu bapa dia tahu, bukan dia yang gatal mulut bagi tahu.
Tapi mereka yang tanya dia.
Tak kan aku nak gedik bagi tahu ibu bapa aku kan.
Dia datang rumah masa raya pun mak bapak aku tak tanya, hehehe.

Aku sebenarnya dah kenal sangat cara ibu bapa aku ajar anak.
Dan mereka sangat sayangkan puteri tunggal mereka, ha ha ha.

Macam mana ni nak tulis pasal hari lahir tak pasal-pasal melalut.

Sebab hari ni kelas sampai pukul 7 dan esok kelas awal pagi, malas aku nak masak.
Aku beli lah sandwich Subway yang 30cm tu.
Gila besar sampai aku boleh tak habis, makan tengah hari esok lah.

Masa nak beli, aku tanya dia yang tak ada daging.
Dia cadang yang guna macam falafel tu, aku jalan lah.
Dia tanya tak makan daging ke? Aku jawab aku Islam.
Kemudian dia tanya, Melayu ke? Terkejut aku. Dia kata 'aku lapar'. Hahaha

Katanya dia kawan Alan. Senior kami di La Rochelle ni.
Sini orang Malaysia cuma 15 orang sahaja, semua aku kenal lah.

Ni lah Perancis, tak ramai orang Malaysia macam di UK, US, Australia, New Zealand, Mesir atau Jordan.
Seluruh Perancis ni, orang Malaysia tak sampai 500 rasanya.
Kalau di UK, jumpa orang Malaysia macam kebiasaan.

Tadi belek pasal bola, tertengok nama Alessandro Del Piero.
Seorang pemain bola kegemaran aku, idola aku di atas dan luar padang.
Aku tersenyum seorang diri, teringat akan SPM kertas Bahasa Inggeris aku.
Aku pilih karangan yang suruh aku tulis pasal orang yang aku nak jadi dan kenapa.

Aku tulis lah nak jadi Del Piero tu, lawak lah bila ingat balik ni.
Sebab selain dia bagus main bola, dia kaya, ada ijazah, baik.
Dia bukan jenis berfoya-foya. Dia suka bantu orang miskin.
Atas padang pun dia pemain 'gentleman'.

Lepas jawab, baru aku menyesal tulis pasal mamat Itali ni.
Sebab untuk GCE-O level kan orang Inggeris yang tanda.
Takut mempengaruhi markah aku lah.
Kan Itali-England bersaing kuat dalam bola sepak.

Balik pada ulangtahun ke-20 aku.

Aku harap hidup aku akan lebih baik secara keseluruhannya.
Agar aku dapat baiki diri ke tahap yang lebih baik.
Aspek ibadah pada Allah, belajar dan sebagai seorang manusia, hamba Allah.

Juga selamat hari lahir pada ayah Art, ayah mentua Kak Faizah Poitiers.
Hari lahirnya juga jatuh pada 28 April.

Satu lagi aku tahu tarikh lahir sama ialah Saddam Hussein, hehe.

24 commentaires:

fsj a dit…

waaaahh panjang entry ini, banyak ininye, kot mane aku nak komen dulu r?

camnila, aku komen yg ni dulu--> mu tak jawab aku tanye ape maksud negaraku? aku nak tau, sampai ati mu. haha..

aku dah wish mu birthday kan :p
ape ape pun, selamat ulangtahun lagi sekali, semoge mu capai impian, murah rezeki, berjaye dunie akhirat,
bagusla mu serious dgn mia ye name nye :D, jgn main2kan ati perempuan, aku tau mu tak gitu, k, belajo betol lu, kekgi nak tanggung anak dare org plak :D

AISHAH roslan a dit…

Salam.well well well.hepi bday! smoge pnjang umur dan dmurahkan rezeki ... amin ;)

ihaveissues a dit…

pakar pelompat blog. [boleh ke camni?] lantak la.

ajari daku bahasa perancis. chewah.

Anonyme a dit…

selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat :)

shinichi a dit…

baru ni ada ptandingan bahas..sheikh malek kaloh ngn tok jiring kat peringkat negeri.cis.

silversarina a dit…

Happy Birthday !!

Semoga diberkati sehingga akhir hayat .

Pengalaman makcik , anak yang bagitau dia dah ada teman wanita dan makcik ambik masa juga nak 'test' bakal menantu, baru bagitau sendiri kat bakal menantu yang makcik sudi terima dia jadi ahli keluarga kami .. so now, I'm the happiest MIL since I love my DIL as much as I love my son.

Camille a dit…

slamat hari lahir

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
haa.. tu biarlah rahsia.
aku malas cakap, kalu dapat tau nasib aa.
nway aku pun arap sume akan berjalan lancar macam perancangan, Insya Allah, amin!

@ Aishah
thanks alot! harap sume makbul, amin!

@ ihaveissues
nk blajo french?
gi bonjour.com.. hehehe

@ angel baik
Terima kasih banyak..
di harap segala doa tu termakbul Insya Allah. amin!

@ duang
tengok aa skoloh sape.. hehehe

@ silversarina
ohh, anak ,akcik ke yg bgtau dulu?
malu la pulak nak mula cakap.
satu ag sebab saye ni anak sulung, takde abang atau kakak untuk study dari mereka, hehehe.


@ k
merci beaucoup!

Anonyme a dit…

uit uit..slmt hari lahir..

A s h i k i n a dit…

hoho..
tulis pasal makwe pulak
tp b4 tu
happy bday!
aku lupe nak wish
tp tape..ur just getting another year older
there is nothing so amusing bout that isn't it?
haha

mmg org arab kasar. aku pun xske. =[
and yes, mu memang sgt obses dgn pasukan bahas.=p

berbahagialah keanak cucu n cicit kalo sempat

victoire a dit…

@ bpboyz
hehehe.. mekasih banyak en padil!

@ kayne
thanks alot!
mase rindu gini aa tulis pasal ye.
another year older.. yup
still lil bit shock to accept the reality of not a teenager anymore.
hehehe

arap bahagia macam tu.. amin!

Anonyme a dit…

hye kamu!
im back!lotsa story to share bout BTN wif u.lotsa things to laugh at.haha..

nway,hepi bufday.hey c'mon,20 is just numbers.but dat also means u gotta lot more responsibilities.

im glad im home aka in college now.missing my bed soo much..
missing u also my mushroom
hahaha..

nway,lotsa luv.
p/s:blik msia cpt klo nk my cookies lagi k?
*wink*wink*

Anonyme a dit…

TQ lawat blog buruk aku.

Selamat ulangtahun juga bro. moga kuat iman, tambah amal dn makin ensem. hehe

Izyan Izzaty a dit…

happy belated birthday.=)

Mazarina a dit…

ooo...debater rupanya...bahaya neh...karang silap fakta kena panah...hehhee...amek ape kat france?engine?

victoire a dit…

@ mia
heey.. ni ugut ke ape nih??
do or die i want ur cookies.. hehe
jz cant back to be home dear.

@ cikgujawe
hehehe.. mekasih banyak cikgu..
kalu blog cikgu buruk..
yang ni 100x lagi buruk.. hehe

@ izzyzatt
mekasih banyak! err..
camne sesat sini? hehe

@ mazarina
amik engine sini..
takpe, kite pangkah gasing je.
dun wori, da tak pangkah orang. hahaha

thanks for visiting everyone!!

fsj a dit…

k-riey, kapan mu nak update blog?
lapan juta kali aku view, tade lagi enrty baru,pantas donk, aku penat ngn asgmtn ni, nak gak seskale relieve bace entry weh :D

NuRuL a dit…

salam kenal ya..owh..besday awak..hapi besday walaupon dah terlambat :)

victoire a dit…

@ K H A Z I N A T U L A S R A R
aku sibuk sket baru ni..
ni baru dang updet..

@ cikgu nurul
salam kenal gak..
mekasih banyak laa.
kate orang melayu, bait lambat dari tak langsung.. hehehe

HafizAdam a dit…

seminggu beday ko baru ak nk nyepe sini kejap..
haha

dh puluhan ko kriey, ak jugak yg still TEENs..
org kate kanak2 riang ribena lagi..

hoih ak balik 9/8 nih..
ko blik x?

victoire a dit…

mu budok dok mayit.. hahahaha
bakpe lewat ngat balik?
aku balik awal julai

HafizAdam a dit…

exam abih hujung bulan6 tp tiket bln 7 abih..
fras nunggeng kejap..
yg ade sume first class..

Nurul Nadiah a dit…

happy birthday ya!

victoire a dit…

@ sesc
sape suh mu dok reserve awal. wakakaka

@ nadia yuna
thanks a lot!

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?