Today, i am exactly a week away from my 20th birthday.
I am going to leave this so called exclusive club of TEENagers.
Just cannot believe that i am going to be twenty years old.
Now i can remember my moments back in 1998 quite well.
But back in 1998, i cannot remember my life back in 1988.
So that is why for me, bigger i am, faster time moves.
Cause the bigger i am, the better i remember my old days.
Tak ada apa nak mencarut, saja tiba-tiba rasa diri ini semakin tua, bukan matang.
Entah mengapa, aku rasa kualiti kematangan berkurang di hari ini.
Aku rasa budak umur 19 tahun di 2008 tak sematang budak 19 tahun di 2006.
Dan seterusnya, semakin sebelum, semakin matang.
Pening nak faham, tapi aku tak tahu macam mana nak terangkan.
Aku dapat rasakan, dan aku rasa pendapat aku betul.
Aku ada hujah, ulasan dan penerangan yang bagi aku sangat kuat.
Tapi macam biasa, tak boleh didedahkan pada umum lagi.
Sebab akan huru hara hidupku. Pendapat penuh kontroversi, hehe.
Cukup dulu aku leter pasal umur.
Baru ni hari Sabtu aku ke rumah Cikgu Art dan Kak Faizah di Poitiers.
Hajat di hati nak tengok puteri terbaru mereka, Illayda Anaiis.
Sebut Anaiis, teringat aku lagu 'Mon coeur mon amour'.
Penyanyi lagu tu nama dia Anaiis juga. Lagu agak rancak, nakal, sedap!
Tren ke Poitiers aku ambil pada jam 1056 pagi.
Ni kali pertama dalam seumur hidupku hampir 20 tahun, aku tengok orang beranak.
Sebelum ni kalau tengok, pergi dengan mama, bukan 100% niatku.
Adat mama tengok orang beranak dia bagi hadiah. Aku kena ikut, hehe.
Tren aku pukul 1056, kedai buka pukul 10.
Secara logik akalnya memang tak sempat aku ke pusat bandar.
Tapi akalku boleh tahan pandai pagi tu.
Aku terfikir, dalam perjalanan ke stesen tren ada akuarium La Rochelle.
Mesti ada barang bayi di situ, dan memang ada beb!
Bukan main aku, kali pertama ni, ha ha ha.
Bukan setakat sempat beli hadiah, malah aku sempat balik bilik.
Baru sedar aku tertinggal 'earphone' nak dengar lagu dalam tren.
Kalau tak bawak, sia-sia aku masuk lagu baru semalam!
Bayangkan aku berkejar-kejar di pagi yang panas tu. Badan berpeluh.
Aku dengan samsengnya naik tren kelas pertama walau bayar kelas kedua.
Sebab kelas pertama kosong, tak ada orang.
Aku tengah panas ni apa lagi, buat kerja tak senonoh lah. Ha ha ha.
Jangan pandang serong, sebab tak ada orang kat situ.
Jadi bolehlah aku buka baju ngan jeans tinggal seluar pendek bola sepak je.
Boleh tahan nakal aku hari tu, hehe. Panas sangat duh!
Orang kenal aku tahulah macam mana aku peluh kalau panas.
Sebab tu aku keluar UTP mencemar duli ke Perancis!
Kat Stesen Poitiers, Liew kawan Art tunggu aku sebab bas ada masalah.
Biasa bas terus ke rumah Art, kali ni kena tukar, takut aku tak tahu.
Sampai rumah Art, borak, lepak jap kemudian makan.
Telo a.k.a Aiman dari Paris pun ada.
Ada mak Art dan mak Kak Faizah, anak mereka Wafeeq, Nasreen dan Anaiis sekali.
Makan mi rebus, makaroni bakar dan kuih hijau aku lupa nama, Liew tahu.
Makanan hari tu sangat sedap tak terkata.
Selama ni makan masakan orang bujang, ni profesional buat.
Aku hantu cili, makan pedas taruk cili banyak, puas hati aku nangis.
Lepas makan kami borak, semua yang ada di situ borak sekali.
Macam-macam perkara kami bualkan, sangat seronok jumpa ramai-ramai.
Layan kerenah Wafeeq dan Nasreen sekali, kan aku suka layan budak.
Lagi-lagi budak comel macam mereka, hehehe.
Petang aku balik naik tren pukul 5 lebih, Telo pun ikut sekali.
Tak pernah kusangka tren jarak jauh pun boleh kena berdiri tak cukup tempat.
Kurang ajar betul SNCF, tahu macam ni aku tak beli tiket tu, ha ha ha.
Separuh perjalanan kami berdiri, nasib baik tak jauh. Sambil borak.
Sampai La Rochelle, nak main bola tak berbaloi sebab hujan dan dah lewat.
Ed datang jemput Telo kat stesen, kami tengok bola di Irish Pub.
Lepas tu aku balik solat, kemudian kami ramai-ramai makan couscous.
Memang kenyang makan sedap aku sepanjang Sabtu tu, Alhamdulillah.
Ahad tak ada apa yang menarik, macam bisa sahaja. Malas tulis.
Cukuplah cerita pasal Sabtu sahaja untuk hujung minggu.
Hari ni kelas mula balik, malasnya diri ini, huhu.
Oleh sebab kelas mula pukul 1, aku bangun lewat.
Telo datang bilik aku lebih kurang pukul 11 pagi tu, kesian dia bosan.
Lepak, sambil aku masak kari ayam untuk makan tengah hari kami.
Lepas makan aku ke kelas, dia balik rumah Ed. Dia balik Paris petang.
Lepas kelas Matematik, aku ke kelas Bahasa Perancis.
Bosan gila yang amat, belajar tatabahasa Perancis. Mahu je aku tidur.
Balik bilik selesaikan kerja Fabienne esok kelas dia.
Ok, aku nak tidur pulak, dah lewat dah ni. Esok kelas awal.
Sebelum tu, aku nak ucap terima kasih banyak kepada Cikgu Art dan Kak Faizah sekeluarga.
Kerana sudi menerima kami di rumah anda dan makanan yang sedap gila!
Insya Allah ada masa datang lagi, hehehe. Kan balik bulan 10.
Ada masa aku tulis lagi, jumpa lagi di lain hari.
Oh ya, lagu ni sempena tajuk tulisan aku kali ni.
Yang ni versi konsert secara langsung, lagi sedap dari versi studio.
3 commentaires:
k-riey, mane gambo anaiisnye?
bubuh la :D
salam,
Dulu ikut mak melawat orang bersalin, sakarang pergi sendiri...in a few years time orang pulak ziarah isteri bersalin ... that's life ... sweet life !!
@ K H A Z I N A T U L A S R A R
gambor die aku dok snap aritu..
sedap ngat makan ekpon. ha ha ha
@ silversarina
Insya Allah satu hari nanti!
mase berlau terlalu cepat!
Enregistrer un commentaire