vendredi 18 avril 2008

Cuti musim bunga bahagian 1 - Marrakesh akhir!

Pagi ni aku bangun tidur, tengok mamat Jerman sebilik dengan aku dah bangun.
Sembang, berkenalan sebab semalam tak sempat dia dah tidur.
Nama dia Godwin. Baik ah dia ni. Macam aku, pelancong solo juga.
Entah macam mana tak pasal-pasal kami nak jalan sama-sama.

Lepas siap mandi semua, kami pun gerak lah. Makan dulu.
Aku ajak dia makan roti canai madu semalam tu, hehe. Tak tahu nama.
Lepas makan kami cadang nak jalan sekitar istana di Djemma El-Fnaa ni.
Di sini ada banyak istana dan muzium, makam-makam dan macam-macam.





Destinasi pertama kami ke 'Palais Royale'. Istana di raja kot.
Tapi sini dia tak bagi masuk, ambil gambar di taman di luar saja.
Perjalanan ke sini agak jauh tapi seronok sebab banyak taman.

Sebab kami gerak lambat tadi, jadi aku tinggal dia kejap, solat Jumaat.
Aku solat di sebuah masjid lama, sangat kampung dan tradisional.
Tak apa lah, janji dapat Solat Jumaat.
Lepas Solat kami ke sebuah lagi istana aku tak ingat nama.






Sayangnya 2 istana kami pergi ni belum buka lagi.
Aku lupa kami jalan hari ni hari orang Solat Jumaat.
Kami pun jalan balik ke asrama, sebab dia ni ada temujanji.

Aku petang kembali ke Gueliz yang aku cakap semalam.
Aku tak makan tengah hari lagi, jadi nak pergi makan di Pizza Hut lah.
Sedap boleh tahan sebab dah lama sangat tak makan benda ni.
Aku makan Pizza apa dah lupa. Tapi ada kek macam Marble Cheese Cake!
Gembira di hati bukan kepalang. Lama aku tak makan kek tu kat Secret Recipe.







Ni gambar pejabat datuk bandar Marrakesh. Bagi aku sangat cantik!

Lepas makan, aku balik ke Djemma El Fnaa, nak cari cenderamata.
Alhamdulillah dapat aku beli magnet peti, macam biasa kegemaran aku.
Lepas tu lepak makan aiskrim kemudian pergi solat Maghrib.

Ni satu lagi sistem yang agak unik di masjid sini.
Kasut kita letak dalam plastik yang disediakan dekat pintu.
Kemudian letak depan kita masa solat, ada sedia tempat khas.




Lepas solat, aku balik bilik nak mandi dulu sebab badan tak sedap.
Jumpa seorang lagi rakan sebilik, Paul dari Wales.
Muka nampak ganas dengan subang, rupanya baik dan peramah.

Kemudian aku cari makanan untuk makan malam.
Dah makan piza tadi, malam aku makan sandwich kebab saja.
Sambil makan aku main internet di kafe siber.
Lepas tu aku balik tidur, esok nak bangun awal naik kapal terbang kan.

Pagi esoknya lepas mandi aku daftar keluar kemudian makan macam biasa.
Masa jalan nak ambil bas, lalu lah tempat orang jual jus oren yang aku cakap hari tu.
Seorang peniaga panggil aku. Aku pergi lah.
Sebab aku pun nak minum sekali lagi sebelum balik.

Dia cakap 3dh segelas, aku cakap OK, setuju.
Lepas dia buat, aku bagi not 20dh, dia tak bagi baki lagi.
Aku ingat dia bagi lepas aku minum.

Lepas minum dia tak bagi lagi, aku minta lah.
Dia bagi 10dh, aku minta lagi 7dh. Dia kata harga dia 10dh.
Celaka Arab penipu ni. Geram aku gaduh dengan dia.
Lepas gaduh dia bagi.

Aku bukan nak berkira sangat sebenarnya.
Tapi dah cakap 3dh, ikut lah macam dah janji.
Cibai celaka babi ni. Huh. Geram aku.




Lepas tu ambil bas ke lapangan terbang.
Penerbangan ke Barcelona, sampai sana petang.
Lepas ni aku cerita kisah di Barcelona dan Madrid.

Sepanjang 4 hari di Marrakesh, banyak aku belajar erti kesusahan hidup.
Tengok kehidupan sini buat aku bersyukur.
Dah la novel The Street Lawyer tu cerita pasal hidup orang tak ada rumah.

Sangat menyayat hati baca seorang ibu dengan 3 anak kecil tinggal dalam kereta.
Satu malam sejuk, mereka bakar ekzos macam mana entah untuk panaskan.
Akhirnya mati lemas hidu asap karbon monoksida.
Baca sendiri lah kalau nak lagi jelas.

Aku paling benci tengok orang lelaki yang gagah tak ada sakit tapi minta sedekah.
Mati hidup semula aku tak bagi, kata nak kata apa pun.
Lain lah kalau orang tua, atau tak ada upaya nak kerja.

Tapi aku suka tengok ibu bawa anak kecil berniaga kuih.
Sekurang-kurangnya dia kerja untuk dapatkan sesuap rezeki.
Sangat sedih aku tengok, dah lah budak kecil tu comel sangat.
Kuih 1dh pun aku sanggup bagi 20dh kalau orang kerja macam ni.

Tapi walaupun bukan semua, tapi aku lihat setakat aku berurusan dengan orang Arab, mereka TIDAK PROFESIONAL dan tak hormat orang.
Macam hal visa dan aku nak daftar keluar asrama aku tu.
Tak ada lah nak bagi resit bayar ke apa, katanya boleh balik terus gitu je.

Ok, ni gambar masjid Al-Katoubia, sebelum ni menara dia je aku tunjuk kan.


Bawah ni mercu tanda Marrakesh, Djemma El-Fnaa.
Sini macam pasar malam yang aku cakap tu.

6 commentaires:

fsj a dit…

best best, holiday mu memang best :)
ha, pak arab memang suke menipu,
harap muke je ade yg kacak,
tp kaki tipu,
menci aku,
tapi takde r seme.some of 'em la.

kesian la dengar mu cite pasal ibu bawak anak jual kueh tuh, rase cam sedey je :'(

p/s- kalo kite rase kite susah, ade lg org susah dr kite kan..

victoire a dit…

tuh aa. mmg bukan sume.
tapi aku rase mcm sebahagian besor.
aku tengok pun sedih hok jual kuih tu.
tapi at least dia wat sumthing, usaha nk dapat duit.
bukan mengemis, menipu semate2.

Amy a dit…

waa..lame giler k amy tak masuk blog kriey nih...xtau pun yg kriey gi vacances kat marakech...besttt nyer..tp naper travelling sorang2...xde org nak ikut ke??

victoire a dit…

org len mostly da ade plan..
sy pn tgk tiket naik harge cepat so main beli jek..
lagipun bes sorang2 kak.
xyah nk pikir pasal orang..
wat hal sendiri je, hehe.

HafizAdam a dit…

haha kriey..
baru ko tau gane set arab..
tu baru g mlancong..
aku 2 TAHUN duk ngan dorg..
hahaha

victoire a dit…

ha ha ha..
lame doh aku dengor pasal arab nih..
tapi baru alami sendiri.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?