Ni baru rajin balik sambung, kalau tak 'pah ceroh' la kata orang Terengganu.
Malas aku nak tulis banyak, tulis sikit-sikit saja, penerangan bagi gambar.
Mula-mula aku sampai di Lapangan Terbang Barcelona, aku ambil bas ke stesen tren untuk ke pusat bandar. Mula-mula bas percuma ke stesen tren, sebab tiket tren ni baru kena beli. Dalam bas ni ada seorang mamat Argentina duduk dekat aku, borak dengan dia. Baik dia ni peramah, kacak lagi tu. Cakap Bahasa Inggeris pun ok, boleh aku layan borak.
Sampai di stesen tren, rezeki kami hari tu dia bagi tiket tren percuma. Perjalanan 1 jam ke pusat bandar dari lapangan terbang ni biasanya lebih kurang 10€ kalau di Paris. Akhirnya aku berpisah dengan mamat Argentina tadi, aku turun di stesen Barcelona Sants.
Aku bantai turun saja sebab aku terbaca dalam internet, stesen ni macam penting. Rayau di situ, ternampak iklan 'Apple Pie' di McD dia. Gila aku rindu benda ni, kat Perancis tak ada 'Apple Pie' di McD. Aku apa lagi tak cakap banyak terus bantai satu.Lepas tu aku cari tempat simpan beg, letak beg aku dalam almari berbayar tu.
Kemudian terus aku dapatkan peta bandar dan bergegas ke Nou Camp. Siapa tak kenal sarang kuat FC Barcelona ni. Tempat Ronaldinho, Deco, Johann Cruyff, Maradona, Rivaldo dan ramai lagi bintang bola sepak pernah bermain untuk kelab Catalan ni. Oh ya, di sini orang cakap bahasa Catalan, bukan Bahasa Sepanyol.
Ni gambar di luar stadium dan dalam kedai barangan FC Barcelona. Tak sempat masuk stadium sebab aku sampai tu dah petang, dah tutup dah.
Lepas ke stadium, aku ke Sagrada Famillia, sebuah gereja besar yang sangat terkenal di Barcelona ni. Kata orang malam dengan lampu sini sangat cantik. Memang sangat cantik pun, aku setuju sangat. Sempat aku beli cenderamata kat kedai di luar gereja ni. Banyak kedai cenderamata orang India jual.
Sempat aku tumpang solat dalam kedai orang India tu. Lepas tu aku bergegas ke La Ramblas, sini macam 5th Avenue di New York, Champs Elysees di Paris atau Oxford Street di London. Jalan mewah dengan sewa mahal, dikelilingi dengan butik jenama terkenal. Malam di sini sangat meriah, macam kat Bangsar atau Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
Kat Barcelona ni aku lupa nak cari kat mana pusat makanan halal. Biasa setiap bandar ada kawasan banyak tempat makanan halal, macam di sekitar Chatelet atau Gare du Nord di Paris. Jadi di Barcelona aku cuma makan sandwich Falafel dan aku beli keropok serta kek untuk bekal dalam bas ke Madrid malam nanti.
Murah sandwich falafel tu, cuma 2€ satu. Falafel ni macam bergedil sayuran. Dia bagi roti pita dalamnya ada 5 falafel, kemudian kita letak sendiri sayur dan sos sebanyak mana kita nak. Agak mengenyangkan lah makan benda ni. Aku kemudian jalan pusing-pusing La Ramblas ni.
Aku kat Barcelona tak lama, satu hari saja. Cukup sekadar pengenalan, lain kali ada rezeki boleh datang lagi teroka hasil arkitek Gaudi.
Lepas kenyang lepak di La Ramblas aku kembali ke Barcelona Sants untuk ambil beg aku. Bas ke Madrid dari stesen Barcelona Nord pada jam 1 pagi, jadi aku ambil beg pada jam 12. Terkejut beruk aku kaunter dah tutup. Rupanya aku silap baca, beg memang boleh simpan sampai 24 jam, tapi kaunter sampai jam 11 malam saja. Aku ingat kaunter yang 24 jam tu!
Panik aku, bukan main cari polis atau pegawai keselamatan. Mula-mula dia kata tak boleh buat apa, tapi dia kesian tengok aku, aku cerita lah bas aku ke Madrid nanti semua-semua. Dia usaha juga cari kunci kaunter beg tu, akhirnya jumpa. Sangat aku berterima kasih pada pak cik polis tu.
Walaupun aku tak reti cakap Sepanyol dan dia tak pandai Bahasa Inggeris atau Perancis, dia tetap tolong aku. Selamat aku dan beg aku naik bas ke Madrid. Kalau tak, sama ada aku tinggal bas atau aku tinggal beg. Alhamdulillah semua selamat.
Di Barcelona ni tak ramai juga yang cakap Bahasa Inggeris. Bila aku tanya dalam Bahasa Inggeris atau Perancis, selamba badak je dia balas dalam Bahasa Sepanyol atau Catalan. Apa dia ingat aku ni Fernando Jose Altamirano atau Danilo Roldan atau Carlos Alberto Junquera atau Carlos Tevez atau Gabriel Batistuta ke.
Yang aku tahu, aku akan kembali lagi ke Barcelona suatu hari nanti sebab aku belum habis terokainya dan aku sudah jatuh cinta pandang pertama padamu Barcelona! Bukan pada kelab bola sepaknya yang dah kena benam dengan jaringan Paul Scholes sayangku tu.. Hehehe.
Nanti ada masa aku sambung cerita di Madrid ok!
Nak iklan sikit.. Jeng jeng jeng!!!!
Jarang aku letak gambar perasan sekor diri gini dalam blog aku ni. Aku letak sebab ni kali pertama aku potong rambut di bumi Perancis ni sejak hampir 2 tahun belajar di sini. Sebab tu aku letak gambar aku yang rambut panjang baru ni, sebab masa tu dah buat keputusan nak potong. Saja bagi klu lah kononnya.
Bukan senang nak potong rambut sini. Kena buat temujanji, bukan boleh selamba badak saja masuk nak potong terus. Dah la mahal. Kat Malaysia kalau untuk lelaki, RM10 dah mahal, kan biasa bawah RM10. Tapi sini jangan lah harap, untuk pelajar paling murah pun 14€.
Aku dah buat temujanji dari minggu lepas lagi, sebab pagi Isnin saja hari bekerja yang aku tak ada kelas. Mama aku pun macam tahu je aku nak potong, semalam masa telefon rumah aku dia tanya tak nak potong rambut ke? Katanya dah panjang dia tengok. Tengok kat mana, blog ke Friendster? Malu la aku dia baca pasal aku yang kadang-kadang cakap pasal cinta ni, hehehe.
Apa hal pun, antara sebab aku potong sebab nak jumpa mak cik aku, Dr Rashidah Abdul Rahim yang datang ke Nancy untuk pertukaran pensyarah. Dia pensyarah Bioteknologi di USM Penang. Dia pernah jalankan misi di Antartika masa 2003 dulu, terkenal lah kejap keluar masuk surat khabar. Dulu kali pertama aku ke Eropah masa 1999 tu pun berdua dengan dia lah. Aku darjah 5 masa tu kami ke London.
13 commentaires:
kena potong rambut ke bro. haha. camtu dh nampak ensem apa. kecuali le kalau panjang sampai tumit.
tapi rambut pendek pun ok gak.. nampak korporat gitu.
.untuk pelajar paling murah pun 14€.
tu kalau duit malaysia berapa nilai bro.
wah..sakannya awak berjalan yer dik..memang selalu ker dapat tiket percuma tuh...RapidKL bertuah lar nak dapat kan..hehe
owh..baca citer awak pasal rambut baru lar boleh buat kesimpulan apsal ramai budak2 study oversea suka simpan rambut panjang2..hehe.
awahaha! aku igt kn mu ni fernando jose altamirano. haha..
best holiday mung:)
dah potong rambut? terkujat aku, ni antare sebab nk cuti mesia kn?
haaha, aku pun segan kot2 mak aku bace blog aku sbb die salu gak ckp mende yg aku tulis kt blog. wahaha.. kantoi :p
jp, mu gi europe mase tu utk ape? 1999?
OMG! so dz is wat u cal surprise?
hehehe..bravo.u did it very well dear..hey,where did u get d idea of doin dat?u noe i always love ur hair..
ps:i love u.nice hair cut sweetie
@ cikgu jawe
14euro tuh dalam RM70 kot.
tapi kami sini anggap macam RM14 aa sebab dapat elaun pun dlm euro.
tapi still RM14 utk potong rmbut laki mahal kan.
sini takde pok gard atau cikgu disiplin mcm cikgu jawe nak potongkan rambut.. ha ha ha
tiket percume tu utk tren dari epot barcelona ke pusat bandar bandar dia je.
entah apsal tetibe ari tu tiket free. hehe
budak oversea biase la simpan pnjang rambut.
alasan klasik konon sbab sejuk, poorah.
auta semate2.. ekeke
@ fathen
aku lengoh doh copypaste name mu.
aklu kerat ni sbab esok nok gi Nancy jupe mok sdare aku.
mase 1999 tu teman mok sdare aku ni.
dia ade keje sket kat UK tu. 2 minggu je aku gi ngan dia.
sbelom tu dia blajo situ.
nok gi sume satu family bankrap aa.
pok aku saje2 wi aku gi. hehe
@ mia
sebabnye nk jumpe makcik u la weh!
mati terkejut kang dia tgk pontianak turun dari tren kat Nancy nanti.. hehehe
@ nurul
(lupe tulis name, hehe)
tiket percume tu utk tren dari epot barcelona ke pusat bandar bandar dia je.
entah apsal tetibe ari tu tiket free. hehe
budak oversea biase la simpan pnjang rambut.
alasan klasik konon sbab sejuk, poorah.
auta semate2.. ekeke
wah... tambah hensem dengan rambut baru .. rambut panjang tu nampak macam darling makcik masa muda dulu ...hehehe.
best dapat ke spain , 'tumpang melancong ' dengan you jelah .
wei! lg ensem rambut panjang ar. dah potong ni terus nampak poyo je muke, hik hik hik!
***oooo, lec tu makcik anda ghopenyer
owh.. nasib baik dibetulkan nama itu..kalo tak kecik hati I..muahaha. ooo..kirenye alasan sejuk itu hanya untuk cover ke'sengkek'kan nak potong rambut lar ya..haha. Saya ada member kat oversea bila balik mesia terus dicukurnya rambut jadi licin..alasannya panas..ceh..berlagak sungguh!!!
@ silversarina
hehe.. tu aa orang dulu suke sangat rambut panjang.
aboh saye pun dia bukan main marah, suh saye potong rambut.
dia tu x sdo dia dulu lagi dasat
mayb die da jeles rambut dia da kurang kot, hehehe.
isk, kuang hajo punye ank ngumpat aboh dia blakang2. =p
@ hayad
isk, saye botak pun ensem cikgu. wakakaka =p
knal ke lec tuh? err, dlu kat USM ke?
@ nurul
yelaa cikgu..
saye dulu bukan main gune alasan lapuk tu..
tapi bile kat sini baru tau alasan tu takley pakai.. ha ha ha
hehe..
yela mmg dia akan pengsan seyh klo x ptg..hahaha
yela tu comey..
mau macam langsuir.. ngeee
Enregistrer un commentaire