jeudi 15 mai 2008

Carta pie, carta camembert dan daging kambing.

Hari ni tiba-tiba datang ilham nak berleter sikit. Di sini anda boleh lihat bagaimana Khairi ni berleter. Dia memang seorang yang suka berkata-kata. Mulut dan akalnya tak pernah kering dengan idea serta tajuk perbualan yang boleh dibualkan. Tapi awas, mulut budak ni juga boleh menyumpah seranah dengan dahsyat sekali. Tuhan saja yang tahu macam mana mulut dia ni bila dia marah dan geram.

Bak kata dia, kalau masa baik, mulut dia boleh jadi seribu, sejuta, infiniti kali jauh lebih manis dari madu lebah. Dengan kata lain, mulutnya lah benda paling manis pernah wujud di galaksi, di serata alam bukan sahaja di bumi. TETAPI! Haa, ada tapinya. Bila dia ni marah atau geram, mulutnya boleh jadi yang terpahit wujud di tempat yang dia nyatakan tadi. Ada faham apa yang baru dia bebelkan tadi? Kalau tak faham, suka hati anda nak buat apa. Dia tak marah.

Hari ni, tadi dia ni dia baru basuh periuk yang dia guna masak sup kambing semalam tu. Dia geram lah sikit sebab kambing ni lemak dia degil sikit. Haa, ni ilmu baru dia dapat sejak lebih kurang setahun lalu mula belajar di La Rochelle ni.

Kalau dulu, dia kalau makan daging rusa, daging kuda belang ke, daging kuda laut, kuda kepang atau kambing, dia akan cakap rasanya sama je macam daging lembu. Tapi sejak 2 tahun duduk sini baru dia tahu daging kambing ni istimewa, lain rasanya serta sangat sakit hati nak basuh pinggan serta periuk kuali yang diguna untuk masak sup kambing ni sebab lemak dia tu degil dan lebih pejal, susah nak bersih banding lemak dari minyak biasa.

Tapi kesedapan dan nikmat makan kambing mengatasi segalanya. Aroma daging kambing bila dimasak sangat istimewa bagi dia ni. Sedap yang teramat sangat tak tertakrif dengan kata-kata yang ada dalam mana-mana bahasa di dunia ni. Hanya lidahnya sahaja tahu bagaimana nikmat daging kambing tu. Tapi bahaya kolestrol tinggi. Tengok lah ni tak pasal-pasal dia leter pasal kambing. Apalah dosa kambing tu kan.

Gambar bunga ni di ambil masa nak pergi kelas. Suka musim bunga ni, cantik.

Hari ni tiada yang pelik dalam hidup dia, hidupnya macam biasa kelas sahaja. Petang lepas kelas tu, dia layan episod akhir Bella. Dia tak puas hati akhir cerita ni tak menarik. Akan lagi menarik kalau Bella tembak, patahkan kaki kemudian bakar Shah, Zahar dan Faridah tu. Biar sebiji macam mereka buat kat dia tu. Baru kaw-kaw kan.

Tapi dia masih mengejar episod lama yang dia tak sempat tengok, dah sampai episod 30 lebih, dalam masa kurang seminggu tu dia kejar. Dia suka sangat tengok gelagat Farah dan apa nama entah pekerja Bella yang cakap banyak tu, comel kan, ngeee. Satu lagi lawak sangat Faridah mak Shah tu cakap Bahasa Inggeris. Main sebat sesedap hati mak bapak dia je kan.

Orang Perancis makan keju dengan wain, tapi benda tu kan haram, mana boleh kita telan. Dia pun bantai keju tu dengan air teh. Oh ya, sejak belajar Bahasa Perancis di INTEC pada 2006 tu baru dia tahu ada lebih 400 jenis keju di Perancis dan dunia ni. Sebelum ni dia ingat cuma ada keju Cheesedale dan Kraft yang sekeping makan dengan burger tu.



Oh ya, kalau kat Malaysia negara kita, carta yang macam kek tu dipanggil carta pai kan. Sebab kita di bawah pengaruh Inggeris, sana budaya makan pai. Tapi sini orang Perancis panggil carta Camembert sempena keju tu. Bentuk dia pun macam pai kan.

Oh ya, hari ni aku dapat kasut yang kawan aku Arif minta tolong belikan dari internet. Dalam internet nampak hodoh je kasut Replay tu tapi di depan mata cantik gila!

Ok lah, dah malas nak menaip, nak layan Bella episod lama-lama sekarang, hehe. Jumpa lagi!

16 commentaires:

AISHAH roslan a dit…

tgk sindarela n vice versa x? ;)

AK a dit…

dari gaya penulisan dan taipannya, en khairi ini memang nampaknya suka berleter dan membebel... macam2 dibebelkannya... aish!

dan yang paling penting, yang membuatkan beta geram dengan blogger2 ni adalah bila mereka menceritakan tentang makanan! aduh! lainkali tlg letakkan amaran sebelum entry itu... agar yang di sini tak merasa "adeh, lapornya" "ish, sedap ke benda tuh?" dan kemudiannya akan terus meratap kesedihan kerana tidak berjaya memakan...

lebeh2 lagi bila diceritakan mengenai daging rusa, kuda belang, kuda laut, kuda kepang atau kambing itu... yummy!

sehinggakan, gambar keju seketul dengan kesan gigitan itu pown membuatkan beta ingin makan keju! aish!

jadi kesimpulannya, membebel itu perlu dan boleh, tapi jangan bercerita bab makanan!!! hahaha


*ekau ingat ekau sowg je leh membebel??? ini blogger lagi pandai membebel* huhuhu

Anonyme a dit…

mmg mmg
dia suka membebel

Nurul Nadiah a dit…

membebel itu boleh memberi kelegaan!
hoho..
=)

** nape cantek sgt bunge tu? saya geram tao x? waaaaaaaa! chantekkk!

hayad a dit…

weh, yg ko tunjuk tu cheese ek? mcm sdp ar weh. comey kuceng kt mug ko tu. kaler ijo plak tu, mcm blog aku, geram tgk! hahaha

Anonyme a dit…

khairi. bebel2 nih kerja umah dh siap belum. hehe

NuRuL a dit…

uishh..sikit punye panjang dia tulih...agaknya kalau membebel..baper jam mau berenti da???
err..awak masak yer..wah...rajinnye dia..hehe!!!
oh..ya..ghost itu drama melayu ya!!! dekat youtube ada!!!

victoire a dit…

@ aishah
isk, jangan la cadang..
kang ketagih yang tu.. hehe

@ ak_0143
ha ha ha..
tau ko pn hebat membebel.
kat komen sini da bebel mcm tuih, kalu kat blog huhhh.. entah brape banyak page berantai kot, ha ha ha!

masalahnye makan tuh nikmat dunia.
mane bley aku tak cakap pasal makan.
abih kalu tengok cheese bekas tikus makan dalam pinky and the brain tuh nak tak? hehe

@ wenkt
mane encik wenkt tau..? =p

@ nadia
yea btol, membebel lepas segala yang terpendam.
hati pun jadi lega kan..
tak abeh2 nak geram ngan bunge dia ni =p

victoire a dit…

@ hayad
yang dalam gambar tu cheese klasik french, camembert.
sedap lah sebab sangat lemak berkrim.
makan bodo2 gitu je da sdap.
kalu ngan baguette lagi la sedap, sapu butter skali.
ade cheese yang jenis berkulat mulut nak muntah bile try aritu, hehe.
yang berkulat biasenye blue cheese.
tgk la kat wiki.

@ cikgu jawe
da siapkan pagi tadi mase dalam klas.
lepas siap cepât2 volunteer jawab kat depan sebelum kene buat yang tak siap, hehe.

@ nurul
entah sampai pagi esok tak abeh kot..

rajin laa sangat. da terpakse.
kalu ade imtiyaz, DE atau mane2 kdai mamak kat lua, tak jadi cam ni, hehe.

isk, macam best je tajuk ghost. ni x sabar nk try nih.
matila mule ketagih drama..

Nurul Nadiah a dit…

hahaha..
mesti ah geram ngn bungee!
saye da 23 tahun tao tahun ni
tak penah dapat 1 bunga pon
jadik geram la bile tgk bunge cecantik cenggitu.. hehehe

(^.~)

fsj a dit…

hamboi encik khairi. takdela banyak sangat encik khairi belebe. sikek je tuh. hahah :p

AWAS!makan keju boleh gemat!
p/s- tapi, aku baru je lepas buat cheese cake 3adunan ni. nak? :D

victoire a dit…

@ nadia
lorr.. suh cikgu jawe carik junior cikgu yang ensem2 utk awk aa kalu gitu.
baru dapat bunge, hehehe

@ fathen
yea btol tu.
ni kire pendek aa. ke guane.
kang ade lagi panjang gile2, hehe.
selagi buleh telan, telan je sume.
jangan pikir 99 kali kalu pasal makan. =p

Mr A a dit…

huah...pnjng2....abes sume mu bantai eh? sjok bile jd hantu keju ni? aku kalo aku mkn pon, hok jenis neige tu. aku rase fromage tu rr org gune nok wat cheesecake. tres bon! weh, mu gi ane pah ni? sfere baru je royak, dia ator application utk aku kt bordeaux. ngeeee....=D

Mr A a dit…

se lagi..aku pom dok puah hati ngan ending bella..rase pelik..hahaha..tp tgk rr vice versa dgn sindarella..hok tu 2 beh gop. vice versa rr best..huee

Mirae a dit…

mmg dia suke membebel

ps:lawa mug.

Nurul Nadiah a dit…

tamo kawen cikgu.. =p
hohoho..
lagi 1 tamo ensem2 sgt
nnti susah nak jaga!
takuttt wooo

(^.^)

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?