jeudi 29 mai 2008

Rehat sebentar bersama..

Salam sejahtera semua.

Saya seakan-akan terpanggil lagi untuk menulis di sini sebelum tidur di malam Jumaat yang mulia ini. Tiada apa yang penting untuk di sampaikan, cuma beberapa benda yang terlintas di fikiran saya di hari ini.

Satu, dua hari ini agak meletihkan, dah 2 malam tak cukup tidur. Pagi tadi ada ujian Matematik selama 4 jam, lepas siap jawab 3 jam terus saya balik tidur sampai ke petang. Agak jarang saya tidur siang di bumi Perancis ini, tapi tadi saya benar-benar keletihan atas alasan tak cukup tidur.

Oh ya, hari Rabu baru-baru ini saya telah menjalani ujian lisan Bahasa Perancis. Mungkin yang terakhir, sebab lepas masuk peringkat universiti(sekarang pengajian asas atau foundation) kami tidak perlu belajar Bahasa Perancis lagi.

Alhamdulillah, sepanjang 20 tahun saya hidup, ujian lisan ini saya rasa yang paling senang pernah saya tempuhi. Kami perlu membuat cabutan rambang untuk memilih tajuk yang perlu dibenangkan di hadapan dua orang tenaga pengajar. Saya telah 'terpilih' satu tajuk yang meminta saya bandingkan sistem universiti di Perancis dengah sistem di Tanah Air tercinta Malaysia.

Saya sudah cukup kenal dengan sistem di kedua negara, jadi Alhamdulillah tiada masalah sampaikan 2 tenaga pengajar itu tak sempat bertanya kerana masa tidak mengizinkan dan segala yang mereka ingin tanya telah saya terangkan secara teliti, sebelum sempat mereka bertanya saya.

Lebih kurang 2 jam lepas ujian itu, saya kembali ke pejabat pensyarah untuk bertemu guru bahasa saya bermula minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara. Dan saya juga sekali lagi 'ter' bertemu guru yang mendengar ujian lisan saya tadi. Tiba-tiba dia panggil saya dan ucapkan tahniah. Pelik. Katanya tahniah untuk persembahan memberangsangkan dalam ujian lisan tadi. Gembira di hati bukan kepalang. Padahal sebab tajuk yang saya dapat tu yang membantu. Kebetulan saya memang kenal sangat dengan sistem universiti berkenaan.

Sebelum mengakhiri tulisan ini, sekali lagi ingin saya pohon maaf pada pembaca sekalian berkenaan sifat 'riak' yang telah saya tunjukkan dalam tulisan sebelum ini. Saya sama sekali tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya ia hanyalah satu cara provokasi yang telah berjaya. Saya tak dapat halang apa saja tanggapan kalian pembaca terhadap 'riak' itu. Saya telah cuba sedaya saya untuk terangkan pada kalian akan tujuan saya 'riak' itu. Terpulang pada kalian untuk menerimanya atau tidak. Kalau tidak, biarlah cuma saya dan Allah yang mengetahui.

Kenapa bahasa saya agak 'skema'? Sebab saya kira saya perlu melatih diri dalam menulis dengan bahasa rasmi. Baru-baru ini pening kepala saya memikirkan ayat rasmi untuk menulis satu emel pada wakil penaja pengajian saya dalam. Malah dalam Bahasa Inggeris juga saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan warkah. Kalau Bahasa Perancis, cukup sekadar 'Bonjour' dan 'Assalamualaikum, salam sejahtera' untuk bahasa kita.

Nanti sehari dua lagi, bila dah bosan akan saya tulis secara santai balik.

Sebelum ini, saya agak tertutup bila berbicara soal blog saya ini sebab saya tak suka orang baca tulisan saya, melainkan orang tertentu. Tapi dasar itu terpaksa saya ubah. Terlalu ramai orang yang 'saya tak mahu dia baca blog ini' dah jumpa blog ini dan membacanya. Jadi alang-alang, biarlah sesiapa sahaja yang ingin membacanya, silalah membacanya.

Kalau dulu saya berani tulis atau letak tajuk yang agak meloyakan tekak, sekarang dah tak boleh. Dulu boleh sebab tak ramai baca. Sekarang malu lah saya.

Baiklah, saya perlukan ketenangan sementara 3 hari di hujung minggu ini. Lesen dah dapat, sampai masa kita bercerita. Selamat tinggal sahabatku, au revoir mes amis, adios amigos, untuk beberapa hari!

15 commentaires:

AK a dit…

"Kalau dulu saya berani tulis atau letak tajuk yang agak meloyakan tekak, sekarang dah tak boleh. Dulu boleh sebab tak ramai baca. Sekarang malu lah saya."

har har har...
beklah yang mulia putera berdarah kacukan!!!
beta nak tengok beta loya2 lagi ke tak dan tengok samada tuan hamba memalukan diri lagi ke tak!
hahaha

slamat bcuti untuk 2 3 ari nih...
n congrats on the lisan...

errr ko bukan gagagagagagap ke??? hahaha

cheer up dude!

عيديد a dit…

Vonju
Sorry dik lambat nak reply. Oooo Baru masuk skolah kat france yer.. Bagus2. Ni mesti dari Malaysia pun bawak segala paste and maggi kan. Yerlah no matter we go, malay still malay kan. Anyway thanks to read my posting and do keep in touch. Insyallah one day I pergi paris. Lama dah tak pergi

Nadhirah Ahmad a dit…

klu nk org ttntu je bce, wt r private. readers yg awk jmput je blh bce... cdgn je

Mirae a dit…

go find some peace
take care

Mr A a dit…

meilleur comme ca. bg aku la, its not that skema pon mung tulis tu,tp tu mennjukkan betapa matangya penulisan hok mu wat ni. je te felicite, car moi, j'avais essaye il y a longtemps, mais ca marche pas avec moi. j'ai encore des gamins dans moi alors je ne peux pas...bile la aku nk stat tulis gini smule eh? ehhe...

shinichi a dit…

saya kagum dgn keri..org durian burung..(eh ye dok au eh..hehe)

Anonyme a dit…

@ kamal
eee.. gelinye aku..
pebende ko melalut ni? hahahaha
ye ye ye ye ye
sss sss sssayeeee ga ga ga gap. =p

@ aidid
thanks for visiting anyway!
pre-u da 2 taun cini..
sept ni stat undergrad prog.
rempah dari msia gak best.
rempah kari sini mcm serbuk kuyit je. hehehe

@ nadhirah
masalahnye bukan sume ade akaun google.

@ mia
thats what im lookin for! thanks dear!

@ ash
ha ha ha
nway aku tetap geli bile bace balik.
skali2 menggelikan diri =p
dok best skema2 gini.
santai2 je..

@ duan
ye ye ye..
aku orang metropolis durian burung yg maju. hahahaha

Anonyme a dit…

wow,power aa mu.congrats.mst power gle dh french mu owk?leh aa ajor ak ekgi.hehe

weh,mu kabo lesen dh dapat.lesen mnde?kete?

fsj a dit…

tahniah for the oral test,
take a rest and jz be urself.
take care :)

NuRuL a dit…

masih ingin berehat lagi ker???

zlaa a dit…

Best juga baca bahasa rasmi ni. Senang sikit nak faham

victoire a dit…

@ sapik
lesen ponteng kelas Isnin. hahahaha

@ fathen
merci beaucoup!
dok brape nok rehat.
letih gile ni..

@ nurul
kate PBSM..
persatuan berehat sepanjang mase. hehehe

@ kak zlaa
lorr. kate duk dungun dulu.
stakat bahase ganu mesti bole kan?

HafizAdam a dit…

dok saboh lasung tulis bahasa skema..
haha

nk universal lagi, tulis English..

konpem ramai omputih jadi fans engko..

hayad a dit…

ape bezanya sistem pembelajaran mesia dgn perancis ek? buat la satu entri pasai tu weh..nak tau gak! mn tau kot leh tiru cara perancis. baru la cikgu menjadi guru yg da boom kat sek tu, kekeke

victoire a dit…

@ sesc
bahaye orang putih menggoda. hahaha

@ hayad
Insya Allah nanti saye tulis pasal ni cikgu!

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?