mardi 6 mai 2008

Mencemar duli ke Nancy selama aku tak tau brape ahari.. Aku cuma tau Rabu gerak, Ahad balik.. Hehehe.

Ok rakyat jelata yang beta sayangi sekalian.. Nak gerak ke Nancy jam 1228 esok. Tapi sebelum tu nak bermesra dengan 8 hulubalang dan 2 dayang kerajaan La Rochelle ni. Kami mau berkelah bersuka ria berfoya-foya dulu pagi esok jam 10. Sempena meraikan keberangkatan Sultan mereka. Muahahaha.

Gila apa aku malam buta berangan macam orang gila ni. Sebab aku tengah gila lah ni. Tak tau apa nak di bawa ke sana. Apa aku tau, petang tadi aku dah pinjam 4 novel dan 1 DVD dari Médiathèque Michel Crépeau. Aku pinjam The Perfume, Setan Pakai Prada, Red Light, Manchester Memories dan La Légende de Zorro DVD tu. Setan pakai Prada tu dalam Bahasa Inggeris, tajuk saja gatal terjemah.

Légende de Zorro tu cerita Zorro yang Antonio Banderas berlakon tu, tapi ni dia alih bahasa ke Perancis, sebab tu tajuk pun jadi lain macam tu. Aku dulu kan nak jadi Zorro, tu simpan rambut panjang dulu tu. Boleh aku potong baju Cathérina Zeta Jones macam dalam Mask of Zorro tu, hehehe. Isk, Astaghfirullahalazim.. Apa ni lucah sangat ni bekas budak SMKA woi!

Aku ni minat benda kait dengan orang Sepanyol atau Amerika Latin, Mexico. Aku hantu telenovela Rosalinda, La Intrusa, sebab tu minat Bahasa Sepanyol. Bagi aku sedap bahasanya, lagu pun sedap. Aku layan Marc Anthony, anak beranak Iglesias, Alejandero Sanz, Ricky Martin contohnya.

Jangan lah kamu gelak tengok aku ketinggalan zaman (berzaman teguh ikatan.. sempurna kisah itu harapkan.. lagu XPDC, hehehe) baca novel dan pinjam DVD cerita zaman Jepun tokki aku tu. Aku kalau bukan sebab nak naik tren, jangan harap aku baca novel. Hilangkan bosan boss!

Tapi bagus gak aku jalan ni, sebab bukan saja aku derma duit secara paksa rela pada tauke kapal terbang dan tren, tapi secara tak langsung (dari Bukit Jalil saya Abu Bakar Atan melaporkan) aku habiskan 3 novel sepanjang cuti aku ke Marakesh, Barcelone dan Madrid baru ni tu. Aku baca The Street Lawyer dan The Broker dari John Grisham serta A Walk To Remember.

Tetiba minat membaca datang balik dalam diri aku. Dah lama tak gila buku. Dulu masa sekolah rendah selalu sorok buku dalam pustaka tak nak bagi orang lain pinjam, wakaka. Tapi aku ni manusia biasa. Dulu kat Malaysia berlambak novel Melayu dan Inggeris tak pandang, tak gila membaca lagi.

Sekarang tercampak kat La Rochelle ni baru terhenjut-henjut cari novel Melayu dan Inggeris. Belum sampai seru lagi nak baca dalam Bahasa Perancis boss..! Bila tengok dalam katalog komputer yang buku Inggeris aku nak pinjam dah ada orang pinjam, baru nak menyumpah seranah.. Hehehe. Sini tak banyak buku Inggeris.

Aku sejak berkurun lama (ku rahsiakan.. cintaku padamu.. hanya kerna kau ratu laksana.. di singgahsana. rahsia pohon cemara exist, hehe) cari novel Angels and Demons karangan Dan Brown tapi masih di tangan peminjam lain.

Nanti aku dapat, siap lah aku balas dendam kat peminjam seterusnya. Aku nak peram buku tu sampai masak ranum macam buah pauh kat rumoh tok aku di DurianG Burung tu. Jage ah mung! Dok pung aku nok eram sapa netah sekor anok burong puyoh pah tu aku nok wat singgang asam pedah.. Hahahahaha!

Isk, dok pasal-pasal aku cakak Tranung sining.. Keceh, keceh, eh dok nyale pulok.. Woi. Woi! bangung ke lauk nung!

Aku ke Nancy ni pun saja gatal tangan rasa duit banyak sebab elaun baru masuk. Menangis Emilie bos bank BNP La Rochelle tengok 120€ terbang dari akaun aku beli tiket. Tak ada la. Aku nak rampas jawatan Presiden MASAF(Persatuan Pelajar Malasia France) sebab bekas presiden dia kat sini. Tapi nama aku bukan Syukri, tak cukup syarat sebab stakat ni 2 presiden semua nama Syukri. Tak ada la. Aku pergi sana sebab meraikan Cik Dah aku datang. Ngheee..

Kalau bukan dia datang, jangan harap lah aku sanggup potong rambut rocker yeah yeah ala Bandi Amuk atau Amy Search aku ni, hehehe. (Err, pada hal sebab nak ambil lauk dan makanan Mama kesayangan aku kirim dari na na na na na Tranung kite tengok penyu telor.. Penyu tengok.. Telor kite.. Lari!)

Bereh ah, malah aku bleber panjang. Kekgi abih orang plekong batu ke aku dok pahang starang kakah ape aku caruk sining.. Ha ha ha..

Guane-guane pong, aku frah skek sbak aku baru tahu ari ning kelah sapa ko 12 je pah tu esok takdok kelah kimia. Kalu aku tahu awal memang aku bahang tikek treng awal, tembo awal buleh lepak lame skek pah tu balik awal buleh tido puah atah katil aku. Bayang aa ujung minggu aku kali ni derek dari ari Kamih sapa ari Isneng. Sebak tu aku sesak pah Nancy ni.

(Beres la, malas aku berleter panjang. Nanti habis orang baling batu pada aku sebab tak faham apa aku mengarut kat sini.. Ha ha ha..)

(Macam mana pun, aku frust sikit sebab aku baru tahu hari ni kelas sampai jam 12 je, pastu esok tak ada kelas Kimia. Kalau aku tahu awal memang aku bantai tiket tren awal, cabut lagi awal boleh lepak lama sikit pastu balik awal boleh tidur puas atas katil aku. Bayang aa hujung minggu aku kali ni direct dari Khamis sampai Isnin. Sebab tu aku sesat sampai Nancy ni.)

Dalam kurungan tu terjemahan untuk 2 perenggan terakhir.. Macam tu lah bunyinya kalau anda ingin tahu macam mana kami orang Terengganu selain Setiu dan Besut bercakap. Setiu dan Besut mereka cakap loghat Kelantan.

Aku minta maaf banyak bagi mereka yang meluat tengok aku letak gambar baru potong dan sebelum potong rambut tu. Bukan tabiat aku letak gambar macam orang bengong gitu, cuma nak tunjuk aku baru potong rambut je, hehe. Aku minta maaf ni sebab aku meluat kalu tengok orang tayang gambar gitu. =p

7 commentaires:

Anonyme a dit…

cop! aku tak baca pn entry ko. cuma nak booking 1st aje. haha

komen lain akan menyusul.. ;')

Anonyme a dit…

caya lah bro. dok2 jauh jgn lupa bahasa ibunda. dn jgn lupa ko tu dulu budak SMKA. hauhuahua *sama le kita. ops! aku bekas SAM.*

selamat bercuti bro!. ingat2 orang jawa kt malaya nih. :)

NuRuL a dit…

owh..apa yang mak anda kirimkan untuk anak teruna dia nih?

victoire a dit…

@ cikgu jawe
cikgu jawe ni macam2 kerenah dia.
komen pun nak 1st, hehe.
orang jawe Malaysia mane bley lupe.
kang kebulur tempei. naye tu. hehe
isk, buleh la cikgu jawe convert jadi ustaz jawe lak ek, hehe.

@ nurul
ade laa lauk2 segera macam ayam madu dan beberape kotak brahim..
paling penting ayam brand cili tuna! ngeee
ayam brand cili tuna tu sdap gile kalu ratah gitu saje.

HafizAdam a dit…

woi pekat molek base ganu..
aku pun nak tra wat gok ah skali..
entry base ganu..

hak3

victoire a dit…

biase aaa..
aku kang bangge jadi orang ganu!

Anonyme a dit…

salam....
b;eh buat kelas bahasa sepanol nieeee.....

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?