jeudi 25 septembre 2008

Ramadan ketiga dan pertama.

Baru lepas tengok drama bersiri 'Ramadan Pertama' kat TV3. Dah abes cite nih, tergantung tak bertali. Best sangat cite ni. Jalan cite dia sempoi, layan je. Tak mengarut entah ke mana. Suka tengok pelakon kecik, muda dan tua dalam cite ni. Sume bawakan watak dengan menarik.

Unsur lawak dan sebagainya berjaya diwujudkan. Adengan Enot, Sariah, Joyah, Kak Sheri ngan mak dia serta bapak dia bawak elemen lawak ringan dalam cite ni. Tengok cite ni teringat kat Ayah Pa aku. Ni pon ramadan full pertama tanpa bini.

Situasi Hakim (Zed Zaidi) tu sebijik macam pak cik aku tu. Ke mane dia pergi, jumpe sesape pon sure orang tanya atau cakap pasal kawen lagi. Tak abis-abis orang merekemen calon bini ke dia. Ayah Pa lak nakal-nakal layan je. Hehehe. Tapi aku sure bukan senang-senang orang dalam situasi gitu nak kawen balik dalam tempoh masa sebegitu pendek. Rindu aku ke Adlynn ngan Adib anak dia.

Ramadan pertama Hakim ngan Ayah Pa tak berbini, ni laa ramadan ketiga aku di perantauan. Masuk taun ketiga aku blajo sini. Ade 4 taun ag Insya Allah.

Da nak masuk 3 minggu aku kat Angoulême nih. Bandor dia kecik, sempoi je. Ade lebih, ade kurang. Relax je hidup sini. Dengan kelas yang padat, tak berape bergune hidup di bandor besor sangat.

Angoulême ni comey gak dikelilingi bukit. Tengok dari tingkap bilik, comel je padang rumput berbukit hijau gile babeng dari jauh. Satu ag yang best, kelas aku dekat yang amat dengan bilik aku. Serta junior-junior sekeliling aku. Ceria je idup. Kawan-kawan pon baik-baik dalam kelas.

Tadi test pertama aku sebagai pelajar di IUT d'Angoulême. Système Automatisé atau Automated System dalam BI nye. Alhamdulillah, tak sesusah yang disangka. Keluar bilik dengan hati berseri-seri kegembiraan. Lame sangat aku tak merase perasaan hepi jawab test sebegini. Di harap situasi ini terus berkekalan Insya Allah.. Doakan untuk aku, aminnn.

Semalam ade oral test English. Betul kate senior aku, kite kadang-kadang lagi terer dari prof. Bukan sebab kite pandai tapi sebab prof kurang pandai. Ikut ati mau je skip klas tu. Hahaha. Prof sini cakap dengan accent French nye, pastu ayat kadang-kadang nak translet direct. Tapi bagus kelas ni sebab aku buleh improve French aku secare tak langsung dan dapat practice BI.

Belajor bahasa ni, lain bahasa lain caranya untuk menyampaikan mesej, dok leh translet bulat-bulat. Sebab tu kalu orang suruh aku translet sesuatu, aku akan tanye ape yang dia nak cakap dalam BM dulu kalu nok translet BM ke BI atau dalam BI kalu BI ke French.

Nyesal aku dok gi kelas Spanish di La Rochelle dulu. Mase ni baru terkotak katik cari kat mane buleh blajo Spanish atau mane-mane kelas bahasa Eropah selain English secara percuma.

French dan BI aku tak bagus pon, setakat cukup makan untuk berkomunikasi, blajor dalam kelas je. Bile aku cakap nak blajo bahasa lain bukan sebab aku dah terer, tapi French dan English aku rase boleh di improve dengan penggunaan dalam kehidupan. Tapi bahasa lain, sebelum di improve dengan penggunaan dalam hidup, kena belajar dulu.

Mulut kita sangat tajam ibarat mata pedang kata orang zaman dulu. Zaman sekarang mungkin boleh samakan dengan laser yang digunakan untuk menebuk panel atau lubang halus di jersi bola buatan Nike untuk respirasi kulit pemain ketika beraksi di padang. Teknologi ni hanya digunakan untuk jersi khas yang dipakai oleh pemain profesional seperti Paul Scholes dan pemain kelab lain.

Baju replika yang kite beli, walaupun ori yang dibeli di butik Nike Midvalley, KLCC, even Nike London berharga 40 pound sterling di UK, 70€ di France atau RM259 di Malaysia tu hanyalah replika, tak sama dengan yang dipakai pemain profesional. Kalau Adidas ada jual yang replika dan yang dipakai pro, Nike aku tak pasti. Dan harganya lebih kurang sekali ganda lagi mahal.

Berbalik pada lidah atau kata-kata tadi. Kita kadang-kadang cepat melenting bila orang sound, aku tak terkecuali. Tapi kadang-kadang orang yang sound, dia tak betul-betul mengenal kita, senang je buat tuduhan rambang. Mereka hanya tahu menuding jari, membuat kesimpulan rambang tanpa betul-betul menghalusi atau mengenal kita.

Kadang-kadang, bak kata orang putih 'something better left untold'. Mereka akan jawab, kalu untold, sila la bagitau, kang timbul fitnah. Seraya berkata bahawa 'wal fitnatu akbaru minal qatl' atau fitnah lebih besar, bahaya dari membunuh.

Kita ada sebab dan musabab untuk tidak berkata-kata. Aku pohon maaf sekiranya ada tindak-tanduk ku yang mengundang rasa kurang senang. Maaf sekiranya aku enggan menerangkan. Tapi aku punya hak untuk berbuat demikian.

Menegur ada caranya. Insya Allah kalau kena cara dan tempat akan berkesan. Kalau menegur tanpa akal dan berfikir, binasa lah jawab nya.

3 commentaires:

silversarina a dit…

salam,

Tingkah laku kita semakin matang dengan bertambahnya usia, peringkat umur k-riey sememangnya akan selalu ditegur dan tentunya akan rasa panas bila ditegur , bila usia semakin meningkat kita sendiri pulak akan rasa bertanggungjawab untuk menegur apa2 saja yang pada kita nampak tak berapa betul....anyhow, it's better ada orang sudi tegur dari biarkan kita terus alpa.

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

(7 tahun lamanya , sure cair french nanti )

victoire a dit…

wasalam..
betol tu, kite mule-mule cepat melenting.
tapi bile dihalusi, pikir btol2 baru tau ape bende tu.

AK a dit…

bagus la tuh beb, tau byk bahasa...
aku ni nama je amik mandarin n jerman dua sem lepas, tapi habuk pown tarak...
sbb takde tmpt nak prektis kan...

btw, bawu nak kutuk mengarut tiba2 ke laser baju nike sume...
at last i got ur point...

mmg la, owang kan kalo menegur, dia tak paham...
smua berbalik kepada objektif dia tegur - samada saja nak saketkan hati kita dan puaskan hati dia, ataupun dia betul2 ikhlas nak menegur...

kalo dia ikhlas, dia akan menegur dengan berhemah, sehingga kita yang ditegur tak merasa malu dan nak berubah...

but kalo menyakitkan hati, itu bukan teguran gamaknya...
itu andaian, n bak kata ko rambang...

thus, kita yang kene differentiate, n buat teguran hampeh itu, wat tatau2 saja..
cos we know ourself better... =p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?