Sebab tu la aku merungut sikit pasal kelas aku. Dah lah sampai pukul 6 petang. Tapi apa kan daya, ni lah antara dugaan dalam menuntut ilmu.
Yang penting, berlalu sudah 2 hari paling mencabar minggu ni, Isnin dan Selasa. Selebihnya kelas tidak lah begitu padat.. Walaupun tetap bermula pada jam 8 pagi.
Yang kedua, Manchester United menang. Dan Wayne Rooney sumbat gol lagi. Beria-ia dia sumbat gol di bulan kelahiran dia. Hari jadi dia 24 Oktober, 1 hari sebelum hari jadi Hamizil Fakhri Mat Rani, sahabat aku di SMKA Tok Jiring. Nama ayah dia Mat Rani, dah dekat sama dengan Wayne Rooney lah.
Yang ketiga, aku dah makin tak sabar mahu bercuti untuk tenangkan fikiran. Kali ni kami mungkin akan terlanjur sampai ke Barcelona sekali. Bermakna Insya Allah ini akan jadi kali kedua aku ke Barcelona dalam tempoh lebih kurang 5 bulan.
Erm, stok biskut raya dah habis. Dah tak ada benda untuk dikunyah tatkala menghadap laptop aku ni. Err, ada sesiapa yang sudi pos biskut kacang hancur aku tak tau nama tu, biskut Chocolate Rice atau biskut dam?
Tiba-tiba aku rasa macam mengidam 'cookie' besar dari La Mie Caline.. huhhu.
Ni gambar di Sagrada Famillia masa aku ke Barcelona bulan April tempoh hari.
Ni gambar raya dengan manusia yang selalu aku lepak dengan mereka di Angouleme.
Dengan mereka lagi..
Batalion penuh di Eiffel masa sambutan raya di Paris.\
Agak lambat baru letak gambar. Baik lambat dari tak langsung kata orang putih kan..
5 commentaires:
wah! class at 8 n it's stil dark??
sounds fun!!!
anyway,HAVE A NICE DAY!!! =)
clas kul8?OMG
bgn ke pagi2? hehehe...
have a nice day too ok bebeh!
=)
@ afnan
heh patut laa da berabuk wordpress, da pindah upenye. hehehe.
i guess ur going to face the same thing later. da nak masuk winter, biase laa.
nway thanks for visiting lad!
@ miera
mesti laa bangun. As late as i can dear. hehehe.
apsal la dua2 gambar tuh...
pose sungguh gay skali!
hahahaha
hahaha.. aku kang..
Enregistrer un commentaire