Pagi ni, aku ada amali komputer. Makmal komputer tu kat tingkat bawah sekali. Betul-betul lepas pintu masuk Departement QLiO. Aku sampai je budak lain dah ada. Tak sempat aku tutup pintu yang aku buka untuk masuk Departement QLiO tadi tuh, seorang rakan sekelas, Dominique Saleh tegur, "weh pelik lah blog ko," aku terkejut.
Katanya, semalam dia cari alamat emel seorang Prof kami. Aku pernah letak nama dia, jadi terkeluar lah blog ni. Dia kata pelik sebab aku tulis dalam bahasa yang pelik katanya. Kadang-kadang ada perkataan BI macam cool, teacher. 2 orang lagi, Fernando Veloso dan Leonardo Grisham pun menyampuk sekali suruh tulis pasal mereka. Patut lah semalam ada mesej kat Windows Live Messenger aku dari Dominique.
Nama-nama di atas adalah rekaan semata-mata..
Esok dah nak gerak ke Paris, ada sambutan raya kat rumah duta tak silap aku. Lepas tu, petang ke Tours, Ahad baru balik. Apa ingat kat Malaysia je boleh raya sakan ek. Sini pon raya bai...!
Aku rindu nak membuta sampai tak boleh tidur. Esok tren jam 8 pagi, maknanya aku kena bangun lagi awal dari aku bangun untuk ke kelas. Jadi, minggu ni memang tak cukup tidur aku dibuatnya.
8 commentaires:
Apa ingat kat Malaysia je boleh raya sakan ek. Sini pon raya bai...!
ayat tak puas hati dikesan di situ....
huhu
Yie, Selamat Hari Raya! hehe kakna gi rumah hari raya.. abah sambung rumah.. besar tu rumah sekarang..
selamat hari raya
maaf zahir dan batin.
aku maybe awalkan trip ke sana. 4-13dec. bwk MPP satu uni, average umur 20-22. haha mengalak laa.
dulu ramai gak classmate yg taip nama kita, kluar link ke blog kita dan mereka tak faham except gambar mereka.. hahah
Salam. Auntie tumpang nyebok.., hehe
kamu! selamat hari raya
uplod la pix2 raya di sana
raye puah2 weh=P
selamat hari ray kriey!! maaf zahir batin :)
bunyik meriah raye kat sane,
kat sini pun meriah gak. huhuh
kriey, mu di tag :D
@ kamal
mane de tak puas hati..
@ kakna
slamat hari raye!
x dang rase umoh baru tmboh.
bestnye raye buleh jupe sume!
@ wan
ko ni berjalan je keje.
@ somuffins
err.. wasalam.
auntie mane ni ek?
@ mia
yelaaa..
kang saye upload..
@ syapik
x puah ag..
@ fathen
tag? best gok.. kang aku belek. hehehe.
slamat ari raye!
Enregistrer un commentaire