Minggu ni memang sangat mencabar.. Tiap-tiap hari kelas mula awal pagi. Hari ni pukul 830. Sebelum ni pukul 8 pagi je memanjang. Merana tak cukup tidur. Bukan setakat mula awal, habis pun lambat. Isnin dan Selasa habis pukul 6 petang.
Selasa malam, aku memang letih gila tak ingat dunia. Dengan tidur lambat nak telefon keluarga di pagi raya, pastu bangun awal dan sebagainya.
Hari ni mula pukul 830, nasib baik habis awal jam 11 pagi. Pastu gi bank nak ambil kad Visa aku. Sekali mereka dah hantar ke Malaysia. Jadi aku kena tunggu yang baru, lagi seminggu baru sampai. Buat masa ni, papa kedana lah aku.
Semalam kawan aku ajak masuk pertandingan Poker anjuran budak-budak QLiO. Aku dah la tak pandai, dia semangat suruh aku datang awal harini sebelum lawan, untuk ajar aku main. Aku jadi tak sedap hati nak tolak sebab sebelum ni, budak-budak ni ajak tengok bola, makan tengah hari aku tolak sebab berpuasa.
Bukan bermaksud aku tak nak bercampur dengan mereka atau aku cuma nak lepak dengan budak Malaysia saja. Tapi keadaan tak mengizinkan. Untuk menebus 'silap' aku, aku terima pelawaan mereka untuk main poker.
Tapi pagi tadi baru aku tersedar yang aku ada temujanji untuk ambil 'Green Card' sementara aku. Terpaksa hampakan mereka lagi. Rasa tak sedap hati, sebab mereka baik pada aku walaupun aku seorang je bukan orang Perancis. Seorang kawan aku pernah ajak aku tengok bola pasukan dia main, katanya dia boleh suruh bapak dia ambil aku skali.
Dulu rasa bimbang berseorangan di bumi asing. Sekali mereka terima dengan baik, Alhamdulillah.
Kadang-kadang aku cemburu tengok gambar pelajar Malaysia di UK, US atau Australia. Seronok je raya beramai-ramai. Bukan setakat ramai, kadang-kadang sampai lebih beratus, hanya di SATU UNIVERSITE! Tapi aku kat sini, ada junior yang buat program Pre-U 13 orang tu pun dah rasa ramai gile. Ada pelajar Malaysia yang duduk seorang diri je satu bandar di France ni pun ade.
Dari sudut positif, seronok sebab ni baru namanya belajar seberang laut. Dari sudut negatif, tak seronok lah tak ramai kawan senegara.
Tahun ni sume 9 orang adik beradik Mama aku balik beraye kat rumah tok aku. Aku seorang je yang tertinggal. Nasib badan.. Tok aku menanges-nanges sebaik dengar suara aku dalam telefon. Sayang gak dia kat cucu sulung dia ni ek.
Sekarang balik ke dunia nyata.. Kepala aku tengah pening bila sedar dah masuk bulan Oktober ni. Aku kena mulakan pencarian tempat nak buat praktikal. Sebelum 5 Disember kena ada tawaran kata prof aku. Course QLiO ni pelik sket, awal-awal dah kena buat praktikal Januari ni.
Arap-arap dapat company yang besar dan bayar gaji laa. Macam susah je nak dapat bayaran JPA sebab kena lebih 30km dari rumah. Aku tengah agak 'pokai' sebab satu insiden bodo menyebabkan aku rugi 1200€. Sebab tu pikir cam mana nak cari balik duit yang rugi tu.
3 commentaires:
dak2 penn ramai gk la
tp ktorg jrg jumpa klo tme clas.
my class 700 org
n ade 3 org je malay
so,ramai malay kt 1 uni xsmstinya xdevelop.depends gk
btw;wana fight time zone tomorrow
mana2 pown sama...
aku lak jeles tgk gambar ko kat france...
kwn aku lak jeles tgk gambar aku kat uni...
the circle of jealusy never ends... huhu
cakap pasal pokai...
aku bawu je rugi rm3850...
pasla ivac tuh la...
kalo ko pasan...
aku malas pk... kalo aku pk, aku rasa depress giler...
ye la, byk tuh
simpan beli kamera digital pown ok...
laptop baru ke
takpon utk kawen...
so, jgn pk sangt...
kalo leh dapat, try la...
tapi kalo tak leh jgn pk sangt..
nnti ko tmbh tensen...
@ miera
you did it!
yelaa awak menang..
@ kamal
aku da hampir reda ngan bende ni weh.
taoi try je laa.
kalu dapat mujur.
xdpt xpe
Enregistrer un commentaire