Sigh.. Lega di hati yang amat sangat. Paling penting sebab akhirnya setelah 3 surat permohonan ditolak oleh 2 tempat, akhirnya aku dapat emel tawaran praktikal. Alhamdulillah. Dah la kat SNCF, sebuah syarikat yang sangat besar dan terkenal di Perancis ni. Nampak gayanya berulang-alik naik tren la aku ke tempat 'kerja' Januari ni.
Minggu ni aku lega sikit sebab hal perbelanjaan perjalanan dah siap kira. Pastuh baju-baju dan jaket yang aku beli di internet dah sampai semua. Gila gak aku borong sekaligus, sampai dia kena hantar 2 kali sebab banyak sangat katanya.
Tak lah banyak sangat pun. Cuma jersi Belanda masa Piala Dunia 1998 yang cantik gila dah lama jadi buruan aku tu, baju polo sidang akhbar Manchester United, jersi ragbi Toulouse, 2 jaket dan 1 topi besbol pasukan ragbi Perancis. Jumlah perbelanjaan semua tak lah banyak sangat, lebih kurang 185€ semua. Bukan selalu, sekali-sekala je. Sebab aku tak ada jaket tebal, sini sejuk!
Lepas ni dah kena kurangkan perbelanjaan. Bercuti, beli barang, banyak duit habis. Cukuplah guna duit ibarat buka paip air bai. Harapan terbaru, semoga SNCF dan JPA bayar gaji. Boleh la aku tebus balik kerugian rahsia aku sebanyak 1200€ baru-baru ni. Amin..
Alhamdulillah, lega aku. Mula-mula masalah harga sewa kereta, lepas tu masalah hantar kereta, masalah barang tak sampai. Sekarang 2 masalah pertama memang macam tak dapat selesai, da redha. Masalah ketiga selesai, dan dapat praktikal, kira selesai lah.
5 commentaires:
CONGRATZ dpt keje praktikal!!! keje rajin2!!!
seronokkan borong brg byk2 online! haha. baru berjinak2 dgn brgn online... lol~
have a nice day! =)
good for u. practical kena pkai smart2 ke? hahaha :P
huhu
congrats la dapat tpt prak...
n shopping sakan haaa...
@ afnan
best sebab tak nampak duit mengalir.
dapat report akaun baru nyesal. hehehe.
@ miera
dunno. selekeh je kot.
@ kamal
gracias..
da insaf tak nak shoping bai..
tahniah.weh.kerja dengan bagus-ness
and cepat buat tag.urgh..
:P
Enregistrer un commentaire