mardi 4 novembre 2008

Satu demi satu cuti habis.

Ok, cuti dah habis dan aku kembali ke kelas. Perkara paling berat dan susah dalam hidup aku setakat ni ialah kembali ke kelas di musim luruh ni. Mana tak nya, subuh tak habis lagi kelas dah mula. Balik bilik pun dah nak masuk isyak.

Dah la gelap, sejuk lagi tu. Dalam bilik kalu boleh tak nak keluar dari selimut, sejuk! Tapi aku bukanlah jenis berbungkus kalau bukan waktu tidur.

Nak kata aku sibuk, tak ada lah sibuk sangat. Tapi kelas padat, banyak. Balik lewat. Jadi aku rasa aku sibuklah agaknya. Tak ada masa lagi nak mencari gambar sepanjang perjalanan baru ni. Padahal ada je gambar dalam kamera budak-budak ni tapi aku yang liat, tak ada mood lagi nak urus benda ni.

Apa hal pun, aku datang mood nak menulis ni pun sebab Chelsea ditumbangkan Roma je. Padan muka. Fuck off pergi mampos Chelsea.

Aku tengah kemaruk dengar lagu lama lagi. Padahal lagu ni semua dah lama bersarang dalam laptop aku, tapi aku dah lama tak dengar, jadi rindu balik nak layan semua lagu ni ; Di alam fana cinta, Umpama mimpi dalam mimpi dan Hotel California antaranya. Ada banyak lagi.

Ok setakat ni dulu, nanti aku nak rajinkan diri cari gambar nak update cuti aku yang best gile!

3 commentaires:

AK a dit…

pemalas!

byk keje ke, atau malas nak tempek gambar sbb ko dah gumuks dan tak hensem???
hahahahha

gud luck larikan diri dari selimut!!! huhuhu

Mirae a dit…

hahaha.lwk ayt sbb ko dh gmuk+x hensem tu.hahahaha.
rjn2 la ltk gmbr okeh.kata cuti sakan.tp prove xde. =P

victoire a dit…

@ kamal
aku tak pnah gemok.
pkataan gemok xpnah wujud dalam kamus aku.
aku sentiasa hensem lagi mantap.
muahahahaha..

@ mia
kang da rajin kite ltak ye..
sabor laa cik adik comey oi.

:p

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?