Tag ni dah jadi macam sejenis mainan di dunia blog ni. Ada lah beberapa kali hamba di tag oleh beberapa manusia di alam fana cinta ini. Pergh, terbawa-bawa dengan lagu 'rock kapak' kegemaran hamba.
Kali ni seorang manusia yang namanya kalau disebut ikut adat orang Perancis ialah Monsieur ZANINI telah tag hamba yang hina dan dina ini bak kata seorang watak dalam siri Tain. Yang botak suka memancing, masuk skim cepat kaya tu. Ala, bini dia tukang jahit. Hamba dah lupa nama abang botak ni apa. Abaikan.
Tag kali ini berkisar tentang angka '5' yang biasanya merupakan bilangan ahli dalam siri wira kanak-kanak seperti Maskman, Flashman ataupun Cybercop. 5 juga merupakan nombor yang dipakai oleh Rio Ferdinand untuk Manchester United.
Sebelum ini, Ronny Johnsen menggunakan nombor ini. Beliau merupakan seorang pemain pertahanan tengah berasal dari Norway, senegara dengan Ole Gunnar Solksjaer dan Henning Berg. Satu rantau dengan Peter Schmeicheal, Jesper Blomqvist dan Henrik Larsson.
Tanpa berlengah lagi wahai tuan hamba semua, hamba persembahkan tag ini. Tadaaa..
5 things in my bag
1. Bekas pensil warna merah yang datang 1 set dengan beg merah Radioactive aku yang dibeli masa tingkatan 4 dulu.
2. Calculator Casio 570 yang merupakan senjata pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia untuk menghadapi SPM.
3. Pembaris.
4. Buku nota.
5. Fail yang menjadi saksi kejatuhan dan kebangkitan hamba di alam akademik.
5 things in my wallet
1. Kad-kad kesetiaan SNCF, Intersport, Carrefour dan Auchan.
2. Kad pelajar.
3. Kad hijau atau 'Titre de sejour'.
4. RIB atau kertas maklumat akaun.
5. 2 kad Visa Classic dan 1 kad CIMB.
5 favourite things dalam bilik
1. Mestilah komputer riba hamba yang hina dan dina ini.
2. Katil. Hamba tak akan dapat tidur lena kalau tidur di tempat selain dari katil hamba sendiri.
3. Bantal untuk dipeluk. Hamba susah nak tidur kalau tak peluk sesuatu. Semoga hamba cepat kahwin, boleh tidur peluk bini nanti kan.
4. Beg tidur yang dilipat untuk menjadi bantal bagi mengalas kepala kerana bantal sebenar sedang dipeluk semasa tidur.
5. Selimut tebal berbalut sarung berwarna merah gelap yang setia memeluk tubuh hamba di ketika tidur diselubungi kesejukan malam musim sejuk.
5 things yang ingin dilakukan
1. Balik dengan 'Diplôme d'Ingénieur' tepat pada masanya.
2. Kerja sebagai Jurutera dengan gaji yang cukup untuk memiliki rumah 2 tingkat yang tak terlalu besar tapi selesa serta sebuah Laguna Coupé dan Peugeot 407 Coupé serta sebuah Perodua Kelisa.
3. Erh, lupa lak mestilah kahwin!
4. Mengelilingi dunia. Nak berkunjung ke semua tujuh benua.
5. Makan Marble Cheese cake sepuas-puasnya.
5 things yang sering dilakukan
1. Berangan. Biasanya selalu jadi realiti.
2. Menghadap komputer riba kesayangan.
3. Menyeksa jejaka-jejaka kacak Angouleme di alam maya dengan menggunakan perisian PES 2009.
4. Tengok kedudukan liga perdana Inggeris serta penjaring terbanyak, kelab yang menjaringkan gol terbanyak serta melepaskan gol paling sikit.
5. Minum air masak. Serius, hamba minum banyak gila!
Nak tag siapa wahai tuan hamba?
Tentulah si dia..
4 commentaires:
wahai tuan hamba.
kasihan hamba baca akan cerita taun hamba. cepat2 le tuan hamba kawen ye. kesian benar tidur dgn bantal.. hehe
- cikgu jawe
ahaks
Monsieur MAJID
merci!
jen ai marre detre marre.
ngee
tag yang tak bleh bla...
lebeh2 lagi dekat 5 things dalam bilik tuh..
=p
@ cikgu jawe
Insya Allah tuan hamba.. tolonglah doakan.
kasihanilah hamba orang bujang yang main peluk bantal je ni. hehehe.
@ wenkt
same2 encik!
@ kamal
hahaha. apsal lak.
Enregistrer un commentaire