samedi 20 décembre 2008

Duit duit.. Kemana kau duit.

Dah lama aku tak rasa nikmat hidup macam ni. Nikmat hidup itu ialah hidup tanpa pelajaran di kelas untuk sebulan lebih yang akan datang. Dengan kata lain, hidup selama 2 bulan tanpa peperiksaan. Kali terakhir mestilah masa cuti musim panas yang lepas.

Rasa bahagia sungguh hidup ini. Makan pon sedap je sejak 2, 3 hari ni. Bile lah aku boleh pakai skinny jeans. Takpe aku kurang minat sebab kaki tak bebas. susah nak sepak kepala orang kacau aku nanti.

Bila bahagia, habiskan duit pon seronok gile. Lepas aku beli buku kat Amazon, aku turut mencemar bank aku dengan pembelian barangan Celio online untuk membeli 2 helai sweater kolar v yang biase orang pakai kemeja kat dalam, keluarkan kolar tu. Dan sehelai jaket.

Celio ni kelas-kelas Topman laa. Kat Malaysia aku tak pernah nampak lak. Tapi kat Europe agak femes la. Abis duit boleh tahan gak. Cukup untuk beli sehelai jersi Manchester United yang asli tanpa diskaun. Nak tahu berapa, silalah mencemar duli anda ke butik Nike besor kat tingkat paling atas Midvalley tu.

Sebelum tu, aku turut membuat penampilan pertama di arena Ebay. Dalam penampilan pertamaku, aku berjaya sumbat gol. Debut gol la. Macam Wayne Rooney buat tu, ada kan dia score untuk 1st game dia. Aku pon buat yang sama.

Tapi aku takdelah score dalam perlawanan bola sepak. Aku bid kat Ebay dan aku berjaya. Dengan kata lain, aku menang bid kat Ebay la. Aku bid sofa yang boleh jadi katil double tuh. Harga dia 25 hengget je. Tapi delivery dia yang gampang mahal. Orang tu suh aku bayor 40€. Tapi dah ok sangat la untuk bawah 100 hengget so aku layan je.

Takdela nampak kosong sangat bilik aku nanti. Beli karpet, home theater, speker set gantung kat dinding, sound surround. Memang jadi disko bilik aku.

Oh ya, aku pelik dan heran. Ada manusia di Malaysia suka sangat search 'Bila duit JPA masuk' dan dia sesat kat sini.

"Sekali dua mungkin boleh ku harung, masuk ketiga berlewa ku termenung. Selepas seminggu fikiran bercelaru, meruap-ruap bimbangku. Kesana sini terpinga tercari-tercari petanda kau masih menyayangi"

Ape kes laa ko cari sampai kat google untuk tau bile JPA masuk duit. Pelik aku. Pegi laa Putrajaya tanya JPA terus kat sane. Dunia.. Dunia..

Ade sesape buleh bagi aku lagu A to Z yang 'Pandang-pandang raja bunian..' tu. Satu ag lagu Iyo Ko ni tak silap aku dia ada cakap 'Oh iyo ko, cinta itu tak bermata..' kan? Apasal yang aku jumpa ni pelik je ek. Kalu ada, anto kat aku ek.

9 commentaires:

Mirae a dit…

duit boleh cari.sweater cantik + buku berkualiti jumpa sekali je dlm hidup

AK a dit…

huhu
mau lagu a to z lak???
yang lagu first tuh lagu 'berdendang' yang kedua tuh iyoko la...
hurm.. tatau ada tak...
meh bagi emel mung, kalo ada aku antar....

AK a dit…

haha
yang ni lagu iyoko tapi dia dah ubah jadi lagu raya la...

Anonyme a dit…

salam.

aku lihat kau ni dah jadi orang tua la, k.
mengenang muzik, zaman kita masih berhingus. wahaha.

kau beli sofa yg boley jadi katil tu ke weh? nampak sgt ko mmg terhingin time kt la rochelle kan? ye la, aku ngan mek li kan ada sofa cenggitu.

haha. k jeles, k jeles.
nanti aku gosip ngan mek li.

Anonyme a dit…

perghh u seem soooo free....abes exm ea? besh2! ak sem bru da nk stat.haishhh sedikit jeles terhadap dri anda

silversarina a dit…

It's time to relax and recharge your energy .

Happy holidays !!

dnieAlias a dit…

tagged..!kalo senang buat le

zuriamohd a dit…

keri..kemanekah kamo lame x update blog ini ha??hahhahaha

Belog Cik Peanut a dit…

nge`~~
peanut sesat disini
perh..
terkene kat bataang idung
duit jpa biler mahu masuk??
hehehhee

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?