dimanche 14 décembre 2008

Ilari Blasi, Francesco Totti, Milan dan Juventus.

Baru lepas tengok Juventus vs AC Milan. Untuk pengetahuan anda, dalam aku menjalin cinta taat setia menghambakan diri pada Manchester United, aku juga turut menjalin hubungan sulit dengan Juventus, sebuah kelab bola sepak Itali yang berpusat di Turin atau Torino dalam Bahasa Itali.

Aku juga menyimpan dendam kesumat yang sampai hari ni tak terbalas dan terpadam pada AC Milan. Sebabnya si celaka sial Milan ni menang lawan Manchester United di pusingan kedua kalah mati Champions League 2004-2005 dalam kedua-dua perlawanan di Old Trafford dan San Siro atau nama lainnya Stadium Giuseppe Meazza. Tak cukup dengan luka tembakan pistol ini, Milan tikam aku dengan pedang samurai melalui kekalahan United di tangan Milan pada Separuh akhir kedua Champions League 2006-2007 di San Siro. 3-0 kami kena goreng di malam hujan itu.

Cilanat.

Aku agak jarang tengok game yang tidak melibatkan United kekasih pertamaku ini. Even semalam Barcelona lawan Madrid, perlawanan terbesar La Liga(Liga Sepanyol) yang digelar sebagai 'El clasico' pon aku tak tengok.

Tapi tadi entah kenapa hatiku terbuka untuk tengok game Juve vs Milan tu dari belek Proba dan Akaun, 2 subjek yang aku ada test esok. Dan pilihanku ternyata tak sia-sia.

4-2 Juve menang. Pesta gol dan kekalahan Milan, kemenangan Juve. Cukup menghiburkan aku setelah aku berduka lara dengan keserian United lawan Spurs semalam.

Weekend aku buat masa ni sentiasa sama. Dimulakan dengan tontonan drama 'Puaka Wan Rapeq' di TV3 pada hari Khamis malam. Disudahi dengan Tain pada Ahad petang. Ditengah sandwich drama ini, terselit daging dan sayur berupa perlawanan bola sepak.

Ohh ya, akhirnya aku jumpa satu lagu baru yang aku suka. 'Akan tiba' nyanyian Alif. Lagu ni agak layan. Tema Rona Roni Makaroni. Next time tolong translate ayat BM ke French dengan lebih tepat jangan main direct bulat-bulat guna Altavista Babelfish sajerr. Pastu latihlah pronounciation tuh, bukan suruh hafal satu 'Le Monde', sebaris ayat je pon. Tak lah kami dengar macam Fernando Jose gaduh dengan Fedra atau Rosalinda Perez. Atau Danillo Roldan gaduh dengan Carlos Alberto Junquera untuk rebut Virginia Martinez.

Ok lah, sekarang jom kite stadi balik sambil menunggu mase untuk memburger satu lagi mangsa birthday boy malam ini dengan harapan ada kek menunggu. Tadi aku dah nak gosok gigi tapi tetibe terpikir ada possibility pekene kek, aku tangguhkan hasratku untuk beberapa jam. Lagipun aku tak pekene dessert ag lepas makan nasik tadi. Rasa pedas-pedas cili dan rempah kari masih terngiang-ngiang di mulut aku ni.

Budak semalam lembik sampai terketar-ketar takleyh jalan untuk beberapa minit Yang malam ni macam susah sikit sebab besor semacam je.

Mase nak kenekan diorang ni, rase macam nak memukat ikan plak sebab kami terkup diorang dengan selimut ibarat nelayan tebar jala.

4 commentaires:

AK a dit…

ko ni punya taste mmg la oldskool...
aku penat2 wat playlist ko reject!!!
try dgr dulu beb... lagu2 best tuh!

*still mau sepak ko laju2*

Anonyme a dit…

mentang² ko tua. ko buli budak² angouleme ke. ish ish.

nota kaki :
aku x dpt komen dgn panjang memandangkan ko da start membebel pasal bola. HAHA. sori, i perempuan tipikal.

victoire a dit…

@ kamal
aku da dengar.
dari macam2 sudut tapi stil xberkenan nak wat cam ne.

@ fan
hahaha. sape suh diorang ade birthday. padan muke.
aikk, mane schweiny ko?

Anonyme a dit…

mu tgk rona roni makaroni?? seems like u love tv3..bgus r mu.kami kt mesia pn x smgt cm mu.hehhehe.

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?