Weekend datang lagi. Tapi weekend kali ni tak seindah biasa bak lagu Siti Nurhaliza. Sebab minggu depan minggu akhir sebelum cuti. Jadi aktiviti klasiknya ; test berantai la jawabnya. Ibarat saman berantai yang Paul Tan dengan Sidhu dapat masa test drive Porche Panamera kat PLUS atau LPT la kot. Atau Alan Cathcart dapat masa test ride Ducati Desmosedici di tempat yang sama.
Apa yang best minggu lepas? Beban aku semakin berkurang selepas kedatangan Pierron, interview PPP dan test Math.
Mule-mule Pierron datang 10.12 baru ni. Aku gile cuak takut kena marah result tak bagus. Sekali result aku tak seteruk yang aku sangka. Kire ok lah overall 11 walopun dah masuk markah Quality, Conception dan Communication yang agak kimerde(ni carutan kacukan Bahasa Melayu dan Perancis yang anda tahu apa BM nye). Kalu masuk markah baru aku yang best, Insya Allah lagi bagus. Pape hal pon, ni belom habis semester lagi.
Pierron ni lak duk tumpu markah math. Sebab tu dia tak bising. Sebab math aku ok kot. Dia tanya apsal dapat teruk dalam 3 subjek tu. Aku goreng lah. Dia ok je sebab ada gak markah bagus. Oh ya, hari Rabu tu memang hari bertuah aku. Bukan setakat jumpa Pierron yang best, malah test pagi tu juga batal.
Jumaat, test math lepas tu interview PPP. Tamat 2 benda nih, lega di hatiku bukan kepalang. Tapi tensen sket misi untuk dapat 18 keatas bagi math terganggu. 2 soklan trigo nombor complex yang kene guna formula Euler aku tak dapat jawab sebab aku tak ingat formule tuh. Test sebelom ni prof aku bagi, so aku ingat kali ni dia bagi, aku tak hapal. Cilanat. Dah rezeki aku kot. Alhamdulillah sajerr.
Math dan English merupakan harapan, tulang belakang, ayam tambatan aku untuk meningkatkan ranking aku agar menjadi sanjungan budak batch 2008-2010 QLiO. Sebab ape? Sebab majoriti diorang kureng terer berbanding aku dalam 2 benda ni. Haa? Unbelievable kate Cik Fan? Believe it bak kata 'Ripley's believe it or not'. Soklan dia bagi aku setakat ni 10x lagi senang dari soklan Fabienne dulu.
Baru ni dapat balik test English aku. Prob aku macam biasa, markah aku untuk kefahaman atau reading comprehension memang rendah banding dengan essei. Dalam apa jua bahasa, let it be BM, BI atau French, masalah same je. Bahasa Arab spesel kes sebab pemahaman dia sebijik dalam text. Essei aku mase skolah, untuk BM dan BI sentiasa menjadi mimpi indah guru aku.
Saya pelik dan hairan cam mane benda ni boleh berlaku. Peliknye, UPSR aku dapat B dalam penulisan walopun selama tu karangan aku jadi contoh je. Tuhan nak bawak aku kembali ke ke darat lah kot.
Tapi yang aku tak puas hati, markah pemahaman aku menyebabkan markah BM atau BI aku tidak menceritakan hal sebenar. Hal sebenar tentang ketererran aku. Cehss. Bermadah lah pulak. Apa-apa hal, setiap kejadian ada hikmahnya. Tiada siapa yang sempurna..
6 commentaires:
hahaha...ingat kalau time sape2 dr SFERE dtg ecole mesti cuak sbb takut kena marah...work harder bro!journey is still long =P
ko ni kan, kalo metafora, hiperbola smua bagi kat ko la...
entri merepek pon jadi best...
uish.. kembang terus sampai jadi macam kuih pau!
haha
duh, mencarut bm-france lak...
patutla ko tag aku lagi, ko tak paham2 rupanya...
aku kene gtau ko dalam bahasa arab la ek?
hahahaha
yie, u got award. check out my latest entry~
@ kak amy
hahaha. c'est classique chez nous quoi!
mestila cuak pierron datang.
thanks, ill do my best!
@ kamal
heh, hyperbola laa best.
baru melampau2 dia punye efek.
kalu x hambar jek.
aku memang tak reti bahasa, tak paahamm.
gtau dlm bahasa arab boley?
@ adik
mekasih byk2 laa adik..
ade award2 gok erh,
ingt tag je. hehehe.
ak tag mg
gracias
Enregistrer un commentaire