mardi 9 décembre 2008

Selamat tinggal daun kering!

Hari ni aku takde kelas sebab strike, sekali lagi. Aku bangun awal, pukul 8 dah bangun selepas 3, 4 kali alarm aku bunyi. Tak tahan sejuk sangat, tak nak keluar dari selimut. Tapi subuh habis jam 830, gagahkan diri bangun, cepat-cepat tidur balik. Pukul 9 lebih kat kul 10 bangun tapi sejuk, berbungkus sampai jam 11 lebih.

Budak-budak ni balik jam 12, masak pastu makan sama-sama. Diorang gi klas(padan muke tade greve, hahaha) aku pon mandi bersiap nak keluar. Nak setelkan hal duit bantuan bayor sewa rumah. Kerajaan France bayar 40% sewa rumah pelajar tajaan. Maghrib awal, so tunggu Asar baru keluar.

Best gile jalan kaki sejuk-sejuk sambil layan lagu 'Jangan ada dusta antara kita' nyanyian Broery Mantrika. Lagu ni slow, sangat menenangkan bile layan sambil menikmati waktu sejuk. Rase macam old skool gile bile layan lagu ni. Tapi best gile lagu ni. Cube la kalu tak caye.

Tapi naik bukit tetap mengeluarkan peluhku walopun cuaca sangat sejuk. Kire ni berlatih untuk ke stesen tren di awal pagi bile praktikal nanti lah. Mesti lagi horror kan.

Sampai kat pusat bandor, rase macam terkejut bile berada dalam keadaan cuaca suram tanpa cahaya matahari. Dihiasi dengan pokok yang daun kering mula hilang, terasa macam musim luruh sedang melambai-lambai menyebut 'bye-bye' sambil musim luruh tu on the way nak blah.

Di satu pokok, separuh ada daun, lagi separuh tak ada daun. Bahagian ada daun melambai mengucapkan selamat tinggal mewakili musim luruh. Bahagian kering tak berdaun mewakili musim sejuk untuk menerima ucapan selamat datang.

Pokok yang dah macam abah aku, sebahagian je 'berambut'. Tengok pokok ni, terus tengok jam. Hari ni dah 9 Disember, lebih kurang 2 minggu lagi, secara rasminya bahagian hemisfera utara bumi masuk musim sejuk.

Perjalanan di pusat bandar Angouleme untuk diriku tak sah kalu tak pekene biskut 'Super Cookie' yang dibeli di 'La Mie Caline', antara kedai roti dan kek paling terkenal di Angouleme.


Biskut ni 2€ untuk 2. Ni promosi musim krismas. Kalau tak, 1€40 lebih kurang untuk 1. Biskut ni sedap gile dan jugak besor gile. Biskut ni ialah keajaiban ke-9 dunia. Yang ke-8 ialah kekasih aku. Bak kata Erra dalam lagu 'Jika kau tiada' yang dia nyanyi duet ngan Yusry KRU tu..

"Jika kau tiada hilanglah bintang di langit yang berkelip memelita malam yang hiba, hilanglah keajaiban kelapan di dunia."

"Kita kemari untuk mencari awak Hakimi. Kenapa awak tak sudi terima duit kita?"

"500 ribu untuk sepanjang kasut pinjam? Harganya terlalu mahal, tak termampu saya nak menjualnya".


Kalu kat La Rochelle aku kalu gi pusat bandor akan pekene apple pie. Padahal baru aku sedor kat Monoprix dan Galeries Lafayette di La Rochelle ada La Mie Caline. Tak pernah aku explore.

Weekend baru ni, United lawan Sunderland. Ni game pertama Sunderland lepas Roy Keane yang aku sayang dan sanjung blah. Ricky Sbragia yang juga bekas jurulatih pasukan simpanan United ambil alih sementara waktu.

Tensen aku tengok game, minit ke 91 baru Vidic score. Gile Sunderland bertahan, United ada 31 percubaab. Seb baik menang.

Tapi sedih Malaysia kalah lawan Vietnam, huhuhu.

Semalam kelas aku jadi pendek sebab strike, tapi aku rajinkan diri untuk ke kelas akaun. Tengok kalu prof best, rajin semacam je aku pergi tanpa paksaan. Sebab akaun ni aku tak reti, sebab tu aku pergi. Alhamdulillah makin faham.

Esok, aku akan bangun dan pergi kelas dengan harapan apabila sampai, diorang suruh balik sebab ada strike. Aminn. Insya Allah. Dasar pemalas.

8 commentaires:

Mr A a dit…

sengal la greve ni.....;bape ari dah xde kelas....huuuuuuuu

AK a dit…

ko ni memang giler!
apa klass layan broery..
konon ala2 jiwang la tuh!
haha

siot je part lagu yusry ngn erra tuh
tiba2 ada dialog mr cinderella...
eh.. bukan dialog tuh dalam lagu ucapkanlah ke?

sies ko mmg giler merepek...

"miera... camna la ko leh terminat mamat suka merepek n bunchet ni??"

aish!!!

hahahahahaha

AISHAH roslan a dit…

salam. ape nama biskut tu beb?

Anonyme a dit…

ade strike???tunjuk prsaan??

"Pokok yang dah macam abah aku, sebahagian je 'berambut'." hahaha.ayoh ak pom gitu gok.same2..

nk sutey sekut weh.napok cm sedap.

victoire a dit…

@ ayen
mujur baru ape..

@ kamal
saje je dialog tu penghias.
aku suke layan lagu tu skali.

da aku ensem n ehem ehem.. =p
hahhahaha

@ aishah
tu laa namenye super cookie..

gi la try best gile!

@ sapik
kang aku gi LA insya Allah aku try bwk.
buleh laa ayoh mg jadi naib presiden kelab botak.
ayh aku pres nok? hahahaha

Keyrol Anwar a dit…

grenoble da leh wat igloo da~~

zuriamohd a dit…

sengal molek..oit klako gile..mmg dasar pemalas ..hahhaha

suke lagu evergreen ey..hahah..
patut ar dgr sinar okmo..hahaha

Mr A a dit…

sejak aku meletak komen itu, dah 2 hari kot tiada kelas;..huahah.;cukup la tu kot..ngeee;;ni continue smpai selasa plak..bagi la sminggu terus kan sng..;dpt cuti awal sminggu. huahaha

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?