Hari Khamis adalah hari paling tak best dan paling best bagi aku. Paling tak best sebab di sebelah paginya kelas dimulakan dengan kelas law yang boring seawal jam 8 pagi. Paling best sebab kelas cuma separuh hari di sebelah pagi sahaja.
Tapi kelas law ni kadang-kadang best gak, sebab kami dah masuk bahagian 'hak pekerja'. Bab ni bincang pasal cuti berbayar (ya, cuti yang best dan berbayar), kontrak kerja dan beberapa perkara yang berkaitan.
Yang aku tensen, prof ni cakap tak ingat dunia kat depan, agak laju dan tanpa henti, kami lak ambil nota terkebil-kebil, sebab tu aku kurang suka subjek ni. Aku dah pening sebab minggu depan ada test law tapi nota tak lengkap. Aku dah tanya dia tadi, dia akan usahakan untuk sediakan nota.
Hari ni sekali lagi kelas ditamatkan sejam awal sebab tunjuk perasaan pelajar melawan LRU, satu rang undang-undang yang memotong duit untuk IUT dengan kata lain, IUT akan pokai. Sejam terlepas dari kelas law adalah syurga bagi aku.
Aku dah kena mula memikirkan pasal henpon sebab kontrak aku dengan SFR dah nak abes Isnin ni di hari mulia. Maka kena pikir apa henpon mau angkat maa. Aku nak henpon yang kamera 5mp keatas, memory boleh mencapai 8gb, ade wifi dan GPS dan paling penting, tak lebih 50€ kalu buleh skali ngan memory besor..
Aku minat N95 tapi camera dia tak smart sangat. Kamera Sony best. Tapi susah nak cari henpon Sony yang memenuhi kriteria di atas. Ada pon Sony c905, tapi harganya masih belum menepati kriteria aku rasenye. Kepala pusing maa.
Tak cukup ngan henpon, minggu depan ada banyak test, makin pusing ligat kpale aku ni. Seb baik esok kelas stat kul 11. Boleh tidurrrr! Hok ni kawe brahi benor.
Test Kualiti smalam memang selamat jalan romeo lah. Boleh pi mampos. Susah aram, doa je la. Seb baik dia bawah unit yang sama dengan Flux, Industrialisation dan Production. Markah aku dalam 3 subjek ni boleh bantu naik kan purata markah untuk unit ni, maka lulus la kawe. Pastu ade ag subjek Maintenance atau mentenen dalam bahasa omputeh. Hok ni pon kawe sero buleh score. Maka fuhhh.. Lega kawe. Ni sume subjek berkaitan dengan manufacturing.
Lama aku tak tulis pasal bola. Pertamanya aku gumbira gile babeng sebab paling penting United menang 1-0 lawan Manchester City. Musim lepas 2 kali kaloh beb. Akhirnya hilang suwey tuh. Pastu Chelshit kaloh, Liverpool pon seri dalam liga. Tak cukup dengan ni, United mara ke separuh akhir Piala Liga dengan menang bergaya 5-3 lawan Blackburn, Arsenal K.O oleh Burnley. Muahahahaha.
Yang sedihnya, Roy Keane blah dari Sunderland, huhuhu. Tapi dia blah dengan penuh bergaya, bukan dipecat. Aku arap sangat dia jadi next manager United.
Dan akhirnya, SNCF hantor pon borang pengesahan praktikal aku ke IUT. Aku anto emel tak berbalas, punyela malas. Apa bahagian praktikal pon mogok gak ke hape. Yang paling best, diorang bagi aku 'Carte Circulation' yang membolehkan aku naik TGV secara percuma. Bukan tengok wayang, naik tren la samdol!
3 commentaires:
erk
yang last tuh aku terasa sandolnya
aku ingtka tgv
hahaha
eh cmna lak markah koleh men purata2 cmtuh???
tak paham kawe...
Asslmkm incik khairi. First arrival nih..x de biskut² ke..kekeke..
Best dengor citer hidup org. Boleh amik pengajaran. Owhh, satu lagi, saya akan baca blog anda sebab anda adalah pengipas MU seperti saya..heheh..Wslm.
@ kamal
ni lebih kurang sys cgpa laa
@ shahiddan
salam. slamat datang.
terime kasih banyak la sudi bace tulisan saye ni.
sekadar catatn hidup dan omong kosong je. hehehe.
UNITED we stand!!
Enregistrer un commentaire