mardi 13 janvier 2009

Managing my life by Sir Alex.

Isnin hingga Khamis, 5 hari bekerja dalam seminggu. Kalu tren jam 0754, maknanya kene amik bas jam 0723 dari stop depan residen aku untuk sampai stesen jam 0740 lebih kurang. Subuh pon masuk jam 0722. So tiap-tiap 5 hari ni lah aku bangun pukul 7 pagi sebelum Subuh.

Naik tren pergi 2 jam. Buku dan roti jadi teman perjalanan. Seminggu aku praktikal, 3 buku dah habis dibaca. Head to Head(biografi Jaap Stam), Deception Point dari Dan Brown dan Keane (Biografi Roy Keane) dah tamat. Mana tak nya, total perjalanan lebih kurang 4 jam sehari.

Kerja aku memang bosan gile. Biasa lah 'Stage Ouvrier'. Stage ialah perkataan French yang bermaksud praktikal training dan Ouvrier tu pekerja tak silap aku. Dari segi istilahnya, aku tak sure apa dalam BM atau BI. Tapi stage ouvrier ni memang standard jadi kuli je.

Naik boring aku tengok barang spare part train keluar masuk, isi borang dan macam-macam lagi lah. Kalu pergi kerja, yang aku tunggu cuma lah jam 1130, 1500 dan 1630. Waktu rehat tengah hari, waktu minum kopi dan waktu balik.

Waktu minum kopi best sebab boleh lepak sambil borak ngarut-ngarut dan makan 'Galette des rois' atau 'kek raja-raja'. Baru aku tau bukan kat semua negara Katolik orang buat benda ni.

Apa yang aku nampak, sebulan Januari ni hidup aku agak bosan dan meletihkan. Praktikal aku bosan gile tapi 'rakan sekerja' dan bos semua baik dan sporting. Dah la tiap-tiap ari dapat tengok blue free. Tak payah mencemar dosa dengan mencari. Hahaha.

Sori beb, bukan aku sengaja atau mintak. Tapi masalahnye sume komputer bos-bos aku screen saver dan wallpaper diorang gambor orang tak pakai baju. Lucah sungguh pak cik-pak cik French ni.

Selama ni aku ingat orang muda je suka main forward emel ni. Rupenye orang tua gatal ni semua pon sama naik. Kalu orang mude duk forward emel yang doa-doa hape tah, orang tua gatal ni pulak suka forward emel ngarut yang memang worth dibaca. Kalu aku dapat emel ni memang aku tak delete terus la, sure usha dulu.

Pasal emel doa dan tazkirah forward tu, bukan aku benci. Tapi aku tak sure benda yang dihantar tu betul ke tidak, kalu berpegang pada benda yang salah, tak ke dosa aku.

Semua 3 buku yang aku habiskan adalah sangat menarik, best dan menepati citarasa aku. Baik korang baca. Serius best gile.

Deception Point tu memang standard novel Dan Brown lah. Latar masa satu malam, thriller yang gile-gile dan dirancang penuh rapi dan bijak sekali.

Baca 2 buku biografi bekas pemain Manchester United pon best gile. Sebab aku membesar dengan mengikuti United di zaman kegemilangan 'Fergie's Fledgelings', jadi Roy Keane dan Jaap Stam memang 2 nama tidak asing bagi aku.

Goal keeper mule-mule Schmeicheal pastuh Bosnich, Taibi dan Raimond van der Gouww. Stabil kejap lepas kedatangan Fabien Barthez yang kemudiannya digugat seketika oleh Roy Carroll. Pertahanan atau back four terdiri dari Gary Neville, Denis Irwin, Ronny Johnsen dan Jaap Stam. Dikemudi oleh Beckham, Giggs, Scholes dan Roy Keane di tengah dan gawang lawan dirobek oleh Andy Cole dan Dwight Yorke. Ni lah line up United zaman aku di akhir sekolah rendah dulu.

Manchester United is my life. Dan aku bukanlah seorang ahli 'Prawn sandwich brigade'. I really mean it, my dear Mr Keane.

4 commentaires:

mÖcHëNkT a dit…

hooo.. frst of all slmt bekerja.. hehe.. hehe.. ko xselongkar abis.. mmg le xjmpe.. hehe.. bkan slalu pon ako buat.. bila de msa lpng atau tringin nk buat.. hehe..

Mr A a dit…

praktikal buruh...huahahah.....
takpe, at least x perlu pening kapla utk satu bulan..tp still penat kan?

bile la aku nk stage ni.......

AK a dit…

huhu
aku lak tgh mencari kompeni nak LI ni...
bulan may ni aku start...
weh
ko buat aku nak cari deception point lak
ni tgh baca digital fortress

suka la mung tgk blue free!
dan aku stuju, doa2 tuh kadang2 tatau asal usulnya
aku tak slalu fwd

victoire a dit…

@ mochenkt
heh.. layan jek.
ikut mood laa encik..

@ ayen
pening ni pening lain..
bukan pening blajo.
pening nok wat rapport lok. hahahaha.

@ kamal
bile ag nak tengok free tanpa dosa mencari. hahahaha.

beli laa deception point.
best gile. x rugi

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?