Dulu, aku ni jenis senang sangat tak suka kat orang. Aku tak suka perasaan bencikan orang lain. Sebab aku tau, aku duk benci orang, orang pun boleh benci aku. Jadi aku latih diri aku sedaya aku untuk tidak membenci orang. Aku cuba sedaya upaya aku untuk memandang seseorang yang aku benci dari sudut positif untuk memupuk rasa tak benci aku pada dia.
Tapi, aku tetap manusia biasa yang lemah dan tahap kesabaran aku tak lah tinggi mana.
Ada seorang manusia tu, dia buat benda jahat kat aku. Kali pertama aku maafkan. Kali kedua pun aku maafkan. Dan tak ada kali ketiga, tapi kebencian aku pada dia semakin membuak-buak. Dulu aku percaya bila dia cakap dia nak berubah, dah tak nak buat benda tak elok lagi.
Tapi bak kata KRU, janji tinggal janji. Janji Diana pun entah ke mana. Celaka punya Samdol. Macam orang bodoh aku percaya kat dia ni. Dia membuatkan aku rasa manusia tak boleh berubah. Tapi aku paksa balik kat diri aku kata yang manusia memang boleh berubah, sesetengah sahaja yang tak boleh.
Benci mana aku pada seseorang, aku akan sedaya upaya aku menunjukkan rasa tak benci aku pada dia. Ini bukan maksud aku ni hipokrit, tapi ni memang lahir dari jauh dalam di sudut hati aku. Aku nak hilangkan rasa benci bak aku kata tadi, aku nak tengok dia dari sudut positif.
Aku layan dia baik-baik, tapi dia layan aku macam tak baik jugak. Ya Allah, berilah petunjuk pada kami. Amiin.
Ni cerita lain pulak. Versi kurang enak lagi. Kadang-kadang aku hairan sungguh dengan manusia yang sibuk cari publisiti murahan saja.
Hari tu aku ada cakap pasal main copy-paste komen kat blog orang macam nak promosikan blog sendiri. Aku tak tuduh, aku cakap terang-terang 'macam'. Orang tegur dia, dia jawab dengan baik macam dah insaf.
Tetapi. Aku balik pada pendapat aku tadi. Manusia ada yang tak boleh berubah. Semalam aku pusing-pusing, aku jumpa lagi kerja yang dia buat tu. Tarikh nya aku tak pasti berapa, tapi selepas dia menerima dan menjawab teguran yang orang bagi.
Aku bukan apa, aku pun selalu baca dan buka blog dia. Tapi tindakan kebudak-budakan tu menghilangkan sedikit rasa hormat aku pada dia. Seolah-olah tak menghargai pembaca dia.
Pertama, dia sedap-sedap je 'copy-paste' komen dia kat blog orang untuk tarik pemilik blog tu biar singgah blog dia. Lepas tu, bila orang tu singgah dan komen blog dia, dia jawab lebih kurang saja. Maklumlah tak terlayan dah ramai sangat pengunjung. Dah malas nak komen, fikir sendiri lah.
Sekarang kat Malaysia krisis politik. Geram betul aku dengan manusia yang kerja dia nak ambil kesempatan dengan politik ni. Ni satu lagi manusia yang kerja dia nak publisiti murahan.
Kesimpulannya, macam-macam ragam manusia. Hairan aku dengan orang yang kerjanya nak popularkan diri sendiri ni. Apakah anda tak rasa menyampah dengan diri anda sendiri?
Aku tak suka, aku dah tulis sesuatu yang menyebabkan blog ini menjadi blog klasik ; kritik orang yang kita kurang puas hati.
8 commentaires:
1)i had one of those writers u mentioned copy-pasted his comment in my blog... wonder if that's d same writer u r talking about...
2)i hate politics! lagi2 politik kat msia skrg ni... i always have this belief that MOST of the politicians have their own agenda n personal interests in politics, not purely of trying to help others...
3)ak pun ada org yg ak benci sgt... tp lama2 cam mls nk lyn org tu... just kwn cm biasa...but then somehow i tried to keep my distance...
4)bersabar je la dgn bermcm2 manusia ni...just go thru with ur life n see them as flies... buzzing around at times,then suddenly they go away...
HAVE A NICE DAY =)
berbelit2 aku bace..mcm antara faham dan tidak..hahah..guane bleh prasan plop tu comment copy paste,? wi cth sket..aku tgh blur2 neh..heeee
sbr je la ye.not everybody can please us like we can't as well please everybody.
@ afnan
heh, biarlah rahsia siapa hamba Allah yang komen tu.
this is not the usual spam in english.
pasal benci orang, i will try my best to not to hate him.
@ ayen
biarlah rahsia sape tu..
kalu jumpe n paham, jumpe n paham laa. hahaha.
@ sharifah amirah
thats wat i said dear.
i can hate people but people can hate me as well.
dah lama aku xdgr perkataan samdol
brings back memories
haha
manusia memang aneh, politik lak mainan manusia. makin aneh la jawabnya
aku menulis bukan kerna nama
tak pasal² jadi lagu tema blog aku. hehe.
hoho... suke part last tu
Aku tak suka, aku dah tulis sesuatu yang menyebabkan blog ini menjadi blog klasik ; kritik orang yang kita kurang puas hati.
adik pun sokmo ngelok dr tulis pape yg xske psl org tp kdg2 tertulis jugok sbb xtahan sgt. hoho.
@ kayne
manusia gile. politik pon gile.
@ fan
aikk. kebetulan tol.
@ adik
btol dh adik. kite ni manusia biase gok.
mane bleyh pendam je kan.
Enregistrer un commentaire