jeudi 12 février 2009

Beberapa perkara.

Perkara pertama yang sangat baik gile babsss..

Mula-mula, aku rasa lega sangat sebab selesai pembentangan praktikal aku. Report pon dah hantar minggu lepas. Sekarang cuma bimbang menunggu markah report saje.

Tapi, baru tadi 1 kebimbangan aku berakhir. Akhirnya aku dapat tahu markah pembentangan praktikal aku baru-baru ni, hari Selasa hari tu. Alhamdulillah, walaupun markah aku tak tinggi sangat, tapi markah aku cukup tinggi berbanding budak lain.

Kata prof aku, aku hilang markah sebab kurang presentation pasal company. Aku buat macam tu pun sebab kalu aku present banyak, masa tak cukup. Secara overall, aku berpuas hati dengan performance aku.

Prof aku pun puji kata aku bentang dengan sangat bagus walaupun aku bukan orang French. Katanya performance aku lebih baik dari ramai lagi budak French. Dia kata, aku pandai handle situation, jawab soklan-soklan dengan bijak walaupun soklan berbunuh dan berada di situasi yang boleh dianggap agak tertekan.

Padahal sebelum ni bukan main aku dan kawan-kawan aku kutuk prof ni kat belakang sebab dia ni strict dan susah bagi markah. Dalam pada kawan aku kena marah sebab perform tak bagus, dia boleh lak puji aku.

Yang lagi membanggakan aku, masa aku present praktikal aku hari tu, ada 2 orang asing masuk. Aku jugak bukan main kutuk dalam hati kata apasal la aku tak bernasib baik, masa aku sorang je 2 orang ni datang dan tanya soklan-soklan. Seb baik aku dapat jawab.

Tadi prof aku pun cakap lah, 2 orang tu datang semata-mata nak tengok aku. Mereka wakil dari sebuah syarikat yang bernama Leroy Somer, world specialist in drive systems and altenators, kata website mereka.

Mereka cari budak yang ada pengalaman buat praktikal dalam bidang logistik. Aku antaranya. Dan membuatkan aku terharu bile prof aku tu cadangkan nama aku dan diorang datang tengok aku. Tak sangka prof aku tu yakin dengan aku.

Dia kata, nanti mungkin company tu akan suruh aku datang training perlahan-lahan sambil aku belajar, konon nya nanti nak ambil bekerja bile dah abis blajo nanti. Tapi aku kena sambung belajar lagi laa lepas ni, so macam melepas jugak lah.

Dan aku ada kontrak dengan kerajaan untuk dihormati.

Dah lama tak rasa seronok macam ni. Dulu hidup aku tertekan je sebab performance belajar kurang bagus. Terngiang-ngiang lagi dalam kepala hotak aku prof aku kat La Rochelle kata dia tak yakin aku boleh hidup walau pun kat IUT.

Sesungguhnya aku paling kenal siapa diri aku. Bukan prof aku. Erh, ni bukan nak cakap besar. Biar aku terangkan dulu.

Aku tau lah aku akan perform balik sebab aku dapat 'mulakan hidup baru' bile masuk IUT. Masa kat La Rochelle dulu memang aku dah almost give up sebab dah last minit sangat, susah bai kalu nak kejar balik. Sebab tu lepas ni memang aku tak akan lepas peluang lagi.

ALHAMDULILLAH. Aku tahu benda ni kurang baik, tapi bagi lah aku peluang merasa 'glory' ni seketika selepas hampir 2 tahun duk kat hujung tanduk je.

Perkara kedua yang kurang baik.

Aku paling tak suka orang yang suka membangga diri dengan menggunakan orang lain, lebih-lebih lagi membuatkan orang lain tu nampak macam bodoh gila. Bagi aku benda ni sangat keji sama sekali. Aku sangat benci orang yang 'arrogant'.

Arrogant ni lebih tinggi sangat dari angkuh. Dia rasa dia paling hebat, tahu semua sampai tak hormat orang lain. Pergi mampus. Fold your own dick and fuck your own asshole fatherfucker. Perangai macam sial.

Cakap besor macam gajah. Macam yang dia buat semua betul. Hantar report sampai 23 annexes pon tak guna bai. Sia-sia belajar kualiti kalu kualiti habuk pun tarak. Let it be Quality over Quantity man. Sebab tu aku lebih suka senyap je. Action speaks louder than words bebeh. Let the result speak, bak kata aku zaman sekolah dulu.

Amélioration continue, itulah motto kualiti.

Perkara ketiga entah kategori mana.

Baru terbaca kat blog sepupu aku Adik Anis, satu entry pasal haikat belajar engineering. Fakta ni membuatkan aku tersenyum memikirkan ada betul nya.

8. Bersedia untuk menjadi gadis tunggal dalam kumpulan yang terdiri daripada 7-10 orang lelaki.

Betul fakta ni. Kurang berseri hidup aku sebab kurang budak perempuan dalam kelas. Skill berdepan perempuan pun dah berkurang gile kot. Hahahaha.

8 commentaires:

Mirae a dit…

Skill berdepan perempuan pun dah berkurang gile kot. Hahahaha.

perlu amik klas skill berdepan ngn perempuan laa ni.:P

Tg.A a dit…

haha.. amik yie. kn da kena dgn kak mia. :P

Amizah Azid a dit…

tp kan, aku rase kalo ko masuk klas aku sure nmpak ramai pompuan.. sbb dak2 chemical engineering rmai pompuan... hehe

Anonyme a dit…

salam

aku tahu macam mana perasaan bila habis soutenance. lega tak ingat. tapi jangan lupa ucap alhamdulillah, kawan. hanya dengan izin-Nya, kita berjaya.

aku rasa kat la rochelle mungkin sbb 'alentour mcm tak best' kot. ah, kau paham² aa eh.

kau bahagia dgn layanan super class angoumoisin(e)s , so, quality belajar pon naek arh.

pe pe pun, je te félicite!

victoire a dit…

@ sharifah amirah
perlu ke kak?

@ adik anis
heh, skill tu mantap ag dik.
x berkarat ag. hahaha.

@ amizah azid
serius?
tak silap aku member aku cakap civil engineering syurga perempuan. hahaha.

kot2 diorang nak reka kosmetik, perfume agaknye. heh

@ fan
merci bcp.
il n'y aura plus de 3eme chance.
et alors il faut profiter bien la 2eme!

Mr A a dit…

aku pon x suke org yg mcm ko ckp tu..ckp besar mmbangge diri n buat org lain nmpk bodoh smate2 nk tunjuk diri tu hebat..; wujud jgk org camtuh eh..huhuhuhuh. T-T

Anonyme a dit…

"Dan aku ada kontrak dengan kerajaan untuk dihormati"

begitu juga diriku.. terpaksa lupakan Lausanne sekejap.. huhu

victoire a dit…

@ ayen
wujud encik ayen.
dunia ni macam-macam jenis manusia ade.
jangan terkejut..!

@ izzud
apsal lausanne?

Ardik manis.. Mana datang dari ini ardik..?